Saya bukanlah penggemar kopi 'jenama' Starbucks ini. Malah, tak pernah tau pun apa rasa kopi yang dijual di Starbucks walaupun Starbucks dah berada di Malaysia selama lebih 20 tahun. Pelik? Aha .. janganlah rasa pelik.

Starbucks Pertama di Kelantan Kini Dibuka!

Tapi ini mungkin fakta yang pelik untuk anda tahu. Dah berada lebih 20 tahun di Malaysia, hanya baru-baru ini sahaja Starbucks berjaya membuka cawangan pertamanya di negeri Kelantan! Cawangan pertama Starbucks di Kelantan telah dibuka di Tesco Mall Kota Bharu (Tesco Lembah Sireh)  mulai 16 Ogos 2018.
Starbucks Pertama di Kota Bharu Kelantan
Starbucks diuruskan oleh Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. Ia mula membuka cawangan pertama di negeri Kelantan selepas 20 tahun syarikat pengendali jenama kopi popular itu beroperasi di negara ini.

Ia merupakan cawangan ke 282 di Malaysia.

Bagi saya, ia sesuatu yang agak pelik memandangkan jenama Starbucks adalah jenama terkenal dan punyai pengaruh serta pengikut yang ramai. Kawan-kawan saya memang ramai yang sukakan kopi Starbucks ini.

Cuma saya je belum ada keinginan untuk mencuba kopi ini atas sebab-sebab tertentu.
Starbucks Pertama dibuka di Kelantan
Difahamkan sambutan ke atas cawangan pertama Starbucks di Kelantan adalah sangat luar biasa sehinggakan pembukaannya diawalkan sehari.

“Asalnya kita akan beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai bermula esok. Namun, akibat terlalu ramai pelanggan yang bertanya dan ada yang sudah berkerumun di luar kedai, kami terpaksa memulakan operasi hari ini." - Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Bhd. dan Pengarah Urusan Starbucks Malaysia, Sydney Quays

Wahhh .. tentu ramai orang Kelantan yang dah lama teringin nak merasa keunikan kopi Starbucks ini. Lagipun, Starbucks sudah menjadi satu label jenama untuk gaya hidup golongan berduit di Malaysia.

Ya, hanya orang yang berduit je yang akan pergi ke Starbucks untuk merasai kopinya. :)

Itu pendapat sayalah. Pendapat saya ini mungkin salah dan tak boleh diterima, mmandangkan saya tak pernah lagi ke Starbucks.
Apa komen anda? Pernah ke Starbucks dan nikmati rasa kopinya tak? Kongsikan di ruangan komen, saya teringin nak tahu.
Sedikit info tambahan mengenai Starbucks pertama di Kelantan ...

Kafe Starbucks di Kota Bharu ini beroperasi bermula pukul 8:30 pagi hingga 10:30 malam pada hari Ahad hingga Khamis, manakala, pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum operasi dilanjutkan sehingga pukul 11 malam.

Kesemua 12 pekerjanya termasuk pengurus cawangan merupakan anak jati Kelantan. Jadi, jangan risau kalau nak order kopi Starbucks ... :) anda boleh ja kecek Kelate .... tak perlu nak speaking English .. kekekeke...

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah...seronok ni, boleh pegi kelantan pekena kopi starbucks :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi .. hehehe... suka ekk Starbucks ni? Saya tak pernah merasa lagi

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement