RinggitPlus Banner

Tudung Turki Import Square Scarf Kini di Lazada & Mybazar

AI Trade
Square Scarf Enterprise, pengimport produk tudung Turki dan aksesori, sedang merangka strategi pemasaran produk importnya pada tahun ini bagi mengukuhkan semula kedudukan jenama Square Scarf di pasaran.

Pengusahanya, Najibah Sahari berkata, jika tahun sebelum ini, Square Scarf kurang aktif dari segi pemasaran namun tahun ini, dia perlu giat merangka strategi terutamanya dari segi pemasaran demi memastikan kelangsungan jenama Square Scarf terus dikenali di pasaran.

Tudung Turki Import Kini Boleh Didapati di Lazada dan Mybazar


Square Scarf Kini Lazada dan Mybazar
Yahh ... lagi usahawan tudung sedang mengorak langkah kanan untuk kembangkan bisnes ini. Kan saya dah beritahu, bisnes tudung ini malar segar dan sentiasa mendapat permintaan terutama di kalangan wanita berhijab.

Walaupun terdapat banyak persaingan antara jenama tudung, shawal serta scarf .. in Sha Allah, jika tahu niche pasaran dan sasaran pembeli, bisnes ini mampu untuk kekal bertahan. Syaratnya mudah sahaja, mesti terus melakukan promosi serta pengiklanan.

[Dah Baca?] 5 Kelebihan Bisnes Tudung

Teknik pemasaran juga perlu diperluaskan seperti menggunakan platform online; contohnya Instagram, Facebook Page, FB Group dan juga blog.

Saya suka dengan cara pemilik Square Scarf ini untuk memastikan produk scarf atau tudung jenamanya terus dikenali di kalangan pemakainya.

Dapat Kerjasama Mdec Menerusi e-Usahawan

Beliau yang mengimport produk tudung Turki dan aksesori sejak 2012,berkata, salah satu daripada langkahnya dalam mengukuhkan kedudukan jenama adalah dengan mendapat kerjasama daripada Mdec menerusi program e-Usahawan.

Aha .. anda tahu pasal program ini?

Saya mula mengenali program ini semasa di majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB) 2016 anjuran Denaihati Network. Ia merupakan program blogger yang pertama ditaja oleh Mdec.

Memang bagus Mdec ni sebab ia dah bantu banyak usahawan terutama yang jual produk fizikal untuk menggunakan platform online bagi perluaskan pasaran dengan teknik pemasaran terkini.

Tudung Turki Square Scarf Kini Dijual di Lazada dan Mybazar

Dengan adanya e-Usahawan ini, tudung Turki dan aksesori daripada Square Scarf kini boleh didapati menerusi platform laman web shopping online Lazada dan juga Mybazar. Syabas dan tahniah buat Square Scarf!
Corak Tudung Turki Square Scarf


Buat anda yang mungkin tak biasa dengan jenama ini, Square Scarf adalah syarikat IKS yang mengimport produk tudung Tukri terbaik untuk pasaran Malaysia. Tudung Turki sangat mudah dipakai selain selesa dan sesuai dengan cuaca negara ini.

[Baca] Tutorial 13 Cara Menggayakan Tudung serta Shawl

Menerusi platform Lazada dan juga Mybazar, pelanggan yang berminat dengan corak tudung Turki boleh memilih corak dan warna mengikut cita rasa serta gaya. Tudung Square Scarf ditawarkan dalam pelbagai saiz dan bidang terdiri dari saiz 40, 45, 50 dan juga 60.

Tudung Turki labuh diimport Square Scarf
Manakala, material yang diimport adalah dari jenis silk, silky rayon, twill silk, satin dan kapas kualiti terbaik. Kesemuanya dijual di platform Lazada dan Mybazar pada harga berpatutan dan mampu milik.

Antara kepelbagaian jenis dan jenama tudung dari Turki yang diimport Square Scarf adalah Asmira, Avantgard Milano, Luis Carden, Armine, Monalisa, dan Asgoldas.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments