Anda biasa dengan laman web BusOnlineTicket tak? Aha ... ia lebih dikenali sebagai BOT. Dan sekarang, menerusi BOT anda boleh buat tempahan untuk tiket Express Rail Link Sdn Bhd atau ERL. Ini akan memudahkan anda, dan menjimatkan masa.

Kalau ada yang masih belum tahu, BOT merupakan laman web tempahan dalam talian bagi pembelian tiket bas dan perkhidmatan seperti pakej hotel, tren, feri, pelancongan dan promosi hotel.

Tempah Tiket ERL atau KLIA Ekspress Secara Online

Tempahan Online Tiket ERL atau KLIA Ekspres
Aha ... sekarang menerusi satu platform, pelancong dan pengembara ke Malaysia boleh merancang perjalanan dengan mudah kerana boleh melakukan pembelian tiket KLIA Ekspress melalui saluran jualan BOT.

Yang menariknya ialah ...

Diskaun Harga Tiket ERL Menerusi BOT

Bermula dari 19 September hingga 31 Oktober 2018, pelanggan yang buat pembelian tiket online ERL atau KLIA Ekspress menerusi BusOnlineTicket.com akan berpeluang untuk menikmati tambang istimewa RM48 untuk perjalanan sehala bagi dewasa.
Cara booking tiket ERL secara online

Harga biasa untuk ERL dari KLIA/KLIA2 ke KL Sentral adalah RM55 sehala bagi dewasa. Jadi, siapa yang tempah online dengan BOT akan dapat diskaun sebanyak RM7.
Untuk membuat tempahan tiket ERL ini secara online, boleh terus klik ke pautan ini - http://invol.co/clb24q
Sistem BOT memang mesra pengguna dan saya fikir ia platform yang bagus untuk digunakan bagi merancang perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ekspress, keretapi mahupun tempahan hotel penginapan.

Ada beberapa lagi laman web yang menawarkan tempahan online untuk tiket bas dan juga keretapi, tetapi BOT adalah antara yang sering memberikan tawaran harga yang menarik, dan diskaun terutama sekali di musim perayaan.

[Baca] Beli Tiket Bas Online - Easybook vs CatchThatBus vs BusOnlineTicket

Untuk memudahkan anda yang mengambil keputusan untuk menggunakan ERL ini, di bawah ini ada disertakan jadual perjalanan terkini KLIA Ekspress atau ERL sebagai rujukan.

Jadual KLIA Express/ERL

Tren pertamaDari KL Sentral ke KLIA / KLIA2Dari KLIA ke KL SentralDari KLIA2 ke KLIA / KL Sentral
050005000455
Tren AkhirDari KL Sentral ke KLIA / KLIA2Dari KLIA ke KL SentralDari KLIA2 ke KLIA / KL Sentral
004001000055
Kekerapan:
Setiap 15 minit – waktu puncak: Ahad hingga Jumaat 06:00-09:00 hrs, 16:00-22:00 hrs (jangkaan)
Setiap 20 minit – luar-puncak: Ahad hingga Jumaat 05:00-06:00 hrs, 09:00-16:00 hrs, 22:00-00:00 hrs (jangkaan); Sabtu sepanjang hari
Setiap 30 minit – selepas tengah malam



Semoga bermanfaat.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus betul teknologi sekarang. semua nya mempermudahkan urusan harian kita ^_^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement