Rahsia Buah Manggis Ramai Tak Tahu. Boleh Sebabkan Alahan!

Nak tahu rahsia yang ada pada buah Manggis tak? Kali ini, saya nak kongsikan kepada anda fakta hangat mengenai Ratu Buah di Nusantara ini, selain beberapa khasiat hebat dan kebaikan kepada kesihatan manusia.

Kita ambil tahu dahulu mengenai beberapa info am mengenai buah Manggis ini yang biasanya akan muncul bersama dengan Buah Durian.

Rahsia Buah Manggis Yang Perlu Diketahui

Rahsia Buah Manggis

Buah Manggis adalah buah bermusim di Malaysia. Buah Manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana Linn merupakan jenis buah tropika yang termasuk di dalam keluarga pohon berbunga Clusiaceae.

Buah Manggis seperti biasa kita lihat, ianya berbentuk tangerine kecil dan permukaan kulit adalah rata serta licin. Buah Manggis asalnya berwarna kehijauan dan kemudian akan bertukar warna ke unggu kemerahan apabila masak.

Kulit buah adalah tebal antara 0.6- 1.0 cm. Itu sebab ia jarang ditebuk ulat atau kelihatan rosak pada bahagian kulitnya.

Di pangkal buah Manggis terdapat kesan 4-8 bekas kelopak stigma yang menunjukkan jumlah bahagian isi dalam buah.

Di negara kita, lazimnya orang akan tanam pokok buah Manggis sebagai tanaman bercampur bersama dengan tanaman lain seperti durian, duku, dan juga rambutan. Ia biasa ditanam di halaman rumah dan juga di dalam dusun.

Pokok Buah Manggis

Pokoknya berdaun lebar dan kanopi berbentuk piramid atau berjubah. Saiz kanopi adalah sederhana iaitu antara 9 hingga 12 m. Ini menjadikan pokok itu amat rendang, dan biasa dijadikan tempat berteduh. Batang utama lurus dan bercabang simetrikal.

Ketika saya kecil-kecil dahulu, pernah bina pangkin di bawah dahan pokok Manggis. Memang syok duduk bawah pokok Manggis ni.

Daunnya berbentuk bujur, eliptik dan tersusun bertentangan. Daunnya tebal dan keras. Ia macam daun pokok Nangka.

Biasanya kalau nak buat projek sekolah gunakan daun atau urat daun, saya akan gunakan daun pokok Manggis. :)

Bunga Manggis

Jika anda tak biasa tengok bunga Manggis, ianya berwarna hijau keputihan dan selalunya keluar satu persatu pada hujung cabang. Kadangkala ia akan keluar secara berpasangan.

Isi Buah Manggis

Ketahui rahsia di sebalik buah Manggis
Buah Manggis mempunyai isi yang berwarna putih. Ia bertekstur dan sedikit berserat. Rasanya manis-manis masam, atau masam-masam manis (pilih la mana satu yang sesuai .. hehe).

Isinya memang menyegarkan. Selain berserat, isi buah Manggis juga bersari atau mempunyai air. Kandungan air pada isi buah Manggis memang tinggi sehingga ia boleh dijadikan jus.


Kulit Buah Manggis

Anda tahu tak, selain isi buah Manggis yang sedap dan punyai khasiat kesihatan yang bagus ... kulit buah Manggis juga ada kelebihannya tersendiri dari sudut kesihatan.

Kajian mendapati kulit buah Manggis mengandung bahan yang dikenali sebagai Xanthone. Xanthone dan bahan produk sepertinya dipercayai terbukti memiliki beberapa kegunaan termasuk anti-inflamasi dan anti-radang (alergi).

Pantang Buah Manggis

Rahsia Buah Manggis Ramai Tak Tahu
Buah Manggis tak boleh jatuh ke tanah. Kalau dah jatuh ke tanah, ia akan cepat jadi keras kematu dan susah nak makan. Itu sebab siapa yang ada pokok Manggis akan pasang jaring di bawah pokok. Kalau nak kait, kena gunakan teknik dan pengait khas untuk elak buah Manggis dari jatuh ke tanah.

[Baca] Cara Membuat Penjolok Buah Manggis

Andaikata buah tu dah jatuh ke atas tanah, ia perlu dimakan segera. Buah Manggis tersebut tak boleh simpan lama-lama.

Kelebihan Manggis Dari Sudut Kesihatan

Mari lihat dari sudut kesihatan, apa rahsia yang ada pada buah Manggis ini sehingga ia menjadi antara bahan utama untuk beberapa produk kesihatan terkenal dunia.
  1. Buah Manggis adalah rendah kalori. Ia sangat sesuai untuk mereka yang berdiet dan yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan.
  2. Ia juga didapati tidak mempunyai lemak tepu dan kolesterol.
  3. Kaya serat. Makan buah Manggis boleh mencukupkan keperluan serat untuk tubuh sebanyak 13% bagi setiap 100 gram.
  4. Kaya dengan vitamin C, yang merupakan bahan antioksidan, selain meningkatkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit seperti demam dan selesema.
  5. Ada kajian mengatakan Manggis bagus untuk pengidap kanser, dan mampu dalam membantu merawat pesakit ini.
  6. Ada vitamin B Kompleks seperti jenis thiamin, niacin dan folate. Vitamin ini bertindak sebagai bahan penting dalam proses metabolisma karbohidrat, protein, dan lemak dalam badan.
  7. Hasil rebusan daun manggis dan kulitnya boleh diambil untuk mengatasi gejala penyakit seperti menurunkan suhu tubuh semasa demam, mengatasi cirit birit dan gangguan saluran kencing.
  8. Ratu Buah ini juga boleh membantu mengawal degupan jantung dan tekanan darah kerana adanya bahan mineral seperti kuprum, manganese dan magnesium.
  9. Dipercayai boleh berikan perlindungan terhadap kemungkian kejadian 'stroke' dan penyakit jantung koronari.
  10. Berbeza dengan kebanyakan jus minuman buah lain, jus buah Manggis biasanya diperbuat daripada kulit buah ini. Antara kelebihan jus Manggis (dari kulit buah) ialah:
    • Bantu pulihkan penyakit berkaitan mata. Ia akan aktifkan pembinaan sel-sel baru untuk mata dan membuatkan penglihatan mata menjadi lebih tajam.
    • Kuatkan pembuluh darah dan aktifkan sel-sel jantung baru.
    • Baiki masalah pencernaan dalam tubuh. Ia mampu singkirkan bahan toksin dan kotoran dari dalam tubuh kerana sifat anti-bakteria.
    • Sangat baik untuk penderita penyakit Diabetes kerana ia akan singkirkan gula berlebihan menerusi air kencing.
Ok. Cukup tu 10 kelebihan dan kebaikan yang ada pada buah Manggis. Yang pasti, ia merupakan buah yang memberikan 1001 kebaikan untuk penggemarnya.

Selain pantang larang buah ini untuk tidak terkena tanah ... ia tiada pantang khusus untuk memakannya. Nak makan banyak mana .. makanlah. Kata orang tua-tua, buah Manggis bersifat sejuk, berbeza dengan buah Durian yang panas.

Itu sebab ada yang berikan petua supaya makan buah Durian bersama dengan buah Manggis untuk elakkan rasa panas badan.


Oh ya.

Ada satu rahsia penting perlu tahu kalau anda nak makan buah ini.

Ambil Jus Manggis Ada Kesan Sampingan

Ada kesan sampingan yang sedikit mudarat untuk mereka yang pertama kali makan buah Manggis ini. Apatah lagi mereka yang cuba nak ambil jus Manggis sebagai diet seharian dan amalan kesihatan.

Aha ..

Jika pertama kali merasa jus Manggis, dan tak biasa pula makan buah Manggis secara banyak .. anda mungkin akan merasai alahan ringan.

Alahan ini, tandanya adalah seperti berlaku kulit menjadi kemerahan, terjadinya pembengkakan, rasa gatal-gatal pada beberapa bahagian tubuh dan ada kemungkinan kulit jadi bersisik. Kesan lain adalah seperti di mana sendi terasa ngilu, sakit kepala, sakit sendi, perut mual atau rasa kembung.

Ikut orang, kadang akan ada kesan seperti kesan insomnia dan gangguan seperti jantung berdebar.

Saya antara penggemar buah Manggis yang akan terkena alahan ringan ini, lebih-lebih lagi bila dah lama saya tak makan buah ini.

Tapi lama-lama, bila hadap setiap hari, in Sha Allah .. tiada alahan lagi.

Post a Comment

6 Comments

  1. baru tahu pasal buah manggis tu tak boleh jatuh ke tanah. inf0 bermanfaat

    ReplyDelete
  2. saya pun suka makan buah manggis - sejuk

    ReplyDelete
  3. kalau setakat alahan ringan masih ok la..

    lagipun tidak semua yang akan terkena alahan pada buah manggis

    ReplyDelete
  4. Nice info..... Baru aku tahu tak boleh jatuh tanah... hahaha... Pokok kt rumah, aku tunggu dia jatuh baru g kutip... hahaha...

    https://kinkohyo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Ada satu lagi saya tau, kalau lepas makan buah durian, makan buah manggis, manggis untuk menyejukkan badan..
    Tak taulah ye atau tidak..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.