Susu Isomil Murah Beli Online di Shopee

Anak bongsu saya si Najmi susah sikit nak diberikan susu botol. Najmi cuma layan susu botol atau susu formula kalau dah dihantar ke rumah pengasuh. Jika berada di rumah sendiri, tatkala isteri saya ada .. memang mustahillah Najmi nak minum susu botol ni.

Lagi satu, Najmi ni alergik sedikit pada sesetengah susu formula. Kami dah cuba macam-macam jenis susu formula untuk bayi, termasuklah dari jenama Dutch Lady, NanKid dan terbaru Isomil Plus.

Susu Isomil Plus Untuk Bayi Alergik Susu Lembu

Susu Isomil Murah, Beli Online di Shopee


Isteri saya dah jarang beli susu formula kat kedai atau pasaraya biasa. Sejak kelahiran Maira, anak ketiga kami, kami dah tukar cara beli susu ni.

Jika dulu kami beli secara online di Lazada Malaysia dan 11Street, tetapi sekarang isteri saya sering pesan susu formula menerusi laman web Shopee.

Beli susu formula, terutama dari jenama Isomil menerusi Shopee rupanya lebih murah dibandingkan dengan laman web shopping online yang lain. Beza memang tak banyak, tetapi kalau dah beli dalam kuantiti lebih daripada satu, memang menjimatkan kalau beli susu formula di Shopee ni.
Susu Isomil Murah, Beli Online di Shopee
Susu Isomil Plus untuk bayi alah susu lembu
Susu Isomil Plus ni nampaknya agak rasi dengan Najmi.

Jika gunakan susu formula lain sebelum ini, Najmi akan menderita kegatalan akibat ruam yang muncul di sekitar leher dan telinga. Bila muncul ruam ni, Najmi tak boleh nak berpeluh sangat, nanti Najmi akan menggaru sehingga boleh mengakibatkan luka.

Hmm bila dah luka ni, nak mandi pun susah. Meragam je dia. Samalah ketika waktu nak tidurkan dia. Nak tak nak, kena tidurkan Najmi samada di bawah kipas atau dalam bilik berhawa dingin untuk elakkan dari berpeluh.

Susu Isomil ini adalah berunsurkan soya. Ia sangat bagus untuk bayi yang ada alahan pada laktosa yang biasanya datang dari protein susu lembu.
Isomil Plus untuk bayi alahan susu formula dari protein susu lembu
Susu Isomil Plus ni memang sesuai untuk bayi dan anak-anak yang ada alergi pada susu berasaskan susu lembu. Kalau anak-anak anda ada masalah macam ruam ke bila minum susu formula, cuba ganti susu dengan susu Isomil Plus ini.

Cuba dulu dalam tin yang kecil. Kalau rasi dan ruam tidak lagi muncul, bolehlah terus menggunakan susu Isomil Plus ini.

Atau

Dapatkan dulu sampel percuma Isomil Plus? Terus ke sini - https://abbottnutrition.com.my/products/isomil-plus

Jika ok, bolehlah terus beli Isomil murah di Shopee. Beli je online kat Shopee. Murah dan jimat dibandingkan beli kat tempat lain.

Post a Comment

1 Comments

  1. memang kesian juga kalau ada anak yang terkena alahan..mesti mereka rasa kurang selesa

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.