Cari tempat percutian menarik pada musim cuti sekolah akan datang? Apakata anda pilih Singapore sebagai destinasi pilihan menarik untuk percutian anda? Dan pastikan anda ambil peluang menerusi SEEngapore Traveloka promotion.

Singapore memang banyak pilihan tempat menarik untuk anda lawati. Jadi, menerusi promosi SEEngapore dilakukan oleh Traveloka, keinginan untuk bercuti ke sana pasti akan dapat ditunaikan. Lagipun, Traveloka sejak dari dulu memang pakar dalam memberikan percutian terbaik.

Nikmati Percutian Menarik Dengan SEEngapore Traveloka Promotion

SEEngapore Traveloka Promotion
Tak pernah lagi tempah online dengan Traveloka? Uhh rugilah kalau macam tu. Pastikan anda ada Traveloka Apps dalam smartphone anda, sebab dalam Traveloka promotion terkini ada menawarkan kemudahan perjalanan serta pecutian untuk ke Singapore.

Saya dan isteri antara yang sering menggunakan Traveloka - samada menerusi web ataupun aplikasi di smarphone. Tempah dengan Traveloka memang mudah. Tempahan online diproses dalam tempoh sekejap dan anda boleh menikmati percutian tanpa masalah.

Rancang percutian? Nak bercuti ke Singapura? ... aha .. inilah waktunya sebab ada promosi SEEngapore Traveloka Promotion.

SEEngapore Traveloka Promotion

Dah pasang niat nak ke Singapore tak? Apakata jadikan niat dan angan-angan tu menjadi kenyataan menerusi promosi khas Traveloka ini.

Diskaun Penerbangan Pergi-Balik Singapore

Diskaun Penerbangan Pergi-Balik Singapore Promosi SEEngapore Traveloka
Diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore. Anda cuma perlu gunakan kod kupon khas GOSG dan masukkan ketika check-out.

Kupon GOSG ini sah digunakan samada melalui laman web atau aplikasi Traveloka.

Klik Sini untuk Gunakan 'GOSG' SEEngapore Traveloka Promotion

Diskaun Penginapan Hotel di Singapore

Nak mencari penginapan terbaik di Singapore dengan harga menarik, lebih jimat dan lebih bajet untuk anda seisi keluarga? Apakata anda dapatkan ia menerusi promosi ini juga. Aha .. best tak?

Tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, tiada kupon diperlukan.

Klik Sini untuk Tempah Hotel SEEngapore Traveloka Promotion

Jadi, anda bukan sekadar boleh dapat diskaun hebat SEEngapore Traveloka promotion untuk penerbangan pergi-balik ke Singapore, tetapi juga harga menarik untuk penginapan di sana.

Saya boleh katakan, Traveloka memang telah tersedia semuanya untuk kemudahan percutian anda. Traveloka adalah one-stop travel app yang cukup bagus, lengkap dengan penawaran harga diskaun untuk perjalanan serta percutian.

Traveloka memang pakarlah dalam memberikan kemudahan tempahan perjalanan serta hotel percutian. Saya dan isteri memang cukup suka.

Tempat Menarik di Singapore

Ada banyak tempat-tempat menarik di Singapore untuk rangka percutian seisi keluarga anda di sana. Tetapi antara yang sering menjadi sebutan ramai adalah:

Pulau Sentosa

Tempat menarik di Singapore untuk dilawati
Macam-macam ada di Pulau Sentosa ini. Ia antara tempat menarik di Singapore yang sering diperkatakan orang, baik yang telah pergi ke sini atau yang sedang merancang untuk percutian di Singapore.

Pulau Sentosa terkenal sebagai tempat peranginan pesisir pantai dengan adanya Aquarium Underwater World. Selain itu, pastilah simbol terkenal republik itu iaitu Merlion - patung dengan kepala singa dengan ekor ikan.

Taman tema terkenal Universal Studios juga terletak di sini.

Marina Bay Sands

Marina Bay Sands tempat menarik di Singapore
Resort mewah komplek peranginan Marina Bay Sands adalah terdiri daripada sebuah hotel, jenama-jenama mewah, pusat membeli-belah dengan terusan mengalir melaluinya, Muzium ArtScience, dan juga Marina Bay Sands Skypark.

Dari Skypark ini, anda boleh melihat jambatan inovatif Double Helix, pelabuhan, Gardens by the Bay, dan latar langit yang begitu mengagumkan sekali.

Singapore Flyer

Lihatkan kehebatan bandar Singapore dari atas Singapore Flyer, roda pemerhati terbesar di dunia. Yang menariknya ialah, anda boleh pilih dari pelbagai pakej yang disediakan agar anda dilayan dengan layanan terbaik sambil menikmati pemandangan bukan sahaja pada latar langit Singapura, namun sampai juga ke Kepulauan Spice Indonesia dan Selat Johor Malaysia.

Terdapat beberapa pakej tiket berbeza untuk dipilih, dan masing-masing termasuklah akses kepada pameran Multimedia Journey of Dreams yang mengkaji sejarah Singapura dan penciptaan Singapore Flyer.

Bay East Garden

Cloud Forest Dome di Singapore
Bila dah sampai ke Singapore, apakata anda pergi bersiar-siar di Bay East Garden ini. Anda pasti tertarik dengan kehidupan menhijau tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Anda tentu tidak menyangka bahawa kehijaun itu berada di tengah-tengah kesibukan bandar Singapore yang cukup gah di Asia Tenggara ini.

Di dalamnya ada Supertree Groove, serta Cloud Forest Dome yang pasti akan memukau dan menjadikan percutian anda di Singapore sesuatu diingati. Cloud Forest Dome membolehkan anda melihat air terjun tertutup yang tertinggi di dunia dan nanti bolehlah anak-anak anda belajar serba sedikit mengenai biodiversiti.
Supertree Groove Singapore

Taman Orkid Kebangsaan @ Singapore Botanic Gardens

Pastikan untuk tidak melepaskan peluang melawat Taman Orkid Kebangsaan yang ada di Singapore Botanic Gardens. Antara tarikan lain yang pasti menarik minat anda adalah eco-garden, eco-lake, taman bonsai, ukiran-ukiran, dan beberapa lagi tapak yang unik.

Ada banyak lagi tempat menarik di Singapura kalau nak diceritakan. Kalau anda nak bershopping, mungkin anda akan rayau mata dengan pelbagai pilihan di lokasi-lokasi ini:

  • Singapore Orchard Road
  • Bugis Street Market
  • Singapore Little India
  • Singapore Arab Street
  • Chinatown Singapore
  • Lorong Haji


Muzium Changi Singapura tempat menarik
Anda boleh juga melawat tempat menarik lain seperti Zoo Singapore yang cukup unik, selain mempelajari sejarah di Muzium Changi atau pergi ke Singapore Fort Canning Park. Nak lebih menarik untuk ketahui pasal sejarah, boleh ke Muzium Tamadun Asia di Empress Place Building.

Tak pasti lagi apa yang menarik untuk percutian anda di Singapore? Tonton sahaja video di bawah ini.

Amacam? Dah rasa macam tak sabar untuk percutian seisi keluarga di Singapore? Rebut peluang menerusi SEEngapore Traveloka promotion ini.

Tempah Sekarang! Klik Sini untuk SEEngapore Traveloka Promotion

Syarat Tempahan SEEngapore Traveloka Promotion

  1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
  2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
  3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
  4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
  5. Tempoh Perjalanan: Bila-bila masa

Lihat kalendar percutian anda sekarang, dan buat tempahan online menerusi Traveloka. Anda pasti tidak akan kecewa dengan diskaun serta harga promosi menarik penerbangan pergi-balik dan hotel pernginapan.

Saya dan keluarga tak pernah lagi kecewa dengan apa ditawarkan oleh Traveloka. Ia kekal menjadi aplikasi terbaik untuk perancangan percutian kami sekeluarga.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement