Traveloka Banner

6 Gambar Fiera Fendi - Gadis 'Amalina' Dalam Video Muzik Santesh

Video muzik lagu Amalina oleh Santesh menjadi viral dan trending di YouTube. Setakat post ini ditulis, ianya sudah hampir mencecah 5 juta tontonan. Lagu Amalina adalah lagu hasil ilham Harry Khalifah dan liriknya oleh Room None.

Gambar Fiera Fendi - Inilah Gadis 'Amalina' Dalam Video Muzik Santesh

Gambar Fiera Fendi - Inilah Gadis Amalina Dalam MV Santesh
Lagu Amalina telah menjadi trending kerana liriknya yang cukup simple dan ia dinyanyikan oleh Santesh. Santest merupakan seorang penyanyi, penulis lirik dan pencipta lagu berbangsa India. Beliau sudah mempunyai lima buah album Tamil sejak mula serius dalam bidang muzik sejak 2011.

Tempias viral lagu Amalina oleh Santesh telah menyebabkan gadis bernama Fiera Fendi turut dikenali. Fiera Fendi adalah watak Amalina di dalam video muzik Amalina oleh Santesh.
Gambar Fiera Fendi - Inilah Gadis Amalina Dalam MV Santesh
Di dalam video muzik Amalina oleh Santesh, Fiera Fendi memegang watak sebagai gadis Melayu bertudung bernama Amalina. Lagu Amalina adalah mengenai percintaan antara dua insan yang berbeza bangsa dan agama.
Gambar Fiera Fendi - Inilah Gadis Amalina Dalam MV Santesh

Video Muzik 'Amalina' oleh Santesh

Lirik Lagu 'Amalina' - Santesh

Amalina, Amalina..
Kau satu, ku tidak punya dua
Satu dua tiga hanya kau saja
Walau bidadari datang menyerah

Amalina, Amalina..
Biar dulu kita habis belajar
Kita juga sama-sama membesar
Nantikan orang tua ku pinangkan

Amalina..

Aku suka kamu kerna kau manja
Aku suka kamu kerna kau mulia

Aku suka kamu
Engkau Amalina

Amalina..
Aku suka kau berbudi bahasa
Kau juga menghormati orang tua
Aku sayang kamu oh Amalina

Amalina..
Aku suka kamu kerna kau manja
Aku suka kamu kerna kau mulia

Aku suka kamu
Engkau Amalina

Amalina..
Aku suka kau berbudi bahasa
Kau juga menghormati orang tua
Aku sayang kamu oh Amalina

Amalina..
Aku suka kamu kerna kau manja
Aku suka kamu kerna kau mulia

Aku suka kamu
Engkau Amalina

Amalina..
Aku suka kau berbudi bahasa
Kau juga menghormati orang tua
Aku sayang kamu oh Amalina

Amalina, Amalina..
Kau satu pujaan selamanya
Kita harus tahu batas agama

Moga-moga kita kekal bersama

Amalina..
Amalina..

5 Gambar Fiera Fendi

Lagi gambar Fiera Fendi aka Amalina, gadis manis dalam video muzik Santesh.
Gambar gadis dalam video muzik Amalina - Santesh
Fiera Fendi Gambar gadis dalam video muzik Amalina - Santesh
Fiera Fendi, model dalam video muzik Amalina
Fiera, gambar gadis dalam video muzik viral Amalina
Fiera Fendi pernah muncul dalam drama Gerak Khas Raya Aidilfitri 2018 dengan membawa watak Sarah. Fiera juga berlakon dalam drama Cinta Koko Coklat yang disiarkan di NTV7, selain wajahnya sering muncul di beberapa tvc produk tempatan.

Jika anda nak tahu, Fiera Fendi juga ada muncul dalam filem Munafik 2 sebagai salah satu hantu dalam filem tersebut .. hehe... seram gak tengok penampilan Fiera ni ...

Gambar di bawah adalah wajah Fiera Fendi yang telah disolek menjadi hantu dalam filem Munafik 2 arahan Syamsul Yusof. Amacam? Takut tak? Huhuhu ....
Fiera Fendi dalam Munafik 2

Kredit: Instagram FieraFendi, YouTube MVM Music



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.