Misteri Menara Memorial Birch Ipoh, Ada Figura Nabi Muhammad?

Ipoh memang banyak struktur bangunan unik era pemerintahan British. Kekayaan negeri Perak dengan hasil perlombongan bijih timah telah menjadikan bandaraya Ipoh pesat berkembang dan moden ketika itu. Malah, banyak perkara pertama telah bermula dari negeri Perak, antaranya jalan keretapi pertama, muzium pertama, kapal korek pertama, kereta pertama (termasuk nombor plet) serta banyak lagi.

Saya ada berkongsi beberapa fakta berkenaan negeri Perak ini dalam blog. Anda boleh cuba cari dan baca. Ini termasuklah kisah keturunan sebenar Kesultanan Negeri Perak yang menjadi debat hangat sejak sekian lama.

Misteri Menara Jam Memorial Birch di Ipoh

Kisah di Sebalik Menara Memorial Birch Ipoh
Hari ini, saya nak kongsikan sesuatu perkara yang mungkin ramai tak tahu. Ia mengenai 'misteri' yang terdapat pada Menara Jam Memorial J.W.W. Birch yang terletak di sebelah Masjid Negeri Ipoh.

Aha .. tahukah anda ada 'gambar' Nabi Muhammad S.A.W di antara imej figura-figura terkenal pada menara jam tersebut?

Sejarah Ringkas Menara Memorial J.W.W Birch

Menara Jam Memorial Birch yang terletak di sebelah Masjid Negeri Perak ini telah dibina pada tahun 1909 sempena memperingati ulang tahun kematian ke 34 Residen British Perak yang pertama iaitu J.W.W Birch. Beliau maut ditangan pembesar-pembesar Melayu dalam kisah kebangkitan Melayu Perak yang terkenal di Pasir Salak.

Saya pasti ramai antara kita tahu akan kisah pembunuhan J.W.W Birch ini kan? Ianya berlaku di tebing Sungai Perak di Pasir Salak ketika residen British itu sedang mandi.
Sejarah Ringkas Menara Memorial J.W.W Birch
Gambar Menara Memorial Birch di Ipoh
Menara jam ini dibina dengan kos 25,000 pound sterling (ketika itu) dan telah dirasmikan sendiri oleh anak sulung J.W.W Birch yang ketika itu menjadi Residen British Perak ke-8 iaitu Sir Ernest Woodford Birch. Beliau menjadi Residen British dari tahun 1904 hingga 1910.

Semasa dalam ucapan perasmian Sir Ernest Woodford mengingatkan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu di ketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya dan berharap agar hubungan baik di antara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.

Saya dan keluarga telah berkesempatan untuk meninjau Menara Memorial Birch ini yang tak jauh dari Masjid Negeri dan Kong Heng Square Artisan Market.
Lokasi Menara Jam Memorial Birch Sebelah Masjid Negeri


Waktu itu, kami nak mencari menu viral di Ipoh iaitu Roti Bakar Telur Goyang setelah menghabiskan masa di Kong Heng Square. Semasa di Kong Heng Square, kami berjaya merasa Ais Kepal Bits & Bobs yang juga menu yang menjadi tular di media sosial.

Di sebelah menara ini, ada deretan kedai makan dan minuman.

Menara Jam Memorial Yang Menjadi Misteri

Menara Jam Memorial Birch ini mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil dan disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.

Anda tahu tak, ketika awal-awal menara ini berfungsi .. telah diceritakan bahawa masyarakat yang tinggal berhampiran dengan menara jam tersebut berasa sangat kagum dan hairan bagaimana jam di menara tersebut boleh berbunyi dengan sendiri. Yelah, masa tu teknologi macam ni memang dah kira advanced lah.

Ia menjadi satu misteri ketika itu.

Malah, dikatakan bunyinya agak menakutkan serta menyeramkan apabila didengar pada waktu malam. Ramai yang takut untuk berada dekat dengan menara ini pada waktu malam. Waktu tu mana ada banyak lampu yang terang benderang macam sekarang.


Keunikan Lain Menara Jam Memorial Birch

Di sekeliling menara jam tersebut diletakkan 4 patung terakota yang mengambarkan 4 prinsip pentadbiran British:
  1. Kesetiaan - digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai
  2. Keadilan - digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca
  3. Kesabaran - digambarkan dengan patung yang tiada senjata
  4. Ketabahan - digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak

Imej Figura Dikatakan Sebagai Gambar Nabi Muhammad

Pada bahagian tengah menara tersebut ada panel yang membariskan imej dan gambar-gambar lukisan yang menggambarkan 44 figura-figura hebat dalam pembangunan tamadun dunia.

Dan salah satu imej yang ada pada panel bergambar tersebut dikatakan adalah gambar Nabi Muhammad S.A.W. !!

Jika anda dah melawat menara ini tentu tak perasan kan?

Imej dimaksudkan tu adalah seperti ditunjukkan di bawah ini ..
Figura pada Menara Memorial dikatakan Imej Nabi Muhammad
Agama Islam melarang sama sekali penggambaran wajah Nabi Muhammad dalam apa jua bentuk.

Maka, pada sekitar tahun 1990an, imej atau gambar dikatakan sebagai Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan menggunakan cat putih setelah sekian lama mendapat bantahan dari penduduk beragama Islam di Ipoh.

Malah, bantahan mengenainya juga datang dari seluruh dunia yang marah dengan isu tersebut pada waktu itu.

Aha, sekarang anda dah tahu kisah dan sedikit misteri yang telah wujud mengenai Menara Jam Memorial Birch ini.

Sumber: Orang Perak

Post a Comment

9 Comments

  1. Baru tahu tentang menara jam ni, nanti pergi Ipoh kena singgah ni

    ReplyDelete
  2. singgah sini
    https://nurulnajihah38.blogspot.com/2018/08/my-favourite-english-quotes.html

    ReplyDelete
  3. Baru tahu dan masih belum jejak lagu ke menara ini. Nanti nak pergi singgah la

    ReplyDelete
  4. Banyak info baru ni

    jemput join contest seo kami ya http://www.siffra.my/menangi-iphone-dengan-menyertai-siffra-seo-home-tuition-challenge

    ReplyDelete
  5. nasib baik sudah dipudarkan...

    darah saya sudah naik berderau juga nie..

    ada emo sedikit

    hahahahaha

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Terima kasih. Kalau datang ke Ipoh, bolehlah cari menara jam ini dan tengok sendiri ye.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.