Kerja di rumah adalah salah satu cara untuk mendapatkan income sampingan. Sebelum ini, saya dah cerita pasal Shopee, yang merupakan antara platform percuma untuk menambah pendapatan dengan menjual produk dropship. Kali ini, saya nak kongsikan satu lagi peluang best untuk jana income sampingan, hanya dengan menjawab survey online di rumah.

Saya rasa ramai lagi yang tak tahu mengenai peluang buat duit secara online dengan menjawab survey di internet. Mereka mungkin nampak peluang tersebut, tetapi gagal dan masih lagi ragu-ragu
untuk menyertainya.

Income PanelPlace - Platform Jawab Survey Online

Income PanelPlace - Platform Jawab Survey Online
Saya pun tak tahu kenapa masih ramai ragu-ragu walhal menjawab survey secara online ini tidak ambil masa yang lama pun.

Okaylah. Memang benar, income dari menjawab survey online ini bukanlah selumayan mana, tetapi ia satu kerja senang dan mudah untuk dapat bayaran. Ia cara jana income hanya dari rumah. Tak perlu berpanas, tak perlu berpeluh .. huhu.

Ramai tak tahu.

[Baca] Kisah Ibu Bekerja di Singapore, Jana Income Tambahan Dengan Jawab Survey Online

Ada dua cara sebenarnya cara nak buat duit dengan platform menjawab survey online ini.

  1. Jawab survey diberikan
  2. Promosikan laman web survey online


Salah satu syarikat atau laman web yang memberikan dua cara buat duit online menerusi survey ialah PanelPlace.

PanelPlace berikan anda dua cara untuk raih income dalam USD.

Jawab Survey Diberikan

Setiap hari, PanelPlace akan hantar survey online yang sesuai dengan latar diri anda terus ke email. Dari situ, anda perlu klik pautan survey diberikan, dan kemudian jawab secara online sehingga selesai.

Ia boleh dilakukan samada menerusi komputer yang ada akses internet atau menerusi smartphone anda.

Nilai setiap survey berlainan. Ia boleh mencapai sehingga USD10 untuk satu survey lengkap. Segalanya bergantung dengan jawapan, dan pengakhiran survey anda. Biasanya jika latar diri kita menepati kehendak survey online yang diberikan, dan survey pula dijawab selengkapnya, bayaran penuh akan diberikan.

Jika survey sekerat jalan, atau kurang memenuhi kehendak survey tersebut, anda mungkin akan dapat 10% dari nilai survey atau paling rendah USD0.50. Jika klik je survey, baru di peringkat awal .. anda mungkin boleh dapat sehingga USD0.20 untuk satu survey.

Ada banyak jenis survey. Jadi, nilai juga berbeza. Kalau dapat peluang untuk jawab survey berkaitan peralatan elektronik atau mengenai kenderaan ... biasanya nilai diberikan agak tinggi.

Nak jawab survey dan dapat income tambahan yang banyak, anda kena rajin tengok email anda. Pastikan email dari PanelPlace tidak berada dalam ruangan spam.

Daftar PanelPlace percuma di sini - PanelPlace Free Registration

Refer Orang Lain Untuk Join

Satu lagi cara jana income menerusi PanelPlace. PanelPlace akan bayar anda untuk setiap lead yang anda berikan. Dengan kata lain, setiap yang daftar percuma di PanelPlace, anda akan diberikan duit!

Program ini juga dikenali sebagai program affiliate Pay-per-Lead (PPL).


PanelPlace membayar anda sehingga USD0.70 mengikut lokasi.

Contohnya, jika seseorang mendaftar sebagai ahli percuma PanelPlace Malaysia, anda akan dibayar sehingga USD0.50. Jika dia mendaftar sebagai ahli percuma PanelPlace Singapore atau PanelPlace Australia, anda akan menerima sehingga USD0.70 bagi setiap pendaftaran.

Ini cara paling mudah seandainya anda mempunyai ramai kenalan di internet.

Katakan, anda promote pendaftaran PanelPlace percuma untuk rakan-rakan anda yang berada di Singapore, jadi setiap pendaftaran lengkap yang berjaya akan memberikan anda USD0.70 bagi setiap pendaftaran.

Andaikan anda punyai 10 rakan dari Singapore, dan 7 daripadanya mendaftar, jadi anda akan terima komisen 7 x USD0.70 iaitu USD4.90.

Menarik tak?

Menerusi PanelPlace, tiada pembelian diperlukan. Pendaftaran pula adalah percuma, baik untuk menjawab survey online mahupun menjadi affiliate untuk PanelPlace.
Jana income di rumah jawab survey online

Komisen atau income online yang diterima boleh dipindahkan terus ke akaun bank atau PayPal.

Anda tak rugi apa-apapun dengan daftar bersama PanelPlace ini.

Siapa yang nak mencuba jana income sikit-sikit lama-lama jadi bukit tu .. bolehlah daftar PanelPlace di sini - PanelPlace

Pendaftaran percuma ini dibuka untuk anda samada berada di Malaysia, Singapore, Hong Kong, Thailand, Australia atau mana-manalah. Namun, diingatkan bahawa setiap negara akan berikan kadar komisen dan kadar income berbeza.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement