RinggitPlus Banner

Rugi Beli Buah Manggis 3 Kilo RM10

AI Trade
Anak-anak saya cukup suka dengan buah Manggis. Maira, anak perempuan saya memang hantu buah Manggis. Maira boleh habiskan 3-4 kilo buah Manggis sekali hadap dia seorang. Buah Manggis ni buah bermusim, dan biasanya akan ada bila buah Durian juga ada.

Kata orang lama, jika buah Durian itu adalah Raja Buah, maka permaisurinya pula adalah buah Manggis. Selain muncul di musim yang sama, buah Manggis ada 'crown' yang mengiyakan kenapa ia digelar Ratu Buah (jarang la orang gelar).

Beli Manggis RM10 Untuk 3 Kilo

Beli Manggis RM10 Untuk 3 Kilo
Nak dijadikan cerita, satu hari tu .. anak saya, si Maira ni teringin nak makan buah Manggis. Lalu, saya dan emak saya pun keluarlah mencari di sekitar pekan Parit Buntar.

Biasanya, kalau nak beli buah-buahan segar, saya akan ke Pasar Awam Parit Buntar di sebelah pagi. Tetapi disebabkan saya dan emak keluar waktu petang, jadi destinasi nak cari buah-buahan ni kena cari di lokasi lain. Pasar Awam ni, jam 12 tengahari dah tak ada apa dah .. huhu.

Antara tempat nak cari buah Manggis ialah di sepanjang jalan menuju ke Econsave Parit Buntar atau jalan nak ke Kompleks Pasar Kemboja (bukan Pasar Kemboja original tu).

Kat situ, bukan setakat buah Manggis, kadang ada orang jual buah Durian, Langsat, Tembikai, Cempedak dan banyak lagi. Kena tengok musim. Kalau musim durian, memang penuh dengan lori dan kereta yang bawa buah durian untuk dijual.

Alhamdulillah.

Ada orang yang jual buah Manggis.

Harga dijual RM10 untuk 3 kilogram.

Saya pun beli 3 kilo. Harga RM10 untuk 3 kilo buah Manggis boleh dikatakan murah. Biasanya kalau di pasar, buah Manggis dijual RM4 - RM6 sekilogram. Harganya boleh cecah sehingga RM10 sekilogram andai di luar musim atau bekalan berkurangan.

Emak saya pun seronok dapat belikan buah Manggis untuk cucu dia.

Bawa balik.

Rasa Rugi Sebab Banyak Dah Keras Kematu



Setibanya di rumah, saya pun cuba nak buka sebiji buah Manggis .. nak merasa isi. Tekan punya tekan dengan dua telapak tangan saya, buah Manggis gagal dibuka.

Jenuh. Tak ada kesan.

Saya pun ketuk atas lantai. Makkk aihh .. tak jadi apa-apa.

Sah. Saya rugi beli buah Manggis yang dah keras kematu. Aduh.

Beli buah Manggis 3 kilo dengan harga RM10, cuma dua kilo je dapat dijamah disebabkan kebanyakan buah Manggis dah jadi keras kematu dan ada yang dah rosak isinya.

Silap saya. Silap kerana saya tak periksa dulu buah Manggis ni sebelum membayar. Biasanya saya akan buka dulu buah Manggis, nak tengok isinya.

Semasa dok memilih buah ni pun, saya tak pilih sungguh-sungguh .. main sauk je.

Inilah akibatnya kerana 'termakan' promosi harga buah Manggis murah. Kalau ikutkan, dah boleh agak .. jika buah Manggis tu dijual dengan harga murah .. mesti ada kekurangannya.

[Dah Baca?] Durian Farm Stay Bandar Baharu Segar-Segar dan Sedap

Ini jadi pengajaran.

Redha je. Anggap ia bukan rezeki. Namun, alhamdulillah .. Maira merasalah juga makan buah Manggis ni. Tak adalah kempunan.

Anda pernah rasai pengalaman macam ni tak? Hoho .. mesti ada juga kan?

In Sha Allah, di lain kisah .. saya nak kongsikan sedikit info dan tips berkaitan buah Manggis ni, yang sebenarnya banyak khasiat dan kelebihan untuk kesihatan manusia.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

5 Comments

  1. Alahai.. Sabar jelah.. Selalu juga terkena begini..

    ReplyDelete
  2. teringat hari tu pengalaman first time kutip buah manggis.baru tau yang lembut2 tuh sebenarnya sedap,yang kulit keras tuh dah tak elok.hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ... nanti saya share lagi mengenai rahsia buah manggis ni .. leh baca

      Delete
  3. saya ada dua buah belum rasa lagi setakat tahun ini..

    rambutan dan durian..

    itu belum masuk buah manggis

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.