Bila ada cuti panjang, mesti akan ada yang buat kenduri-kendara. Waktu inilah sanak-saudara dari jauh dan dekat akan datang berkumpul. Ini juga peluang untuk yang dah lama tak berjumpa, bertemu dan bersua-muka.

Seronok kan bila dapat berkumpul ramai-ramai time kenduri ni? Inilah hikmah yang ada dalam mengadakan dan menghadiri kenduri kendara, lebih-lebih lagi majlis walimah.

Seronok Bila Berkumpul Ramai Waktu Kenduri

Dalam Islam, ada dua pendapat mengenai keperluan atau kewajipan menghadiri majlis walimah ini. Ada pendapat mengatakan wajib, dan ada pula yang mengatakan sunat.

Dua-dua pendapat setuju dalam satu perkara, iaitu walimah ini sangat baik dilakukan, apatah lagi apabila ia mengeratkan silaturrahim dan menjamu orang makan.
Kadang tu bila kita datang ke majlis walimah yang ada ramai sanak-saudara berkumpul, dulunya bermasam-muka pasti akan bertegur sapa walaupun ayatnya cuma sepatah dua. Ada pula dulunya tidak ketahuan berita, skarang sudah tahu ada sedara yang dah beranak pinak, berbini muda dan bercucu-cicit.

Walaupun kita ada teknologi yang mendekatkan jarak, tapi takkan sama dengan pertemuan empat mata. Bila bersembang secara bersemuka, baru tahu rasa isi hati sebenar, baru nampak gelodak perasaan, baru sedar apa yang cuba nak sampaikan.

Kita tak boleh bergantung dengan teknologi semata untuk berhubung.

Perhubungan dengan teknologi sebenarnya meletakkan sifat kemanusiaan itu semakin jauh. Apatah lagi dalam hubungan persaudaraan.
Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.” (H.R Al-Bukhari dan Muslim)
Kalau boleh, jadikan teknologi itu sebagai jambatan untuk membolehkan sanak-saudara, rakan-taulan berkumpul dan bermesra, berkenal dan bertegur-sapa cara betul, cara beradab, cara manusia yang ikhlas mahu menjaga silaturrahim.

Dengan teknologi, kadang kita biasanya salah guna dan melepaskan kata ikut suka dengan perkataan-perkataan yang boleh melukakan dan disalah-tafsir.

Lihat sahaja apa berlaku di dalam media sosial. Kadang kerana satu status dimuat-naik, boleh porak-peranda perhubungan yang dah lama terjalin. Dah banyak dah berlaku.

Bila dapat berkumpul ramai-ramai, berjumpa di alam nyata .. tanpa gajet, tanpa teknologi berkepit sepanjang masa, sememangnya lebih seronok dan lebih mesra.

Usah abaikan andai ada jemputan untuk bersama dengan sanak-saudara dan kawan-kawan. Elakkan menggunakan teknologi untuk memberikan beribu alasan yang sememangnya tidak ada.

Kita mati tidak membawa teknologi ini, tapi kita mati akan diiringi oleh sanak-saudara dan kawan-kawan yang pernah bergelak-tawa bersama, bertemu bersemuka, bersembang, berduka semasa hidup kita.

Jadilah manusia. Bukan robot atau hamba teknologi.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Sangat setuju Abang HH. Lama betul saya tak membaca artikel dari rakan-rakan blogger. Sama lah sebabnya... cuba membina dan menambahbaik keluarga dan hubungan antara orang sekeliling.

    BalasPadam
  2. Memang seronok bila dapat kumpul beramai-ramai begini.

    BalasPadam
  3. Setuju dengan pendapat abg HH. Panjangkan silaturrahim. Yg pernah dibenci, cuba memaafkan dan berbaik sangka. InsyaAllah harmonilah kehidupan harian kita dan boleh dibawa dgn penuh senyuman di sana kelak. Eratkan ukhuwah gillah yg terjalin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement