Blog anda ada Adsense, tetapi iklan dari Adsense ini tidak keluar! Rugi kan? Jadi, apa masalahnya sehingga iklan dari Google Ads ini tidak keluar? Dan bagaimana nak atasi masalah iklan Adsense tidak keluar ini?

Bagaimana Nak Selesaikan Masalah Adsense Tidak Muncul

Post kali ini, saya akan kongsikan tips untuk membolehkan iklan-iklan dari Adsense keluar dengan sedikit ubahsuaian atau penambahan kod tertentu. Jangan risau, penambahan kod pada kod asal Adsense ini tidak menyalahi terma disediakan oleh pihak Google Adsense.
Cara Atasi Iklan Adsense Tidak Kelihatan
Andai blog anda meletakkan kod Adsense ini, dan didapati ada beberapa ketika iklan Adsense tidak muncul seperti sepatutnya; bolehlah ikuti tips cara mengatasi masalah tersebut dengan tutorial di bawah.

Buat Setting Custom Robot.txt Dalam Blog

Pertama sekali, anda perlu edit bahagian robot.txt dalam blog anda. Untuk blogspot, anda perlu masuk ke bahagian dashboard, dan klik pada bahagian setting seperti di bawah ini. Klik bahagian 'Search preferences'.
Tutorial Cara Atasi Iklan Adsense Tidak Keluar

Masukkan kod custom robot.txt di bawah ini. Gantikan url blog saya tu dengan url blog anda.

User-agent: Mediapartners-Google
Disallow:
User-agent: *
Disallow: /search
Allow: /
Sitemap: https://www.hasrulhassan.com/sitemap.xml

Biasanya masalah iklan Adsense tidak muncul ini berlaku akibat migrasi blog daripada protokol 'http' ke 'https' yang diperkenalkan oleh pihak Blogspot/Blogger.com.

Iklan Adsense sering 'hilang' terutama pada blog yang menggunakan domain sendiri.

Berlaku Kerana Protokol 'Https'

Jadi, anda kena letakkan 'Custom robot.txt' di atas di dalam ruangan disediakan. Pertamanya untuk memberitahu bahawa sitemap blog anda sudah menggunakan protokol lebih selamat iaitu https. Keduanya, anda membenarkan robot Adsense untuk masuk ke dalam semua bahagian blog anda untuk mencari keyword sesuai bagi tujuan perletakkan iklan.

Jangan lupa untuk aktifkan robot.txt ini ya.

Orait, siap tutorial pertama untuk mengatasi masalah iklan Adsense tidak keluar.

Tutorial Penambahbaikkan Kod Script Adsense

Selanjutnya, anda perlu ubah sedikit kod Adsense yang anda letakkan di dalam ruangan HTML blog anda.

Kod script Adsense yang biasa adalah seperti di bawah ini.

<script async='async' 
src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>

Gantikan dengan kod di bawah ini ... sebelum penutup </head> atau </body>

<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
(function() { var ad = document.createElement('script'); ad.type = 'text/javascript'; ad.async = true; ad.src = 'https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js'; var sc = document.getElementsByTagName('script')[0]; sc.parentNode.insertBefore(ad, sc); })();
//]]>
</script>


Ok. Faham?


Jangan lupa save ubahsuaian ini. Kalau tak, sia-sia sahaja anda ikuti tutorial untuk atasi iklan Adsense tidak keluar.

Beri tempoh untuk robot Adsense gelintar blog anda setelah pengubahsuai dilakukan. Anda tidak akan nampak perubahan serta-merta. Namun, cara ini, in Sha Allah akan dapat selesaikan masalah blog yang iklan dari Adsense tidak muncul seperti kebiasaanya tu.

Moga bermanfaat.

Jangan lupa untuk ikuti beberapa panduan lain mengenai Adsense yang telah saya sediakan ya. Klik je tag ni - Panduan Adsense untuk Blogger Blogspot

Kredit: https://www.bungfrangki.com/2018/07/mengatasi-iklan-adsense-tidak-tampil.html

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas tunjuk ajar ni. Halalkan ilmu ni nnt sy cuba ya.

    BalasPadam
  2. saya dah cuba ikut tutorial ni tapi bila preview dia keluar error

    BalasPadam
    Balasan
    1. Error macam mana? Ada banyak sebab error leh keluar.
      Kalau letak kod Adsense dalam body HTML blog, kena buat PARSE HTML dahulu, sbb ada template yang tak terima koding asal Adsense.

      Biasanya, koding asal Adsense tak ada masalah letak di bahagian sidebar.

      Padam
  3. Maaf Tuan sy kurang faham tentang Tutorial Penambahbaikkan Kod Script Adsense tu..

    perlu ubah sedikit kod Adsense yang anda letakkan di dalam ruangan HTML blog anda. Maksudnya pergi ke "Theme" kemudian "Edit HTML" tu ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement