Senarai Terkini Syarikat & Web Tidak Sah oleh BNM

Hati-hati dengan skim pelaburan, skim pinjaman, skim forex, skim bitcoins dan skim-skim yang mencurigakan. Kena waspada dengan skim yang nampak 'too good too be true' ini, apatah lagi skim-skim yang dijalankan secara online.

Pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sering sahaja melakukan kemas-kini di laman web 'Financial Consumer Alert List' untuk memberikan panduan kepada pengguna serta masyarakat di Malaysia agar tidak mudah tertipu dan terpedaya dengan pelbagai skim mencurigakan.

Senarai Terkini Syarikat dan Laman Web Tidak Sah oleh Bank Negara Malaysia

Senarai Terkini Syarikat dan Laman Web Tidak Sah oleh Bank Negara Malaysia 2018
Senarai terkini berkaitan 'Financial Consumer Alert List' telah pun dikemaskini pada 29 Ogos 2018 yang lalu. Ia menyenaraikan sebanyak 423 syarikat dan laman web yang disahkan oleh BNM sebagai syarikat dan laman web yang tidak mempunyai lesen untuk berurus-niaga atau yang tidak mempunyai kebenaran untuk membuat urusniaga berkaitan kewangan ditadbir BNM di Malaysia.

Berikut adalah senarai 423 syarikat atau laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta ditadbir oleh BNM tersebut:


Senarai terkini syarikat dan laman web kewangan serta pelaburan haram juga boleh anda muat-turun dalam bentuk PDF di pautan ini - BNM Alert List Updated

Untuk mendapatkan kemudahan lebih baik daripada BNM, saya syorkan anda untuk muat-turun percuma aplikasi BNM yang terdapat di Google Play dan App Store.

Hati-hatilah ye dengan syarikat dan laman web yang menjanjikan pulangan pelaburan yang menarik, serta laman web yang berurusniaga sesuatu yang mencurigakan. Kita tak mahu menjadi mangsa kepada penipuan yang memang banyak berlaku di internet sekarang.


Walaupun pada mulanya nampak macam ok dan legit, tetapi bagi mendapatkan kepastian, disarankan berhubung dengan pihak BNM sendiri.

Bukti pembayaran income, screenshot pendapatan dan screenshot pulangan pelaburan bukanlah satu yang boleh dipercayai 100%. Kena banyak buat kajian, dan paling penting merujuk kepada pihak yang berkaitan.

Saya harap senarai terkini di atas ini boleh berikan sedikit sebanyak panduan kepada mereka yang mungkin sudah melihat beberapa tawaran menarik dalam skim pelaburan ditawarkan di internet.

Moga informasi ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Post a Comment

0 Comments