Wah .. nampaknya suka benarlah kaki wayang ekk. Harga tiket wayang terutama panggung GSC dan juga TGV dah murah sejak awal Ogos lalu. Jika dulu harga tiket wayang cecah sehingga RM12, kini kedua-dua panggung wayang ternama ini menawarkan harga tiket wayang serendah RM10 untuk dewasa.

Harga Tiket Wayang Dah Murah! Kini Cuma RM8 Sahaja !!

Harga Tiket Wayang Murah GSC-TGV
Malah, peminat filem di Malaysia boleh menikmati harga tiket wayang serendah RM2 di GSC jika membuat pembelian tiket menggunakan kad Mastercard/Visa GSC Hong Leong Bank. Manakala di TGV tertentu, anda boleh dapatkan tiket wayang serendah RM8 untuk dewasa.

Memang menarik sekali harga tiket wayang ditawarkan oleh kedua-dua pawagam terkenal ini.

Walaupun tempat saya tak ada pawagam GSC mahupun TGV, saya cukup teruja dengan harga tiket wayang ditawarkan ini.

Itu sebab saya tulis post ini untuk war-warkan promosi ini.

Saya mahu pembaca blog saya yang kaki wayang ambil peluang untuk menonton wayang di pawagam dengan harga tiket yang lebih murah. Lagipun ada cerita menarik sedang ditayangkan sekarang ni, antaranya filem Pulang, Munafik 2, Hantu Kak Limah, Mission Impossible dan The Meg.

Ok, info lanjut mengenai harga tiket wayang murah ini boleh anda lihat di bawah ini ..
Tiket Wayang Murah GSC

Pawagam GSC - Harga Tiket RM10 Dewasa

  • Promosi bermula dari 2 Ogos sehingga 26 September - Sayangi Malaysiaku
  • Harga tiket RM10 dewasa untuk satu tiket
  • Tayangan sebelum pukul 1 petang setiap hari
  • Hanya untuk pawagam 2D
  • Boleh dibeli di kaunter GSC, laman web GSC, aplikasi GSC Mobile atau di e-Kiosk GSC.

Pawagam GSC - Harga Tiket RM8 Dewasa

Harga tiket murah RM8 dewasa terdapat di cawangan GSC di bawah ini:
  • GSC 3 Damansara (Formerly known as Tropicana City Mall)
  • GSC Amanjaya Mall
  • GSC Berjaya Megamall
  • GSC Berjaya Times Square
  • GSC Bintang Megamall
  • GSC Cheras Leisure Mall
  • GSC Klang Parade
  • GSC Mentakab Star Mall
  • GSC Quill City Mall
  • GSC Terminal ONE, Seremban

Pawagam GSC - Harga Tiket Diskaun RM6

  • Untuk pembelian secara online menggunakan Mastercard/Visa GSC Hong Leong
  • Diskaun hanya untuk pembelian online di website GSC dan GSC App sahaja.
  • Harga tiket RM10 akan jadi RM4, manakala RM8 akan jadi RM2
  • Sah untuk tayangan setiap hari sebelum 1 petang kecuali hari Rabu.


Pawagam TGV - Harga Tiket RM8 Dewasa

Tiket Wayang Murah TGV

Pawagam TGV - Harga Tiket RM10 Dewasa Untuk Pemegang Kad Maybank

Tiket Wayang Murah TGV

Aha, menarik ye tak? Saya pasti ramai yang suka menonton filem-filem baru di pawagam takkan lepaskan peluang dengan harga tiket panggung GSC dan TGV yang murah ini.

Cuma sekadar nak ingatkan, berpada-padalah juga dalam bab hiburan ni ehh .. jangan sampai tinggalkan perkara utama dalam hidup dah la .. huhu.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Menarik kalau ada tawaran camni at least boleh jimat..
    Boleh movie marathon..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe .. kalau nak free .. leh je tunggu beberpa minggu .. tonton secara online.

      Padam
  2. weekend bole la tgk sblm jam 1pm haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm ya, kalau tak sibuk dan kalau ada movie best. Bukan semua movie berbaloi tonton di pawagamni .. kan kan.. setuju tak?

      Padam
  3. Oh! ada syarat-syarat dia.
    Macam Mrs. A yang jenis terjah ja nih! memang tak dapek la nak nolong hahahaha...

    BalasPadam
  4. Selalu tengok wayang hari rabu aje, sebab hari rabu memang tiket murah hehehehe..

    BalasPadam
  5. lagi murah tiket

    lagi syok la rasanya..

    boleh enjoy sakan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement