8 Revolusi Baharu di 11Street

11street (www.11street.my), salah satu pasaran dalam talian terkemuka di Malaysia, memperlihatkan revolusi baharu yang akan mempertingkatkan pengalaman membeli-belah pengguna dan memberikan sumbangan signifikan terhadap ekonomi digital Malaysia.

Revolusi Baharu 11Street

Revolusi Baharu di 11Street
Transformasi ini susulan usaha sama strategik yang terjalin antara 11street dan PUC Ventures Sdn Bhd. Usaha sama ini bermatlamat untuk meneroka dunia digital secara lebih meluas melalui integrasi dan saling kendali merentasi platform yang memenuhi sektor e-dagang yang pesat berkembang di negara ini.

Sejak bertahun-tahun lamanya, ekonomi digital Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan eksponen dengan sejumlah 25 juta pengguna internet daripada jumlah penduduk seramai 32 juta orang.

Pada masa ini terdapat 15.2 juta pembeli-belah dalam talian di Malaysia yang membelanjakan purata RM321.15 setiap tahun.

Sungguhpun demikian, kadar penebusan pengguna yang membeli-belah dalam talian dijangka meningkat kepada 51.4% pada tahun 2018 dan seterusnya, kepada 63.0% menjelang 2022.

[Dah Baca?] Kursus Percuma - Bagaimana Jana Income USD Pertama Menerusi Shopify

Tambahan kepada angka tersebut, perolehan industri e-dagang dijangka menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR 2018-2022) sebanyak 17.9%, menghasilkan volum pasaran melebihi satu trilion menjelang tahun 2022.
Revolusi Baharu di 11Street
CEO 11street, CHEONG Chia Chou berkata: "Dengan dunia digital semakin berkembang dalam kehidupan seharian kita, terdapat keperluan untuk mewujudkan sebuah ekosistem e-dagang yang kukuh, seterusnya membolehkan integrasi penuh perjalanan fizikal digital pelanggan.

Perniagaan dipaksa untuk mengikuti ombak perkembangan pesat industri ini untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih besar bagi mencapai keuntungan dan kehadiran di pasaran.
11street mempertingkatkan pengalaman beli-belah pelanggan dan membuat sumbangan signifikan terhadap ekonomi digital di Malaysia di bawah kepimpinan baharu
“Pasaran dalam talian di Malaysia tentunya dijangka berkembang pada kadar yang pantas dalam tahun-tahun akan datang dan penampilan baharu 11street mengulangi komitmen kami untuk terus menyumbang terhadap segmen digital.”

Meningkatkan pengalaman membeli-belah dalam talian saling berkaitan antara satu sama lain, khususnya dengan peningkatan dalam penembusan pengguna dan internet yang pada masa ini pada aras 85.7% dalam kalangan rakyat Malaysia.

Matlamat dan 11 Fokus Utama Revolusi 11Street

Matlamat 11street adalah untuk mewujudkan pengalaman beli-belah pelanggan yang lancar dan bersepadu, di samping memberi penekanan terhadap pembangunan perniagaan dalam kalangan penjual terbabit. Usaha ini mampu meningkatkan keupayaan dan kapasiti perniagaan mereka.


Antara bidang fokus utama 11street pada masa terdekat termasuk:

Pilihan pembayaran

Seiring dengan trend ke arah pembayaran tanpa tunai di Malaysia, semakin ramai pengguna memilih pemindahan dana secara dalam talian dan kad debit mahupun kredit sebagai kaedah pembayaran apabila membeli-belah dalam talian. Pembaharuan yang dilaksanakan 11street akan melibatkan pelbagai pilihan pembayaran kepada pengguna termasuk perkhidmatan e-dompet seperti Boost dan Presto, yang kedua-duanya lancar dan mudah digunakan.

Pengalaman pembeli-belah

Bagi meningkatkan pengalaman laman beli-belah dan menangani kebimbangan pelanggan dengan segera, 11street akan menyediakan fungsi perbualan secara langsung dengan perkhidmatan pelanggan dalaman bagi kemudahan pelanggan.

Logistik

Seperti perniagaan dalam talian lain, logistik merupakan aspek penting dalam memastikan perniagaan e-dagang berjalan lancar. 11street berhasrat membantu penjual meningkatkan operasi perniagaan mereka dengan memperkukuhkan kadar kelajuan, kos dan kualiti penghantaran produk mereka.

Aplikasi mudah alih

11street akan memperkenalkan sebuah aplikasi mudah alih yang mesra pengguna bagi membuat pembelian, selain menawarkan keupayaan pilihan pembayaran yang pelbagai. Pasaran dalam talian itu juga merancang untuk menampilkan sebuah gedung influencer dan selebriti yang didatangkan dengan ulasan produk bagi mewujudkan pengalaman pembeli-belah yang holistik


Dagangan O2O

11street juga akan membolehkan pengurusan jualan e-baucar yang mudah bagi penjual, di samping kaedah pembelian barangan dalam talian yang inovatif dan mesra pengguna, termasuk pembelian kod QR dan penembusan.
11street akan memperkenalkan pilihan pembayaran baharu dan membolehkan fungsi perbualan secara langsung oleh perkhidmatan pelanggan dalaman serta menaik taraf aplikasi mudah alih dan sistem logistik untuk menjadikan pengalaman beli-belah dalam talian lebih mudah

Gedung rasmi

Pasaran dalam talian ini juga akan melancarkan semula gedung-gedung rasmi dengan ciri-ciri, penampilan dan rasa yang dipertingkatkan bagi mempromosikan ketulenan produk serta menyokong peniaga dengan perkhidmatan selepas jualan bagi menarik pelanggan jangka panjang.

Influencer Sosial Mikro

Ciri-ciri tambahan ini akan memacu hasil promosi dan mewujudkan kaedah promosi dan saluran ganjaran yang efektif bagi penjual dan perniagaan mereka dengan bersandarkan pengaruh komuniti influencer sosial mikro.

Dagangan Global

11street akan menyokong peniaga dengan mengambil langkah untuk diperkembangkan kepada sebuah hab bagi pembelian dan penjualan seberang laut menerusi dagangan merentasi sempadan yang akan memacu pertumbuhan PKS. Pada masa yang sama, platform ini turut memperkenalkan peniaga terlibat kepada dunia yang penuh peluang.

Kempen Sayangi Malaysia

Kempen Sayangi Malaysia 11Street
11street akan memulakan fasa baharu tersebut menerusi pelancaran kempen Sayangi Malaysia yang menjanjikan tawaran eksklusif dan hadiah-hadiah menarik dari 6 Ogos hingga 30 September ini.

Menerusi sokongan daripada jenama-jenama terkemuka seperti Abbott, Chicco, Dale & Cecil, Dettol, Mamy Poko, Mead Johnson, Nestle, Samsung, Senheng, Skechers, Super dan Watsons, pelanggan 11street boleh menantikan tawaran beli 1 percuma 1 dan tawaran-tawaran kilat di bawah RM61 pada pasaran dalam talian berkenaan.


Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati diskaun sehingga 88% dan khidmat penghantaran percuma bagi kesemua pembelian. 11street juga akan menawarkan pakej percutian menarik dan tawaran pengembaraan yang seharusnya tidak dilepaskan pelanggan.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk shopping online menerusi kempen 11street Sayangi Malaysia.

Post a Comment

7 Comments

  1. fenomena shopping online, dalam banyak2 website, saya masih belum lagi ada pengalaman shopping kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada dua kali kot setakat ni beli dari 11Street ni.

      Delete
  2. wahh belum pernah beli 11 street nie.. satu usaha yang bagus... boleh diketengahkan

    ReplyDelete
  3. 11th street ni kena buat mcm Shopee yg byk melabur kot dan bykkan lagi hebahan via blogger..#mungkin 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya pun setuju. Harap HH bolehlah tanyakan pd 11street ni

      Delete
  4. Lama tak shopping dkt 11streets ni

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.