Minuman untuk turunkan kadar gula dalam darah. Anda seorang pengidap diabetes atau kencing manis macam saya? Jika ya, anda mungkin nak tahu bagaimana cara mudah saya menurunkan kadar gula dalam darah dengan hanya minum secawan Insourin.

Aha .. apa itu Insourin? Ia merupakan sejenis minuman untuk kesihatan, khusus bagi mereka yang 'menderita' dengan diabetes atau kencing manis. Insourin boleh menurukan kadar gula atau glukos dalam tempoh masa yang singkat.

Insourin Dari JoyMix - Minuman Untuk Pesakit Diabetes Yang Mahu Turunkan Kadar Gula Dalam Darah Secara Cepat dan Berkesan

Insourin - Minuman Turunkan Kadar Gula Dalam Darah
Sebelum ini saya dah dedahkan kepada semua bahawa saya merupakan antara ramai rakyat Malaysia yang disahkan diabetik. Sudah lebih 2 tahun saya mendapat rawatan di hospital kerajaan. Setiap 3 - 6 bulan, saya akan ke hospital untuk pemeriksaan kadar kandungan glukos atau gula dalam darah dan untuk menerima ubat-ubatan untuk pesakit diabetes.

Dan setiap kali itulah, saya sangat risau ... takut-takut rawatan yang sedang diterima sekarang ini ditambah atau ditukar dari mengambil ubat-ubatan ke kaedah suntikan insulin.

Uhh tak naklah saya dok suntik-suntik sendiri insulin ni. Tak berapa nak berani sangat .. haha .. Saya pernah tengok bagaimana caranya seorang pesakit menderita diabetik lakukan - arwah ayah saya sendiri.

Minum Insourin Turunkan Kadar Glukos Dalam Darah

Secara amnya, bacaan gula dalam darah saya secara rawak adalah antara 6.0 - 8.0mmol/L seperti ditunjukkan di bawah ini. Rawak ni bermaksud .. dalam bila-bila masa antara sebelum, selepas pengambilan makanan/minuman manis.
Bacaan rawak gula dalam darah diabetik
Bacaan di atas ini dalam pengaruh pengambilan ubat untuk diabetik ya. Kalau tak ambil ubat 2 kali sehari, bacaan tu akan tinggi sehingga boleh mencapai dua kali ganda.

Syukur, alhamdulillah .. saya telah diberikan kesempatan untuk mencuba produk Insourin.

Insourin adalah produk kesihatan keluaran JoyMix.

Insourin adalah minuman dengan rasa sitrus yang telah membantu saya untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Bacaan glukos dalam darah (mmol/L) boleh turun sehingga 10% dalam tempoh singkat apabila mengambil minuman ini.

Dengan meminum Insourin, kandungan gula dalam darah mampu turun dalam tempoh 2 jam. Ia dikatakan sebagai minuman kesihatan yang baik untuk pesakit diabetes kerana cara 'kerja' hampir sama seperti insulin dalam tubuh.

Kesan Insourin ini amat jelas ketika meminumnya sesudah makan.

Lihat bacaan gula yang telah saya catat ketika mengambil minuman ini ...

Sebelum Minum Insourin - 10 Minit Selepas Breakfast

Bacaan Glukos dalam Darah Sebelum Ambil Insourin

Selepas Minum Insourin

Bacaan Glukos dalam Darah Selepas Ambil Insourin
Aha .. nampak tak bacaan gula dalam darah saya turun dari 12.0mmol/L menjadi 7.4mmol?L? Tu dalam tempoh lebih kurang sejam.

Dan di bawah ini beberapa bacaan lain yang direkodkan selepas saya ambil minuman Insourin ini...
Bacaan Glukos dalam Darah Selepas Minum Insourin
Secara amnya, bacaan yang dicatatkan selepas saya ambil minuman Insourin ini adalah sama dan hampir sama dengan apabila saya mengambil ubat diabetik, iaitu dalam lingkungan 6.0 hingga 7.0mmol/L iaitu di paras bawah 8.0mmol/L.

Seorang pesakit diabetes tak boleh dapat bacaan kadar gula dalam darah lebih daripada 8.0mmol/L kalau ambil ubat. Kalau terlebih tu .. maknanya insulin dalam tubuh tak berfungsi dengan baik, hatta dengan ubat.

Jadi, kalau dah ambil ubat pun bacaan dalam darah tak ok, aha .. tentu masalah nanti bila jumpa doktor.

Dengan meminum Insourin, nampak jelas ia boleh berfungsi dengan baik sebagai 'pengganti' dan bertindak seperti insulin dalam tubuh iaitu mengawal kadar kandungan gula dalam darah.

Minum Insourin, dah boleh turunkan kadar gula. Bagus kan?

Cara Ambil Insourin

Cara pengambilan minuman yang dapat bantu turunkan kadar gula dalam darah ini sangat mudah.

Cara ambil Insourin - Hanya bancuh sahaja dengan air putih/biasa (suhu bilik), terus minum.

Insourin didatangkan dalam bentuk pek atau sacet kecil. Hanya gunakan satu sacet ketika makan pagi, makan tengahari dan juga makan malam setiap hari. Mudah dan senang kan?
Insourin Minuman Turunkan Kadar Gula Dalam Darah
Cara bancuh Insourin untuk kurangkan glukosa dalam darah

Sedapkah Rasa Insourin Ni?

Rasa ... hmmm pada saya, rassanya macam minum air lemon. Ada rasa masam-masam sedikit tetapi tidaklah terlalu masam sehingga tak lalu nak minum. Ianya sedap. Saya minum sekali teguk je ... macam minum air isotonik tu je.

Kandungan dalam minuman yang mampu turunkan kadar gula dalam darah ini semuanya disebabkan bahan aktifnya yang bagus untuk pesakit diabetes. Bahan aktif utama Insourin ialah Patent Momordica Charantia Polypeptide. Selain tu ada sitrus yang memberikan rasa masam ketika minum dan bagus untuk kesihatan pesakit kencing manis macam saya.

Bahan ini adalah bahan yang hampir sama terdapat dalam Peria Katak. Aha .. tau kan Peria Katak (Bitter Malon)?

Peria Katak memang diamalkan secara tradisional oleh mereka yang alami masalah penyakit kencing manis atau diabetes ini. Tetapi itulah .. rasa peria ni agak pahit, dan kadangkala tak lalu nak makan. Aha .. anda lalu ke makan Peria Katak setiap kali sarapan, makan tengahari atau makan malam macam Insourin?

Kerana adanya bahan aktif 'Patent Momordica Charantia Polypeptide' inilah yang memungkinkan kandungan gula dalam darah jadi terkawal dan berkurang, sama seperti anda mengambil ubat diabetik.


Minum Insourin, Pada Waktu Sama Ambil Ubat?

Anda boleh je minum Insourin ini walaupun anda sedang mengambil ubat atau insulin daripada hospital/farmasi/doktor. Tetapi, jika bacaan kadar gula dalam darah anda turun sehingga kurang dari 5.6mmol/L, anda bolehlah berhenti minum Insourin ni.

Ya, jika bacaan kadar gula dalam darah berkurang pada satu tahap tu, berhenti minum Insourin ni.

Minumlah Insourin samada ketika pengambilan makanan (sarapan/makan tengahari/makan malam) jika bacaan gula dalam darah tinggi. In Sha Allah, selepas 2 jam .. kadar kandungan gula dalam darah akan turun.
Isi kandungan Insourin
Kena ingat ya, Insourin bukan minuman suka-suka. Ini adalah kerana ia memberikan kesan ke atas kandungan gula dalam darah. Jadi, ianya minuman khas dan khusus untuk pesakit diabetes sahaja, lebih-lebih lagi yang mahukan bacaan glukos berkurang atau mahu bertukar dos ubat.

Siapa Patut Ambil Insourin?

  1. Pesakit diabetes samada kronik atau peringkat awal.
  2. Mereka yang ada tanda-tanda penyakit diabetes atau kencing manis atau berada dalam pra-diabetik.
  3. Pesakit diabetes atau kencing manis yang tidak mahu cucukan insulin
  4. Pesakit kencing manis yang mahu turunkan dos pengambilan ubat
  5. Pesakit kencing manis yang ingin cara lain menurunkan kadar gula dalam darah selain pengambilan ubat.

Selain amalkan meminum Insourin ini, anda juga digalakan untuk minum banyak air putih/air masak selain amalkan cara diet makanan yang sesuai untuk seorang pesakit kencing manis. Biasakan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya sejam hingga dua jam dalam seminggu.

Ala .. jalan kaki dalam shopping mall, jalan kaki kat taman permainan bersama anak-anak pun boleh .. huhu... aktiviti seperti bercucuk tanam, mengemas rumah pun ok.

Dengan adanya Insourin, pastinya kandungan gula dalam darah akan nampak turun lebih ketara. Saya sendiri dah mencuba dan membuktikannya.

Cubalah minuman Insourin ini yang boleh dibeli secara online. Anda boleh dapatkannya terus menerusi pautan ini ---- https://www.joypremix.com/products/insourin

p.s: SHARE POST ini di wall FB anda, letakkan hashtag #insourin #joymix #giveawaydiabetis untuk menang hadiah berupa produk insourin joymix ini untuk 5 orang pemenang. Pemilihan dibuat pada 30 Ogos 2018

Penafian

Hasil akhir pada setiap orang yang mengidap diabetes selepas minum Insourin adalah berbeza. Ilustrasi di atas adalah hasil bacaan sendiri menggunakan alat bacaan glukos. Ia bukan bacaan dari hospital/farmasi.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bagus rupanya produk korea ini. boleh cadangkan untuk mak saya nanti. thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang bagus. Sedap macam rasa limau/oren. Bancuh dan terus minum semasa makan.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement