Innity Menyokong Ads.txt - Cara Letak Kod Ini Dalam Blogspot

AI Trade
Saya pasti ramai rakan blogger yang menggunakan Innity sebagai medium pengiklanan di blog telah maklum akan Ads.txt. Platform pengiklanan Innity kini menyokong Ads.txt. Jadi, ia satu kelebihan yang bagus untuk meningkatkan lagi income blog menerusi Innity.

Dengan adanya Ads.txt ini, blog yang gunakan Innity boleh menerima lebih banyak kapasiti iklan dari pelbagai sumber lain selain daripada Innity.

Cara Pasang Ads.txt Dalam Blogspot

Mungkin ramai rakan blogger yang tidak tahu tentang Ads.txt ini. Ads.txt adalah singkatan untuk Authorized Digital Sellers.

Ads.txt adalah kaedah mudah, fleksibel dan selamat untuk para publisher (blogger) dan pengedar ruang iklan online untuk sahkan siapa yang dibenarkan untuk jual inventori atau ruang iklan, selain meningkatkan ketelusan kepada pembeli ruang iklan tersebut.

Dengan adanya ads.txt ini, ia akan memastikan bahawa hanya iklan-iklan yang sah sahaja dipaparkan di blog atau laman web. Ia juga akan meningkatkan lagi kadar penuh paparan iklan yang sepatutnya, selain memberikan lebih pulangan kepada para publisher seperti pemilik blog macam saya.

Ok berbalik pada Innity.

Tutorial Pasang Innity Ads.txt dalam Blogspot

Innity ada berikan kod ads.txt untuk dimasukkan ke dalam blog. Buat blog yang juga menggunakan Adsense, baris ringkas untuk adsense juga disertakan dalam kod Innity ads.txt tersebut seperti ditunjukkan di bawah ini.

Tutorial Pasang Innity Ads.txt dalam Blogspot
Kepada rakan blogger platform blogspot yang ada terima email dari pihak Innity untuk letakkan ads.txt dalam blog, berikut adalah tutorial ringkas untuk anda ikuti - jika anda tak tahu cara-caranya.

Simple je.

Buka dashboard blogspot anda, lihat pada  bahagian 'Settings' , kemudian ke bahagian 'Search preferences' terus ke bahagian 'Monetisation'.

Lihat di bawah ...
Tutorial Pasang Innity Ads.txt dalam Blogspot
Klik 'Enable custom ads.txt' ke Yes, lepas tu isi kod ads.txt yang diberikan oleh Innity dalam ruang disediakan. Lepas tu klik butang 'Save changes'.

Orait. Senang je kan?

In Sha Allah, lepas ni income dari Innity akan jadi lebih baik.

Oh ya, cara sama juga untuk blog yang gunakan Adsense.

Untuk semak samada blog anda telah enable ads.txt ni, cuba taip URL berikut di browser http://URL-Blog/ads.txt

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments