Pokok Tin (Ficus carica) nampaknya semakin popular untuk ditanam di dalam pasu. Baru-baru ni, saya ada tanya harga sepokok pokok Tin, harganya dalam RM30 sepokok - dah siap ada putik buah. Jika dulu, harganya jauh lebih mahal sehingga mencecah RM50-70 sepokok ikut jenis.

Harga pokok Tin mungkin dah semakin murah dek kerana ramai yang dah tahu cara nak tanam pokok Tin di rumah. Isteri saya sendiri dah berjaya hasilkan beberapa anak pokok Tin menerusi teknik Tut. Teknik Tut adalah salah satu kaedah untuk perbanyakkan pokok ni di rumah, hanya tanam dalam pasu sahaja.

Cara Tut Pokok Tin dan Tips Tanam Dalam Pasu di Rumah

Cara-cara Tut Pokok Tin dan Tips Tanam Dalam Pasu


Jika anda ada pokok Tin di rumah, mahu banyakkan lagi pokok yang disebut dalam Al Quran ini, boleh gunakan kaedah penanaman teknik Tut. Senang je.

Isteri saya dah buat di rumah. Ada 3 anak pokok Tin dan alhamdulillah semuanya dah mula berakar. Buat masa ni, dua anak pokok ditanam dalam polybeg dan satu anak pokok Tin hasil Tut dah ditanam dalam pasu besar.

Cara-Cara Tut Pokok Tin

Nak tahu cara-cara nak 'pembenihan' pokok Tut guna teknik Tut? Ikuti tutorial mudah di bawah ni.
Cara nak tut Pokok Tin dan tips tanam Pokok Buah Tin dalam pasu
Cara tut Pokok Tin dan tips tanam Pokok Buah Tin dalam pasu
Cara tut Pokok Tin dan tips tanam Pokok Buah Tin dalam pasu
Cara tut Pokok Tin dan tips tanam Pokok Buah Tin dalam pasu
  1. Pilih cabang dahan dari bahagian batang pokok Tin matang iaitu bahagian batang yang dah ada buah.
  2. Lepas tu, dengan menggunakan pisau lipat atau pisau belit, anda buang bahagian kulit luar pada dahan tu. Pastikan keratan tu cuma buang kulit luar sahaja (keliling), dan mestilah di pangkal dahan dari batang matang.
  3. Ambil tanah kompos dan gumpal lepas tu letak pada bahagian keratan dahan yang dah dibuang kulit tu. Tanah kompos ni boleh je dibeli kat nursery pokok. Ia dah siap ditambah dengan baja, sabut dan dicampur dengan tanah biasa.
  4. Pastikan tanah ni kelilingi bahagian keratan tu. Biar sekata. Kedap-kedapkan.
  5. Lepas tu balut dengan plastik lutsinar. Ikat kedua-dua hujung balutan supaya tanah tak terkeluar.
  6. Biarkan balutan tersebut paling kurang dua minggu atau sehingga nampak akar tumbuh. Anda boleh lihat terus dan akan nampak tu bercambah dari plastik lutsinar tu.
  7. Bila dah ada akar, maka kerat atau potong dahan tu.
  8. Sediakan pasu atau polybeg untuk letakkan anak pokok Tin yang baharu.
  9. Semasa nak masukkan anak pokok Tin yang baru ni, barulah buka ikatan balutan Tut tu. Tanam sekali dengan tanah yang ada pada Tut tadi. Jangan sampai lerai sebab akar pokok masih muda, takut nanti rosak.

Orait, itu je. Mudah je kan? Inilah cara isteri saya lakukan Tut ke atas pokok Tin. Alhamdulillah, dah berjaya pun, dah siap tanam dalam pasu lain dah.


In Sha Allah, anak pokok Tin yang dah berjaya dari kaedah Tut ini akan disedekahkan, dan akan ditanam di kampung.

Tips Tanam Pokok Tin Dalam Pasu di Rumah

Tips Tanam Pokok Tin Dalam Pasu di Rumah
Menurut orang yang biasa tanam pokok Tin. Kalau nak tanam pokok Tin dalam pasu, kena gunakan tanah merah yang sedikit berpasir. Campurkan sedikit tanah kompos yang telah ada baja.

Lepas tu, letakkan ia di kawasan yang boleh terima cahaya matahari maksima.

Gunakan pasu yang berlubang, lepas tu letakkan batu kerikil di dasar pasu untuk elakkan akar pokok terkeluar dan memudahkan dari air siraman turun supaya tidak bertakung. Nak pastikan pokok Tin segar dan berbuah banyak, kena pastikan tanahnya tidak bertakung air.

Bila nak tanam dalam pasu, pastikan tanah tu tidak terlalu penuh, tanam di paras lebih kurang 3-5cm dari aras bibir pasu.
Tips cara nak tanam pokok Tin dalam pasu

Jika anda mahukan pokok buah Tin ini lebat dan banyak berbuah, apabila batang membesar, potong atau kerat bahagian atas untuk galakkan pokok Tin agar banyak cabang dahan.

Pokok Tin berbuah di dahan. Jadi apabila banyak cabang dahan dari batang utama, maka banyaklah buahnya nanti.

Boleh Dijadikan Sumber Income Sampingan

Buah Tin ni banyak khasiatnya ya. Itu sebab saya katakan sangat bagus untuk tanam pokok ni. Malah, kalau rajin membiakkan pokok buah Tin, anda boleh jana income sampingan yang agak baik.

Semasa kami beli tanah dan pasu terpakai untuk tanam pokok Tin ni di rumah, tauke nursery tu siap offer untuk beli anak-anak pokok Tin daripada kami...haha. Jadi, memang ada permintaan tinggi kalau nak meniaga jual anak pokok ni.

Oh ya, buah Tin ada beberapa jenis. Beza antaranya adalah dari segi bentuk daun dan bentuk buah Tin tu sendiri. Pokok buah Tin yang biasa kita nampak di Malaysia adalah jenis BTM, yang daunnya berbentuk bercabang macam daun pokok Labu. :)

Asal pokok Tin adalah dari Timur Tengah dan Asia Barat. Dek kerana kelebihan dan khasiat yang ada pada buah Tin, ianya telah ditanam merata dunia, malah dikomersilkan di sesetengah tempat. Ia bukan sekadar pokok berbuah yang sedap untuk dimakan, tetapi juga dijadikan pokok hiasan keliling rumah, dan sesekali disesuaikan dengan ternakan madu kelulut.

Semoga bermanfaat.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement