8 Sebab Pilih Shopee Untuk Meniaga Online

Kenapa pilih Shopee untuk berniaga online? Apa kelebihan yang ada pada Shopee ini sampaikan ia menjadi antara pilihan top orang nak jual produk di internet? Kenapa tidak Lazada? Atau mungkin 11Street atau EZbuy? Dalam post ini, saya akan kongsikan mengenai sebab mengapa pilih platform Shopee untuk berniaga dan jual produk secara online.

Sebelum ini, saya dah tulis serba ringkas cara nak jual produk di Shopee. Panduan tersebut ringkas sahaja, tapi memadai untuk anda buat langkah pertama mulakan bisnes atau kedai online sendiri di Shopee.

8 Sebab Pilih Shopee Untuk Bina Kedai Online Sendiri

Sebab Pilih Shopee Untuk Bina Kedai Online Sendiri
Jadi kenapa pilih Shopee? Apa kelebihan platform ini berbanding yang lain? Mari saya kongsikan satu persatu ye.

1. Daftar Buka Kedai Online di Shopee Adalah Percuma

Ini adalah perkara paling utama kenapa platform ini menjadi platform popular untuk menjual secara online. Ramai yang beralih kepada Shopee kerana cara nak setup kedai online juga mudah dan tidak dikenakan bayaran. Pendaftaran di Shopee adalah percuma.

Malah, jika anda daftar sebagai seorang pengguna/pelanggan Shopee pun, anda boleh terus mula menjual produk dengan hanya klik butan 'JUAL'.

Lepas itu, ikuti sahaja langkah demi langkah yang diminta. Memang senang nak mula dan terus buat kedai online sendiri.

2. Boleh Mohon Untuk Kos Poslaju Percuma

Kemudahan pos penghantaran percuma Shopee
Antara yang paling disukai oleh peniaga di Shopee. Anda boleh mohon untuk mendapatkan kos penghantaran Poslaju percuma produk ke pelanggan anda. Jadi, anda boleh memaksimakan jualan atau keuntungan, selain menarik perhatian bakal pelanggan untuk membeli produk dari kedai online Shopee anda.

Bagaimana nak apply? Anda boleh ke link berikut - https://www.shopee.com.my/poslajusignup

Oh ya, anda patut berterima kasih kepada saya sebab link untuk mohon kos penghantaran percuma Poslaju ini bukan semua orang tahu .... hehe.

Sebelum anda nak mohon, kriteria utama yang diperlukan agar permohonan anda diterima adalah mempunyai alamat Poslaju atau pickup address dan juga sebuah printer untuk cetakan Poslaju.

3. Hasilkan Kod Baucer Diskaun

Kod baucer diskaun di Shopee
Anda boleh menarik lebih ramai pelanggan dengan cipta kod baucer anda sendiri di Shopee. Tak susah nak buat, anda perlu login ke ruangan kedai online anda di Shopee, dan pergi ke bahagian 'Marketing Centre >> My Vouchers'

Anda boleh tetapkan jumlah baucer nak diberikan, tempoh masa, malah boleh tetapkan untuk produk yang mana dalam kedai online Shopee anda yang dibenarkan gunakan kod baucer ini. Best tak?

Untuk tatacara lengkap bagaimana nak setting, boleh muat turun panduannya di sini - Panduan Cipta Baucer Shopee (English)

4. Boleh Terus Jual Guna Smartphone (Aplikasi Shopee)

Satu lagi ciri best nak berniaga online di Shopee ialah anda boleh gunakan smartphone anda untuk muat-naik produk yang ingin anda jual. Hanya muat turun aplikasi Shopee secara percuma, dan gunakan akaun Shopee anda untuk terus muat-naik produk yang nak dijual.

Dengan smartphone, anda boleh terus ambil gambar produk anda, muat-naik ke kedai online Shopee anda, tetapkan harga dan terus promote. Anda juga boleh gunakan gambar yang tersedia simpan dalam telefon atau dari laman Instagram anda.

Boleh lihat tatacaranya seperti dalam video di bawah ini. Disediakan oleh rakan blogger saya yang juga penjual di Shopee.


5. Promosi Mudah dan Percuma Disediakan

Dalam laman web Shopee, ada banyak tools yang boleh bantu anda untuk berniaga online. Selain anda boleh cipta kod baucer untuk lariskan jualan, anda juga boleh promosikan kedai online anda dengan selambanya menggunakan media sosial.

Butang media sosial sudah siap tersedia dalam kedai online Shopee untuk anda hebahkan, klik sahaja .. dan kongsikan ia di laman Facebook atau Instagram. Tetapi, untuk membolehkan fungsi ini memainkan peranan untuk membuat promosi mudah dan percuma, anda kena link akaun sosial media anda di Shopee.

Fungsi ini juga boleh anda manipulasikan supaya kedai online tersebar lebih meluas menerusi pengikut anda di laman sosial berkenaan.

Dah ada akaun Instagram jual produk? Mengapa tak link sahaja dengan kedai online Shopee anda?

6. Link Dengan Blog - Review Produk

Mudah dapatkan trafik percuma dari enjin carian
Blogger selalu tulis review. Malah ramai blogger ada kedai online di Shopee ni. Cara mereka mendapatkan jualan dan pelanggan adalah dengan menulis review mengenai produk yang mereka nak jual.

Kaedah ini juga salah satu teknik SEO supaya kedai online Shopee mereka boleh berada di dalam top listing enjin carian. Nahh ... dapatlah trafik percuma dari enjin carian, tanpa perlu keluarkan kos untuk iklan. Simple tapi sangat berkesan - jangkamasa panjang.

Enjin carian merupakan lubuk trafik percuma untuk kedai online anda! Jadi, jangan abaikan kaedah ini. Belajar kerana ia akan banyak membantu mempromosikan kedai Shopee anda.

7. Ramai Pilih Shopee Untuk Beli Belah

Jika anda ada lihat pada bancian kecil yang saya buat di FB, ramai yang pilih Shopee sebagai laman web shopping online pilihan. Malah, ramai yang meletakkannya di tempat paling top untuk beli-belah dalam talian.

Senaraikan lima kedai online atau web shopping pilihan anda ikut turutan...
Posted by Hasrul B Hassan on Monday, 3 September 2018



Jadi, anda nampak tak? Sudah ada pelanggan tersedia di Shopee ini. Apa yang perlu dibuat ialah menarik perhatian mereka ke kedai online anda sahaja di Shopee. Bagaimana nak melakukannya?

8. Banyak Tools

Tools untuk pemilik kedai online di Shopee
Aha .. dalam Shopee sendiri ada banyak tools yang boleh anda gunakan untuk boost jualan selain memperkenalkan produk dan kedai online Shopee anda. Segalanya dah tersedia, hanya perlu ikut panduan yang disediakan sahaja.

Kesimpulan


Shopee menjadi popular dan pilihan untuk berniaga online adalah kerana mudahnya nak setup kedai online sendiri di Shopee. Malah, buat peniaga yang ada label atau jenama sendiri, boleh gunakan Shopee untuk perkenalkan label serta jenama dengan Percuma.

Bina kedai online di Shopee tidak memerlukan anda untuk beli domain atau hosting. Segalanya dah ada di sana. Cuma yang anda perlukan adalah produk untuk dijual, kemudian uruskan dari segi penghantaran yang sudah dipermudakan menerusi Poslaju dan juga GDex.

Jika dulu susah nak buat kedai online dan meniaga di internet, sekarang dah mudah. Rugi kalau anda yang dah lama nak berniaga tak gunakan peluang ini.

Post a Comment

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.