Harga Baru Toyota OTR Termasuk SST. Pihak Toyota Malaysia sudah keluarkan harga baru untuk semua model kenderaannya bermula 1 September 2018. Harga terkini dan baharu kereta model Toyota ini adalah harga yang telah dimasukkan cukai SST sebanyak 10 peratus seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan.

Sebenarnya bukan sekadar Toyota umumkan harga kereta baharu termasuk SST ini, pihak pengeluar lain seperti Proton, Perodua, Honda, Volkswagen, BMW dan beberapa lagi masing-masing turut telah menyenaraikan harga baharu kereta model mereka termasuk SST.

Harga Baharu (OTR) Toyota - Model Terpilih Dengan SSt 10%

Harga Baru Toyota Vios Termasuk SST September 2018
Jika anda sedang berfikir untuk memiliki kenderaan baharu selepas 1 September 2018, iaitu setelah SST diperkenalkan semula, bolehlah rujuk harga baharu kereta-kereta model kegemaran anda.

Harga baharu kenderaan boleh didapati dengan mengunjungi mana-mana showroom rasmi atau melihat brosur tawaran di laman web syarikat kenderaan tersebut.

Kebanyakan pengeluar akan menyenaraikan harga terkini SST termasuk harga perbandingan sebelum ini semasa GST dikuat-kuasa.


Berikut adalah harga baharu untuk kenderaan atau kereta keluaran Toyota mulai 1 September 2018. Harga disenaraikan adalah harga rasmi, dan merupakan harga atas jalan (OTR) dengan 10% SST dikenakan.
Harga Baru Toyota Termasuk SST 10 Peratus Bermula September 2018


Jadi bagaimana? Terasa nak mendapatkan kereta Vios baharu? Fortuner atau Innova baharu?

Harga Toyota Avanza Terbaharu?

Daripada senarai harga terkini kereta Toyota tersebut, perasan tak dalam senarai tersebut tidak disertakan harga baharu untuk model Toyota Avanza!! Adakah nanti akan ada pengumuman lain daripada pihak Toyota untuk model Toyota antara terlaris di Malaysia ini?

Saya tak ada jawapan.

Senarai terkini harga Toyota selepas SST 10 peratus yang saya terima ini mungkin tidak lengkap sepenuhnya atau ia sengaja tidak dilengkapkan sepenuhnya oleh Toyota.

Harga Baru Toyota Avanza (OTR) Termasuk SST 10 Peratus
Nak tahu harga terkini untuk model Toyota Avanza, anda mungkin perlu ke laman web rasmi Toyota Malaysia di sini - Toyota Avanza

Oh ya, jika dilihat pada paparan harga terbaru selepas SST 10% tersebut, terdapat penurun harga kereta untuk model-model tertentu, manakala terdapat peningkatan harga sehingga RM11 ribu untuk model kereta Toyota kategori mewah.

Harga kereta Toyota Vellfire, Alphard serta Altis naik. Kenaikan harga turut berlaku pada model Hillux dan Harrier.

Jadi, bukan semua harga kereta model Toyota turun harga. Yang pasti, harga kereta popular untuk golongan pertengahan masih lagi boleh dimiliki dan tidak nampak perbezaan harga yang terlalu drastik.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kira balancelah juga harga toyota.. Ada yang naik harga ada yang turun.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement