Cara Nak Tahu & Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Bagaimana nak tahu nombor plet terkini kenderaan? Kali ini saya nak kongsikan cara untuk ketahui nombor plet kenderaan terkini kepada anda. Ia merupakan cara paling pantas dan boleh dilakukan secara online. Jika anda nak membeli atau membida nombor pendaftaran kenderaan, info ini mungkin bermanfaat untuk anda.

Cara Ketahui dan Semak Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Selain untuk tujuan membida nombor pendaftaran kenderaan baharu, anda juga boleh buat semakan mengenai apakah nombor plet kenderaan terbaru bagi setiap negeri di Malaysia. Kemudahan semakan ini disediakan oleh portal Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ.

Cara Nak Tahu No Plet Terkini Secara Online
Biasanya mereka yang ingin tahu info tepat berkaitan nombor plet pendaftaran terkini kenderaan adalah mereka yang ingin menempah kenderaan baharu.

Aha, sejak dua tiga bulan ini, ramai rakyat Malaysia yang beli kereta baru. Almaklumlah, kadar GST adalah berkadar 0%, ia merupakan bulan tanpa cukai GST untuk harga kenderaan Malaysia. Siapa yang nak beli kenderaan baharu, memang inilah masa paling tepat untuk melakukannya.

Dalam proses nak beli kenderaan baru tu, salah satu yang penting ialah mendapatkan nombor pendaftaran terkini dari JPJ.

Buat sesetengah orang, mereka ada kehendak sendiri untuk mendapatkan nombor plet yang unik bagi kereta baru mereka.

Ok.

Langkah-Langkah Buat Semakan Plet Kereta Terkini Online

Bagaimana nak tahu atau semak nombor pendaftaran kereta terkini kenderaan?

  1. Terus ke laman web JPJ ini - http://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-nombor-pendaftaran-terkini
  2. Pilih negeri yang diinginkan.
  3. Masukkan kod sekuriti yang tertera.
  4. Klik semak.

Hasilnya akan nampak seperti di bawah ini ..
Cara nak tahu nombor pendaftaran kereta (plet) terkini Mudah je kan? Malah, menerusi pautan mySikap, anda boleh terus membeli nombor pendaftaran kenderaan terkini secara online.

Nombor Pendaftaran Terkini Kenderaan Penang, Perak, KL dan Selangor

Ketika saya menggunakan semakan nombor pendaftaran plet kenderaan terkini ini, nombor pendaftaran terkini untuk negeri Pulau Pinang ialah PNN9043, dan Perak ALB9194.

Nombor pendaftaran terkini kenderaan untuk Kuala Lumpur adalah VBY1644 manakala untuk Selangor BPP6124.

Sebelum ini, kalau nak tahu nombor pendaftaran kenderaan terkini, kena pergi ke kaunter JPJ, tetapi sekarang dah senang dan mudah, semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.




[Iklan] Kereta Sewa Murah Area Shah Alam

Paling best, anda boleh tempah nombor plet pendaftaran kenderaan secara online menerusi mySikap tanpa perlu lagi ke mana-mana cawangan JPJ. Cepat, mudah, selamat dan menjimatkan.


Cumanya, kalau nak buat tempahan nombor plet kenderaan secara online, anda perlu terlebih dahulu mendaftar dengan portal mySikap ini, dan perlu mendapatkan nombor rujukan khas menerusi kaunter mana-mana cawangan JPJ di Malaysia...huhu.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan, terutama untuk mereka yang nak beli kenderaan baharu.

Jangan lupa untuk kongsi ye.

Post a Comment

4 Comments

  1. sapa nak beli kereta boleh semak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skarang dah boleh beli nombor plet negeri lain kot .. kan kan

      Delete
  2. boleh sangat ..

    mana tahu lepas ini nak angkat satu kereta baharu..

    mahu pilih juga nombor yang cantik-cantik supaya sedap mata mata memandang

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.