Saya anak Malaysia. Bangga jadi anak Malaysia. Anak Malaysia hebat. Macam-macam dah kejayaan anak-anak Malaysia buat, samada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Nama anak Malaysia disebut-sebut merata-rata.

Namun, tak disangkal .. ada juga anak Malaysia yang memberikan nama buruk kepada Malaysia. Ya, benarlah kata pepatah lama .. "Dalam setandan pisang, bukan semuanya elok dan bukan semuanya busuk". Begitulah adanya masyarakat. Dari dulu sememangnya begitu.

Saya Anak Malaysia

Najmi menjerit Merdeka bila nampak bendera Malaysia
Saya anak Malaysia. Najmi anak Malaysia. Anak saya Najmi cukup suka dengan bendera Malaysia, Jalur Gemilang. Nampak saya Jalur Gemilang berkibaran, dia akan sebut .."Deka .. deka ...".

Walaupun masih belum dapat bertutur dengan lancar dan betul, Najmi tahu .. apabila nampak bendera Malaysia, ia akan sebut Merdeka. Masih belum faham segala maksud, tapi sudah ada pengertian mudah bila nampak bendera Jalur Gemilang berkibaran.

Itu sebab saya sendiri kibarkan Jalur Gemilang di rumah saya setiap masa. Tak kira ada sambutan Hari Kemerdekaan atau tidak, saya akan pastikan rumah saya ada Jalur Gemilang berkibaran.

Memang dah lama saya buat. Bila Jalur Gemilang buruk, saya akan tukarkan dengan yang baru.

Semangat cintakan Malaysia perlu disemai pada anak-anak.
Kami anak Malaysia

Mereka perlu kenal Malaysia secara asasnya.

Jalur Gemilang adalah perkara asas. Ia lambang Malaysia. Ia wakili Malaysia. Ia ada maksud, bukan sekadar bendera.

Jalur Gemilang boleh berikan banyak pengertian, dan membawa kepada pengenalan Malaysia. Ini cara untuk mulakan semangat cintakan negara pada anak-anak.

Siapa yang bentuk Malaysia. Negeri apa ada dalam Malaysia. Apa maksud tersirat pada setiap belang merah putih pada Jalur Gemilang. Apa maksud bintang dan bulan. Rukunnegara?

Semua sejarah, pengetahuan dan info serta fakta ini boleh diberikan kepada anak-anak ketika mereka masih kecil. Ada macam-macam cara boleh dilakukan.

Contohnya ..

Kibarkan Jalur Gemilang .. satu hari mereka pasti akan bertanya, kenapa letak warna merah, kuning, biru dan putih? Kenapa ada bulan dan bintang?

Bawa mereka lawat muzium. Kita ada banyak muzium yang paparkan sejarah Malaysia dari sebelum merdeka hinggalah pembentukan Malaysia. Kita ada muzium paparkan mengenai perjuangan anak-anak sebelum Malaysia. Kita ada muzium yang paparkan kehebatan pada Malaysia.

Paparkan movie berkaitan sejarah. Anak-anak kecil boleh je melihat dokumentari pasal sejarah ni. Anak saya Najmi terikut menyebut Merdeka Merdeka .. kerana melihat dokumentari pasal kemerdekaan. Mereka suka lihat dan dengar, mahu belajar dan ambil tahu dalam usia sebegini (1-4 tahun).

Gambar Reaksi Najmi Bila Nampak Jalur Gemilang

Saya Anak Malaysia
Saya Anak Malaysia

Kesimpulan Saya Anak Malaysia

Sebagai ibu bapa, kita bertanggungjawab membentuk siasah diri anak sejak kecil. Mereka perlu ada jati diri kuat, mereka perlu ada semangat cintakan negara, mereka perlu tahu erti kemerdekaan dan menghargainya sebaik mungkin.

Kalau ibu bapa tak terapkan nilai kecintaan terhadap negara ini sejak dari awal, mungkin bila anak-anak ini dewasa .. mereka akan biarkan sahaja Malaysia ini. Akhirnya, nilai merdeka yang dikecapi sejak 1957 akan pudar dan rakyat tidak lagi hargai apa yang telah dikecapi Malaysia.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Bagus Tuan ..
    Sekarang ni memang kena serapkan jiwa Malaysia tu pada kanak kanak seawal dari kcil lagi..
    Kalau tak, bendera Malaysia pun mereka tak pandang.. ermmm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement