Anda tertanya-tanya berapa bil elektrik TNB bulan ini? Anda nak tahu dan tengok bil-bil elektrik terdahulu? Tahukah anda bahawa anda boleh menyemak bil-bil elektrik TNB terkini dan yang sebelum ini secara online? Tak susah nak buat semakan. Yang penting anda perlu daftar sebagai pengguna laman web TNB.

Bagaimana Nak Semak Bil Elektrik Terdahulu? Ikuti Tutorial Di Bawah ...

Jika anda belum mendaftarkan akaun anda, boleh tonton video yang saya sediakan di akhir post ini. Jika anda sudah mempunyai akaun TNB secara online, boleh lihat tutorial yang saya sediakan untuk anda menyemak bil-bil elektrik semasa dan juga terdahulu.
Cara Semak Bil TNB Terdahulu Secara Online
Ramai antara kita yang masih belum memanfaatkan sistem online yang disediakan oleh pihak Tenaga Nasional (TNB). Sistem online TNB atau MyTNB mampu menyediakan akses kepada pelbagai servis disediakan oleh TNB.

Saya antara pengguna yang menggunakan MyTNB ini sejak ia diperkenalkan.

Antara servis yang sering saya gunakan ialah semakan bil elektrik dan pembayaran bil TNB secara online.

Ia sangat mudah, dan menjimatkan masa saya daripada perlu pergi ke kiosk TNB atau pejabat cawangan TNB.

Langkah-Langkah Buat Semakan Bil Elektrik Terdahulu

Sebelum ini, saya dah kongsikan tentang cara nak daftar akaun TNB dan cara nak semak bil elektrik semasa. Kali ini (atas permintaan), saya nak tunjukkan cara nak membuat semakan bil-bil elektrik terdahulu yang mungkin anda terlepas pandang atau untuk pengguna yang kehilangan surat bil yang telah diberikan.
  • Langkah 1 - Login ke laman web MyTNB
  • Langkah 2 - Di paparan utama MyTNB, pilih 'Manage Account'
  • Langkah 3 - Senarai akaun pemilikan akan ditunjukkan, pilih akaun dan klik 'View' seperti ditunjukkan di bawah. Ia akan paparkan butiran mengenai akaun tersebut dan ada beberapa tab menu yang keluar.
Langkah-Langkah Buat Semakan Bil Elektrik Terdahulu
  • Langkah 4 - Paparan awal akan tunjukkan 'Account Information'. Maka pilih tab 'Billing & Payment History'. Ia akan tunjukkan semua bil-bil terdahulu dan bil terkini kepada anda, seperti ditunjukkan di bawah ini.
Langkah-Langkah Buat Semakan Bil Elektrik Terdahulu Secara Online
Langkah-Langkah Buat Semakan Bil Elektrik Terdahulu
  • Langkah 5 - Pilih 'Print' untuk lihat lebih terperinci bil-bil eletrik sebelum ini. Ia akan paparkan dalam bentuk fail pdf yang boleh anda cetak terus menerusi komputer anda. Bil ini sama sahaja formatnya dengan bil yang anda terima setiap kali bacaan meter TNB dilakukan oleh pihak TNB.

Anda juga boleh semak pembayaran bil TNB terdahulu seperti ditunjukkan di bawah ini. Anda boleh cetak untuk rujukan invois pembayaran sebagai dokumentasi jika perlu - terhad untuk pembayaran dibuat menerusi portal MyTNB.

Cara Semak Pembayaran Bil TNB Terdahulu

Cara Semak Bayaran Bil Elektrik Terdahulu
Ok. Faham? Senang je kan nak check bil terdahulu ikut tutorial saya berikan di atas.

Saya harap para pengguna di Malaysia ambil kesempatan ini untuk membuat semakan secara online bil elektrik TNB anda, samada untuk akaun individu kediaman ataupun premis perniagaan. Anda kena lihat sejauh mana tahap penggunaan tenaga anda, dan bolehlah nanti ikuti tips yang diberikan untuk lebih penjimatan.

Dengan menggunakan portal MyTNB ini, anda boleh rancang penjimatan bersandarkan kepada penggunaan harian tenaga.

Bagaimana nak buat? Anda masuk ke dashboard MyTNB dan lihat bahagian 'Home Energy Tools' yang disediakan. Kemudian klik tab 'Home Energy Analysis' dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Nanti, ia akan paparkan tips penjimatan tenaga untuk bil elektrik anda berdasarkan kepada soalan-soalan yang telah anda jawab.

Contohnya macam di bawah ini....
Tips Jimat Tenaga menerusi MyTNB
Aha, anda nampak tak? Macam kes saya, penggunaan tenaga tinggi pada pendingin hawa, jadi ia akan paparkan tips berkaitan cara nak kurangkan bil elektrik disebabkan menggunakan penyaman udara di rumah.

Tips tersebut memang membantu, malah anda tak tahu pun ada tips yang sangat mudah dilakukan untuk memastikan bil eletrik di rumah anda tidak terlalu tinggi.

Servis-Servis Lain MyTNB

Ok, ada banyak servis lain disediakan di MyTNB ini. Rugi kalau anda tak gunakan sebaiknya.

Antara servis yang disediakan menerusi portal MyTNB ialah:
  1. Semakan bil elektrik semasa
  2. Semakan bil elektrik terdahulu
  3. Semakan bayaran bil elektrik terdahulu
  4. Cetakan invois berkenaan bil-bil elektrik
  5. Melihat dan membuat perbandingan bil-bil
  6. Membuat analisis penggunaan tenaga
  7. Menerima tips penggunaan dan penjimatan tenaga berdasarkan penggunaan
  8. Memohon pemasangan atau penggantian meter TNB
  9. Memohon insentif khas dalam promosi berkaitan
Dan banyak lagi.

Apalagi, silakan ke portal MyTNB ini untuk kemudahan anda.


Semoga bermanfaat.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mudah sekarang terima kasih bro HH sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Memang dah mudah, ada satu lagi cara nak tgk bil tnb terkini.

      Padam
  2. oo mudah aje rupanya ye.. tq for sharing ye

    BalasPadam
  3. datang blog walking kat blog tuan tanah... nanti jemput2 la blogwalking kat blog saya plak... klo ada rezeki tukar2 backlink
    http://sihijo.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Terima kasih. Saya tulis ni pun sbb ada permintaan dari pembaca blog menerusi ruangan komen

      Padam
  5. Tapi yang ni untuk tuan rumah je ke? Kalau penyewa tak boleh kan? Kena minta detail dengan tuan rumah kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement