Ramai Calon Gagal Exam SPA Sebab Tak Ambil Kisah

Tahukah anda bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ada keluarkan satu tips untuk mereka yang dipanggil untuk hadapi peperiksaan online SPA? Jika anda terlibat atau dipanggil oleh SPA untuk jalani peperiksaan online untuk perjawatan dalam kerajaan, maka kena ambil kisah mengenai tips yang diberikan.

Ramai calon yang kecewa kerana gagal menjawab dalam peperiksaan online SPA akibat kegagalan sistem atau internet lembab. Sebab utama ialah mereka tak ambil kisah mengenai saranan, tips dan panduan yang telah SPA keluarkan agar memudahkan kelancaran peperiksaan online dijalankan.

Tips Bantu Elakkan Masalah Ketika Jawab Peperiksaan Online SPA

Punca gagal peperiksaan online SPA

Apabila gagal, mereka salahkan sistem peperiksaan online SPA, walhal masalah yang berlaku adalah kerana kecuaian mereka sendiri. Bila kecewa, terus ke page SPA dan hentam pihak SPA .. berikan komen yang tak berapa manis dan memaki.

Aduh. Tak perlu buat begitu.

Tanpa sedar, kekecewaan yang berlaku atas sebab sendiri yang tidak bersedia dengan betul. Lebih-lebih lagi mengenai komputer atau laptop yang digunakan untuk hadapi peperiksaan ini.
Tips untuk elak komputer bermasalah masa exam online SPA
Saya ingin kongsikan tips yang telah disediakan oleh SPA khas untuk calon-calon yang dipanggil untuk peperiksaan online bagi jawatan-jawatan dipohon untuk kerja di sektor awam.

Panduan ringkas ini adalah bagi membantu calon di dalam persediaan menduduki Peperiksaan Online SPA. Ia perlu dilakukan sebelum peperiksaan dimulakan. Paling tidak 3-4 hari sebelum peperiksaan bermula.

Okay.

Antara sebab ramai calon gagal menjawab soalan peperiksaan online SPA adalah kerana faktor gangguan terhadap capaian internet dan pada sistem komputer mereka. Sila semak tips yang diberikan ini.

1. Virus, Malware, Spyware

Sekiranya dijangkiti, sistem pengoperasian komputer boleh terganggu dan gagal beroperasi dengan baik. Ini juga boleh menyebabkan gangguan terhadap capaian internet. Ada macam-macam virus internet sekarang ni.

Ada malware dan spyware yang sangat mudah masuk ke sistem komputer sehingga menyebabkan komputer jadi slow, internet sering bermasalah. Elakkan. Buat pencegahan. Anda harus ingat, peperiksaan online SPA ini ada tempoh masa untuk menjawab. Jangan biarkan masa berlalu kerana kegagalan komputer anda.

Pencegahan

Guna antivirus yang diyakini selamat. Sila scan komputer anda dan pastikan pattern antivirus yang digunakan adalah terkini. Lakukan ia 2-3 hari sebelum peperiksaan bermula. Lagi awal lebih baik. Tetapi janganlah terlalu awal sehingga tidak mempunyai versi terkini.

[Promo] Nak antivirus terkini? Boleh dapatkan di Shopee - http://invol.co/clb55q

2. Browser (add on dan plugin terlalu banyak)

Sesetengah plugin atau add on adalah spyware. Ini boleh memudaratkan prestasi kelajuan capaian ke internet komputer anda. Elok gunakan browser yang berbeza atau terkini untuk jawab peperiksaan online SPA ni.

Pencegahan

Anda boleh menggunakan tetapan default setting bagi browser masing-masing. Kalau tak pandai, reinstall semula browser anda. Jika ada kemahiran, gunakan cara di bawah untuk buat tetapan default tadi.

Contoh:

i. Internet Explorer:
internet option > Advanced > Reset Internet Explorer settings

ii. Chrome:
Setting > Reset Settings

Penggunaan browser Mozilla, Google Chrome, Internet Explorer dan Safari adalah yang dicadangkan bagi capaian ke Sistem Peperiksaan Online SPA. Gunakan versi terkini ya, jangan yang dah out-dated.

3. Kuota Internet (Pengguna Broadband)

Jika kuota internet anda telah hampir mencapai had maksimum, ini boleh mengakibatkan gangguan capaian internet semasa menduduki Peperiksaan Online SPA. Gunakan telco yang stabil capaian internetnya.

Pencegahan

Sila pastikan kuota capaian internet anda mencukupi sebelum menduduki Peperiksaan Online SPA.


4. Windows Firewall

Penggunaan Windows Firewall adalah satu cara untuk mengelak dari sebarang ancaman penceroboh. Namun sekiranya tetapan firewall rules yang dilakukan tidak menepati keperluan dan kegunaan seharian, ia boleh mengganggu sistem komputer anda.

Pencegahan

Sila pastikan firewall rules, tidak mengganggu aplikasi rangkaian internet yang sering digunakan.

5. Fungsi Auto Update Perisian

Banyak perisian sekarang yang mempunyai fungsi auto update dari internet secara percuma mahupun berbayar. Proses ini boleh mengganggu prestasi kelajuan capaian internet anda.

Pencegahan

Gunakan msconfig untuk menetapkan setiap program yang jarang anda gunakan supaya tidak autorun pada masa startup. Anda boleh menyemak semula senarai service (dari administrative tools – dalam control panel) yang diprogramkan untuk larian secara auto. Sekiranya tidak perlu, disable service tersebut.

Orait. Dah lihat satu-persatu tips diberikan di atas?

Kesimpulan Gagal Exam Online SPA

Mungkin salah satu di atas menjadi punca dan penyebab kegagalan anda dalam menghadapi peperiksaan online SPA dengan lancar.

Jadi, setiap kali anda terima email dari SPA mengatakan anda akan hadapi peperiksaan online, terus semak perkara-perkara di atas. Tak perlu salahkan SPA jika ada kegagalan sistem, kerana kegagalan sistem SPA kita tak boleh nak buat apa-apa. Tapi kalau kita gagal kerana kegagalan sistem komputer atau laptop kita .. aha .. tu boleh dicegah dan dielakkan.

Satu lagi nasihat penting.

Elakkan guna perisian cetak rompak dalam komputer anda! Sangat sangat sangat bahaya di zaman sekarang yang kebanyakkan orang akan sentiasa online ni. Ada je malware, freeware atau software yang boleh menjerat anda hingga mengakibatkan sistem komputer anda jadi slow.


Dipanggil peperiksaan online oleh SPA, semak dan update komputer anda ya.

Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang terlibat dengan mana-mana peperiksaan online. Penting ni kalau tak mahu gagal kerana sikap tidak ambil kisah.

Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.