Tentu frustrating bila nak guna charger, hanya tinggal kepala je. Wayar atau kabel charger lesap ntah ke mana, mungkin tertinggal samada di kampung atau kat hotel penginapan ketika bercuti. Saya dan isteri memang selalu hadapi keadaan begini.

Nak tak nak, akhirnya saya ambil keputusan untuk borong charging cable. Saya beli secara online, sebab harga charging cable ni, kalau beli borong secara online, teramatlah murah. Serius ni.

Beli Borong Pineng Charging Cable Secara Online

Data and charging cable Pineng USD1
Baru-baru ni, saya telah beli produk jenama Pineng. Satu jenama yang tidak asing lagi untuk power bank, bateri dan juga chargers untuk smartphone. Jenama Pineng adalah jenama dari syarikat China, iaitu Zhongshan Pineng Battery Co Ltd.

Jenama ni memang diperakui ramai sangat bagus. Malah, saya boleh katakan setiap pengguna smartphone di Malaysia mesti pernah menggunakan samada power bank atau charger smartphone jenama Pineng ni.


Harga dia memang murah di pasaran.

Tetapi, kalau anda nak beli banyak, saya syorkan anda beli online je. Beli borong secara online ni, memang lagi murah.

Contoh. Macam baru ni saya beli borong Pineng charging cable, terus dari China.
Charging cable jenama Pineng harga murah
Harga dia nak tahu berapa?

Cuma USD1 sahaja! Lebih kurang dalam RM4 seunit.

Kalau kat kedai biasa, harga dia paling busuk pun dalam RM10 seunit. Tu harga lelong.

Ada juga jual murah, dalam RM5 seunit. Tetapi tak pasti samada original atau tak.

Aha, jangan tak tahu. Ada je charger jenama Pineng dijual murah tu adalah tiruan. Jadi, jangan mudah terpedaya.

Borong Terus dari China Secara Online

Jadi, nak selamat, beli terus dari China. Ambil dari pengedar sah jual borong dari China tu. Itu sebab boleh dapat harga murah, sebab anda tak melalui orang tengah.

Kalau beli dalam kuantiti tertentu, atau jumlah tertentu dari pengedar yang sama, anda mungkin tidak dikenakan caj penghantaran. Jadi kos penghantaran barang adalah percuma. Lagi satu sebab kenapa harga produk tu boleh jadi murah bila sampai ke tangan.

Untung kalau tahu rahsia memborong terus dari China ni. Lagi-lagi kalau ianya boleh dilakukan secara online je.
Borong Pineng Charging Cable
Ala .. macam saya ni la. Borong charging cable jenama Pineng secara online je.

Charging cable ni hanya salah satu produk yang memang ada permintaan tinggi kalau anda nak buat berniaga. Jual RM5 atau RM7 pun dah untung dah, bila modal anda cuma RM4 je seunit .. tak gitu?

Jual seronok-seronok kat FB atau Instagram. In Sha Allah mesti ada yang akan beli.

Nak dapat barang murah, beli je terus borong dari China tu. Okeh.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Cable ni memang kena beli lebih. Senang nak bawa kemana-mana juga

    BalasPadam
  2. Charging kabel rupanya...

    saya fikir Power Bank..

    tetapi ini memang harga runtuh la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement