Semua orang nak buat bisnes, terutama sekali bisnes online. Bisnes online menjadi pilihan kerana ia satu cara menjana pendapatan yang kurang rumit berbanding perniagaan fizikal, walaupun ada yang menjadikan produk fizikal untuk berjualan secara online ini.

Dah ada pelbagai platform untuk buat bisnes secara dalam talian atau online ini, antaranya Lazada, Shopee, 11Street, Youbeli dan macam-macam lagi. Ini termasuklah juga menjual produk dan servis menerusi blog, laman web peribadi serta media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Cara Nak Berjaya Dalam Bisnes Online - Ikuti 5 Tips Sunnah Nabi Ini

Pelbagai cara dan teknik pemasaran digunakan, samada berbayar mahupun percuma untuk menarik pelanggan menjadi pembeli. Tujuannya satu - mencari kejayaan dalam bisnes. Jadi, bagaimana cara betul nak berjaya dalam bisnes online? Apa faktor yang membolehkan seseorang itu diberikan jalan untuk berjaya?
Faktor Kejayaan Bisnes Online Dengan Amal Sunnah Nabi
Dalam post kali ini, saya nak kongsikan sedikit tips dan panduan untuk berjaya dalam bisnes online ini. Ianya khas ditujukan kepada rakan-rakan usahawan yang beragama Islam termasuklah diri saya sendiri. Ianya adalah perkongsian ilmu daripada saudara Ahmad Saifuddin Yusof di laman FB.

5 Faktor Kejayaan Bisnes Online Dengan Amal Sunnah Nabi

Apabila meneliti kebanyakan sunnah-sunnah Nabi Muhammad S.A.W, didapati dengan mengamalkan sunnah Nabi yang sebenar boleh membawa kepada kejayaan bisnes online atau apa sahaja kerja yang kita sedang lakukan.

1. Solat Hajat Sendirian

Faktor Kejayaan Bisnes Online Dengan Amal Sunnah Nabi
Nabi Muhammad tidak pernah mengimamkan solat hajat secara berjemaah sepanjang dakwah Nabi selama 23 tahun. Apabila kita ada hajat, kita solat sendiri, doa dan minta sendiri kepada Allah S.W.T apa yang kita hajati. Tidak perlu minta subsidi doa daripada pak imam dan pak lebai di tempat kita. Setakat minta doakan itu boleh sahaja. Tidaklah perlu buat majlis solat hajat itu semua.

2. Berwirid, Berzikir Sendiri

Selepas solat berjemaah, baca wirid dan berzikirlah sendiri. Jangan ikut bacaan imam itu. Nabi Muhammad tidak membaca wirid dengan suara kuat supaya makmum ikut ramai-ramai. Sekali sekala mungkin ada, wallahu a'lam. Masing-masing baca sendiri, cari dan hafal sendiri. Baca yang mana kita mampu. Solat berjemaah imam sudah subsidi tadi, wirid, zikir dan doa pun kita nak minta pak imam topup sekali juga ke?
Faktor Kejayaan Bisnes Online Dengan Amal Sunnah Nabi

3. Baca Al-Quran

Baca Al-Quran sendiri. Jangan harapkan pak imam dan pak lebai bacakan untuk kita di dalam rumah kita. Bacalah walaupun perlahan-lahan, tersekat-sekat. Nabi pun pernah beritahu pahala orang yang baca tersekat-sekat lantaran belum mahir lagi lebih banyak pahala berbanding orang yang sudah mahir baca. Nak apa lagi?

4. Manfaat 3 Perkara Apabila Mati

Apabila mati, janganlah diharapkan orang baca al-Fatihah atau buat majlis tahlil untuk kita. Hidup pun sudah disubsidi solat berjemaah, wirid dan zikir sekali siap doa pun dah subsidi, solat hajat pun subsidi oleh pak imam. Mati pun mahu minta subsidi daripada orang lain lagi kah? Semua itu Nabi Muhammad tidak buat. Kena usaha sendiri.

Aliran pahala selepas mati Nabi sudah beritahu, ada 3 cara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan anak soleh yang mendoakan kita. Jadi, manfaatkan 3 perkara ini sebelum mati, ia akan bantu kita nanti.


3 perkara ini semua kena usaha sendiri. Kita tidak mampu bayar pun untuk masukkan ilmu dalam kepala kita. Semua kita usaha sendiri, belajar sendiri, berlatih sendiri sehingga kita dapat belajar semua ilmu ini.

[Baca] Ajar 6 Perkara Ini Jika Mahu Anak Soleh dan Solehah

Sedekah jariah sudah tentu dari usaha tulang empat kerat kita. Mana ada orang mahu subsidi sedekah untuk kita. Anak sendiri pun belum tentu.

Anak yang soleh juga begitu. Usaha kita sendiri juga. Bukan harapkan pusat tahfiz atau pondok agama dan cikgu di sekolah pula. Anak kita, kita 'ejas' sendirilah.

5. Sentiasa Berusaha Dengan Keras

Usaha keras ini adalah sunnah Nabi Muhammad yang mulia. Bayangkanlah, sudahlah orang Mekah tolak dakwah Nabi yang akhlak mulia sejak muda. Pergi pula ke Taif untuk berdakwah. Orang Taif selamba 'badak' sahaja lempar batu ke badan Nabi.

Kelam kabut Zaid anak angkat Nabi melindungi Nabi dengan badannya. Habis luka-luka. Nabi Muhammad juga ada luka-luka di badan. Pulang ke Mekah, usaha lagi.

Berdakwah pula kepada orang Madinah yang datang ke Mekah. Usaha lagi sampai jadi. Langsung tidak putus asa, setiap hari, tanpa henti.

Amal sunnah Nabi, kita akan ada sumber DAYA DIRI. Kita akan usaha sendiri, tidak harapkan lagi subsidi, geran dan tongkat lagi. Tiada lagi ratapan marah sana marah sini.

Saifuddin Yusof

Usaha lagi, buat sampai jadi.

Nota : Tulisan ini tidak menyatakan amalan masyarakat sekarang bercanggah dengan hukum. Hal itu termasuk dalam perbincangan hukum fikah yang spesifik.

Baik. Anda dapat sesuatu daripada perkongsian ini tak?
Faktor Kejayaan Bisnes Online Dengan Amal Sunnah Nabi


Saya terasa bersemangat untuk buat sesuatu selepas baca apa yang dikongsikan, tak susah dan amalan sunnah Nabi Muhammad S.A.W ini memang diyakini boleh membawa kejayaan dalam melakukan sesuatu termasuklah bisnes online.

Jika anda sedang berniaga secara online, ada kedai online sendiri .. ada website sendiri, ada produk sendiri .. jangan abaikan 5 tips diberikan di atas. In Sha Allah, kita tak akan dapat ubah nasib diri kita andai mengharapkan bantuan orang lain, hanya diri kita sahaja dan tindakan kita sahaja yang boleh mencorakkan masa depan yang lebih baik.

[Promo] Belum Ada Kedai Online Sendiri? Daftar PERCUMA di EasyStore

Sentiasalah berusaha, dan jangan tinggalkan agama ke belakang. Malah, jadikan agama itu sebagai strategi untuk berjaya dalam perniagaan. Tetapi, jangan pula sampai menjadikan agama itu untuk menjual atau menyalah-gunakan konsepnya untuk kepentingan diri sendiri.

Kongsikan kepada rakan bisnes dan kawan-kawan yang berniaga yang lain, ini ilmu yang bermanfaat untuk semua. In Sha Allah.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement