Salah satu cara nak kerja di rumah secara part-time ialah dengan berniaga secara online. Zaman sekarang, dah tak susah nak berniaga online ini. Setup kedai online pun dah mudah, malah boleh dilakukan menerusi smartphone sahaja.

Antara platform berniaga secara online yang semakin popular sekarang ialah Shopee. Ia jadi pilihan ramai usahawan part-time termasuk yang dah bekerja makan gaji serta surirumah untuk mempunyai sebuah kedai online sendiri. Shopee ada banyak kelebihan untuk peniaga menjual secara atas talian.

5 Kelebihan Berniaga Online di Shopee

5 kelebihan jual barang di Shopee
Post kali ini, saya nak kongsikan lima kelebihan utama yang ada pada Shopee sehingga membolehkan platform ini popular dan menjadi pilihan ramai orang untuk jana pendapatan sampingan dengan berniaga part-time.

Apa bestnya berniaga online di Shopee ehh?

Berikut adalah 5 kelebihan utama buka kedai online di Shopee.

Mudah Nak Mula Berniaga Online di Shopee

Antara sebab Shopee menjadi platform popular untuk bina kedai online sendiri ialah nak bermula tak susah, tak complicated macam nak mula berniaga di platform seperti La___. Nak buka kedai online di Shopee tak perlukan sijil perniagaan SSM. Kalau ada lagi bagus, tapi ia tak wajib.

Paling best, dengan Shopee, anda boleh mula berniaga dan buat kedai online sendiri menggunakan smartphone sahaja. Tak perlu upah sesiapa, tak perlu ada domain-hosting, tak perlu nak design teruk-teruk. Platform Shopee memang dah sedia untuk anda terus mula berniaga.

Mudah Nak Jaga Kedai Online Shopee

Tak rumit dan mudah nak jaga kedai online Shopee ni. Itu sebab ia jadi pilihan ramai surirumah buat duit sampingan secara part-time. Hanya 2-3 jam sehari sudah cukup untuk uruskan kedai online di Shopee.

Anda cuba perlu muat-naik gambar barang nak jual - ambil gambar guna smartphone, letakkan butiran pasal barang tu, kemudian tetapkan harga serta kos penghantaran. Kemudian tunggu order masuk je ...Tak ada nak PM PM harga, tak perlu nak balas WhatsApp. Semuanya dah semi-automatik dalam Shopee tu.

Platform Percuma

Kedai online shopee
Tiada sebarang caj dikenakan untuk anda mula berniaga di Shopee. Shopee tak kenakan sebarang fees untuk kita listing produk atau barang yang nak dijual. Dan kalau terjual pun, Shopee tak ambik % pun. 100% duit customer dapat terus kat kita. Malah, kos pos penghantaran pun Shopee yang akan tanggung!!

Aha .. dah nampak dah kenapa Shopee semakin popular jadi tempat menjual barang secara online?

User-Friendly

Anda dah baca tutorial saya sediakan sebelum ini, iaitu cara-cara nak menjual di Shopee tak? Kalau belum, elok baca. Dalam post tu, jelas sekali platform Shopee menggunakan interface website dan apps Shopee yang mudah nak faham. Dalam Bahasa Malaysia lak tu!!

Orang yang pertama kali nak buka dan buat kedai online sendiri pun tak susahlah nak gunakan Shopee ni. Ada je panduan disediakan.

Senaraikan Produk Secara Pukal (Bulk-listing)

Anda bayangkan, kalau kita nak ada 100 produk nak dijual, nak upload satu persatu tu sudah tentu makan masa yang sangat lama kan? Jadi, dengan adanya fungsi Bulk-Listing ni, kita boleh upload produk kita dengan hanya beberapa klik sahaja.
Okeh.

Sekarang anda dah tahu 5 kelebihan utama berniaga online di Shopee ni.

Nak tahu lagi bagaimana nak berniaga di Shopee? Nak tengok aspirasi kejayaan mereka yang dah berjaya jana income 5 angka secara part-time menerusi Shopee tak?


Cuba anda klik ke pautan ini dan lihat sendiri [+] http://bit.do/RahsiaShopee

Memang best punyai kedai online sendiri gunakan platform Shopee ni. Malah, ada banyak tools boleh digunakan untuk membuat promosi dan mendapatkan pelanggan.

Pun begitu, saya tak nafikan ada juga kekurangan nak berniaga di Shopee ni. Nak tahu tak? Aha .... tunggu post selanjutnya nanti, tak pun anda follow je saya di Facebook di sini - https://www.facebook.com/blogger.hasrulhassan

Dengan Shopee ... mudah untuk anda jual barang secara online. Errr nak shopping pun mudah gunakan Shopee ni ..hehehee .. barang pun banyak murah, kos penghantaran lak percuma. Woot Woot ...

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement