Anda penggemar tempoyak? Kalau orang Perak memang tak menjadi orang Perak la kalau tak menyukai tempoyak...hehe .. kesian pun ada memandangkan tempoyak memang dah sinonim dengan masakan orang Perak.

Tempoyak tak susah dicari. Setiap kali abis musim buah durian, tempoyak agak senang nak didapati. Namun, tempoyak paling sedap ialah tempoyak yang disediakan sendiri.

Cara Sempoi Layan Tempoyak Mentah Buat Sendiri

Cara Sempoi Layan Tempoyak Mentah
Musim durian baru-baru ini, sempatlah juga mencari buah durian untuk dijadikan tempoyak. Tapi tak banyak memandangkan hampir semua buah durian terus masuk ke perut .. haha.

Ada dapat dalam dua botol kecil kalau tak silap. Jadilah .. ye tak?

Isteri saya yang buatkan tempoyak. Tempoyak ni kalau ikutkan adalah merupakan isi buah durian yang diperam dalam bekas, biasanya dalam botol kaca.

Isteri saya suka masak Gulai Tempoyak Ikan Kembung. Gulai Tempoyak antara favourite menu resepi isteri saya. Kadang tu, isteri saya akan masak Sambal Tempoyak. Aha .. masak tau, letak cabai yang dah ditumbuk, letak serai skit dan masak dalam kuali.

Saya pula lebih suka melayan tempoyak dengan cara paling sempoi .. hehe.

Cara macamana?
Cara Sempoi Layan Tempoyak Mentah

Kisar cabai masak sehingga separuh hancur, jangan sampai jadi macam sambal belacan tu. Biar nampak kasar sikit.

Lepas tu, tambah sedikit garam pada cabai yang dah dikisar atau ditumbuk tu. Gaul bagi sekata dan sebati.

Dan ..

Letak tempoyak segar di sebelah. Hmm nak makan, hanya gaulkan sahaja cabai masak tu dengan tempoyak.

Jika nak lebih best, gunakan cabai masak yang betul-betul pedas. Gunakan cili api merah pun ok. In Sha Allah, pasti membuka selera makan anda.

Tempoyak sebenarnya bukan sahaja dikenali di Malaysia.


Di Kepulauan Melayu khususnya Malaysia, Borneo dan wilayah Sumatera Selatan, ia memang sudah biasa menggelarkan durian peram ini sebagai tempoyak. Manakala di Acheh, ia dikenali sebagai pekasam manakala di wilayah Minangkabau, mereka memanggilnya asam durian.

Sebenarnya menghasilkan tempoyak sendiri tidak sukar. Cuma untuk memastikan tempoyak yang dihasilkan itu sedap, segar dan tahan lama itulah yang sedikit sukar. Namun, jika tahu caranya, tempoyak yang dibuat sendiri jauh lebih enak dan terjamin rasanya.

Saya dan isteri memang jarang beli tempoyak ni. Kami lebih suka buat sendiri. :)

  1. Pilih isi durian yang sahaja.
  2. Masukkan isi durian itu ke dalam satu bekas.
  3. Tambah sedikit garam dan gaul rata isi durian tersebut.
  4. Masukkan isi durian tu ke dalam bekas kaca yang kedap udara (senang nak tengok/tahu ianya tempoyak)
  5. Isi setakat separuh lebih, jangan sampai penuh.
  6. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk untuk proses pemeraman.
  7. Simpan dan biarkan selama sekurang-kurangnya 3-4 hari, selepas tu barulah tempoyak sudah boleh dimakan. 
Senang je kan? Kalau anda nakkan tempoyak yang terjamin bersih, dan anda tahu asal-usulnya isinya, memang saya syorkan buat tempoyak sendiri.

Nak beli tempoyak mentah kat luar pun ok je, tapi carilah mereka yang biasa membuat tempoyak ni. Bukan apa, kadang ada yang buat tempoyak tu gunakan durian yang dah busuk atau buruk .. aha, jika nak tahu .. kalau nak tempoyak yang benar-benar marvelous .. kena guna isi buah yang 100% cantik.

Nanti saya berikan tips lain ehh pasal tempoyak. Jangan lupa LIKE FB Blog ini ye....

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement