RinggitPlus Banner

Apa Rakyat Dapat Lepas 100 Hari PH Tadbir?

AI Trade
Apa rakyat dapat selepas 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan mentadbir Malaysia? Satu persoalan yang ramai rakyat Malaysia tanya dan teringin nak tahu jawapan. Saya sendiri yang telah mengundi dalam PRU14 juga nak tahu apa yang telah saya terima sebagai rakyat Malaysia dalam tempoh 100 hari Kerajaan Persekutan baru ini mentadbir negara.

Saya pernah kongsikan post tertulis 10 Janji 100 Hari Pakatan Harapan. Dalam tu ada disenaraikan apa janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan andai dapat mentadbir Malaysia sebagai Kerajaan Persekutuan.

Apa Rakyat Malaysia Dah Dapat Dari 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan?

Apa Rakyat Malaysia Dah Dapat Dari 100 Hari Kerajaan Pakatan Harapan

Daripada senarai itu, nampak banyak lompang dan lompong setelah 100 hari pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan ini. Tak nampak jelas 10 janji itu tertunai sepenuhnya.

Bagi kebanyakan pengundi dalam PRU14, pastinya akan rasa tertipu dengan janji yang telah dibuat.

Pun begitu, ada di antara 10 janji itu sedang cuba dilaksanakan dengan kemampuan yang ada. Saya tak nafikan, dan ramai juga tidak nafikan.

Cuba lihat kembali senarai 10 janji dalam 100 hari tersebut tu ...

Janji Pakatan Harapan Ditunaikan dalam 100 Hari Pentadbiran Malaysia
  1. Hapuskan GST
  2. Subsidi petrol bersasar
  3. Menghapuskan hutang para peneroka FELDA
  4. KWSP untuk surirumah
  5. Samaratakan gaji minima pekerja
  6. Skim Peduli Sihat
  7. Tangguh bayaran balik PTPTN untuk gaji bawah RM4,000
  8. Siasat segera skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji
  9. Kembalikan status negeri Sabah dan Sarawak
  10. Kaji semula perlaksanaan projek-projek mega


Sekarang, cuba check samada ianya dilaksana. Berikut adalah kesimpulan umum hasil daripada pemerhatian peribadi saya ...

1. Hapus GST

GST dihapus, diganti oleh sistem cukai SST. Ok. GST dah tiada diganti dengan sistem SST versi terbaru yang dikatakan lebih baik dari sistem SST mahupun GST sebelum ini. Perlaksanaannya akan dibuat mulai 1 September 2018. Kesannya ke atas rakyat Malaysia hanya akan diketahui mulai tarikh tersebut. Amnya, janji ini dilaksana. Checked!

2. Subsidi Petrol Bersasar

Tak berapa jelas lagi. Walaubagaimanapun, harga petrol untuk RON95 dikekalkan pada RM2.20 seliter. Saya tak nampak lagi penjelasan kerajaan bagaimana subsidi petrol bersasar dibuat setelah berada dalam pentadbiran. Checked tapi tak jelas kepada rakyat.

3. Hapuskan Hutang Para Peneroka FELDA

Perdana Menteri, Tun Mahathir ada keluarkan kenyataan tentang cara nak hapuskan hutang ini. Tiga mekanisma disenaraikan:
  1. Insentif pelupusan sebahagian hutang tanam semula yang ekstrem melalui penyediaan dana sebanyak RM300 juta untuk lima tahun
  2. Pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang bersama sistem Felda melibatkan seramai 90,418 peneroka dengan kos RM452 juta
  3. Insentif pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV melibatkan 77,972 peneroka dengan kos RM103 juta 
Ia dikatakan hutang yang tidak wajar yang telah dibuat ke atas peneroka Felda dalam pentadbiran terdahulu. Checked tapi belum dilaksana.

4. KWSP Untuk Surirumah

Timbalan Perdana Menteri dah umum ia mula dilaksana, malah pendaftaran untuk tujuan ini telah dibuka di laman web rasmi KWSP. Checked

5. Samaratakan Gaji Minima Pekerja

Belum jelas lagi, kerana masih banyak majikan yang tidak mengikuti gaji minima ini. Ada majikan yang tak mampu nak berikan kadar gaji minima yang telah ditetapkan sebelum ini oleh kerajaan terdahulu, maka proses untuk samaratakan gaji minima pekerja tidak dapat dilaksana dalam tempoh 100 hari. Checked. Not done.

6. Skim Peduli Sihat

Skim nasional ini ditangguhkan sementara. Skim Peduli Sihat peringkat nasional akan diperkenalkan mengikut contoh model Peduli Sihat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Skim ini dilihat berjaya di Selangor. Secara logiknya, ia boleh dilaksana oleh Kerajaan Persekutuan. Skim ini ditangguh kerana kekangan kewangan dihadapi oleh Pihak Kerajaan Persekutuan. Checked. Not done.

7. Tangguh Bayaran Balik PTPTN untuk Gaji Bawah RM4,000

Dilaksanakan seperti dijanjikan. Pun begitu, mereka yang terlibat perlu kemukakan penyata gaji dan pendapatan terkini kepada PTPTN untuk mohon penangguhan ini. Selain itu, pihak Kerajaan Persekutuan juga telah batalkan kesemua larangan senarai hitam ke luar negara untuk peminjam yang tegar tidak membayar. Satu berita yang gembira buat mereka yang liat nak bayar hutang walaupun tahu bahawa hutang itu wajib dibayar.

8. Siasat Segera Skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji

Janji ini sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Hampir setiap hari, setiap minggu kita akan dihadapkan dengan berita-berita mengenai skandal dan hasil siasatan. Saya sampai naik muak dengan pendedahan ini. Walaupun bagus, ia secara terang-terangan telah mencalarkan imej Malaysia di mata dunia, dan mengiyakan banyak telahan orang ramai sebelum ini.

Pun begitu saya secara peribadi menyokong pendedahan dan siasatan dibuat, cumanya janganlah nampak ia satu-satunya kerja dibuat oleh pihak Kerajaan Pakatan Harapan kerana banyak isu lain berkaitan rakyat perlu diselesaikan lebih dahulu.

Antara skandal paling menggemparkan ialah berkaitan hutan negara yang didakwa cecah MYR1 Trillion, dan penemuan wang serta barang kemas bernilai jutaan ringgit disimpan dalam rumah pemimpin kerajaan terdahulu. Wow .. memang terbeliak mata.

[Baca] Harga Beg Tangan Jenama Hermes Birkin

9. Kembalikan Status Negeri Sabah dan Sarawak

Ia satu janji yang masih samar buat saya. Saya mungkin agak buta dan tuli mengenai janji ini memandangkan saya bukanlah rakyat di negeri Sabah dan juga Sarawak. Hanya penduduk di Sabah dan Sarawak sahaja yang tahu apa yang mereka inginkan daripada Kerajaan Persekutuan.

Secara umumnya ia berkaitan dengan Perjanjian Malaysia 1963 yang masih banyak belum ditunaikan. Nak tahu isi kandungan perjanjian tersebut, anda perlu buat carian dan kajian sendiri.

10. Kaji Semula Perlaksanaan Projek-Projek Mega

Janji Kerajaan Pakatan Harapan yang hangat diperkatakan. Malah, ia antara janji yang awal dilaksanakan sama dengan janji menyiasat skandal. Banyak projek-projek mega sedang diteliti oleh pihak kerajaan, dan saya melihat janji ini sedang dilaksanakan.

Cuma, hasilnya itu kadangkala agak mengecewakan sesetengah pihak. Ialah, ada yang harap sesetengah projek mega itu dibatalkan, tetapi ada yang diteruskan. Mungkin ada yang tersilap sangka dengan maksud 'Kaji Semula'.

Kesimpulan ...

Nah. Ini sekadar pendapat saya sahaja. Anda mungkin ada telahan dan kesimpulan lain.

Secara amnya, dalam 100 hari pemerintahan, tiada kesan drastik yang terkesan ke atas gaya hidup saya sekarang. Mungkin selepas 1 September apabila SST baharu dilaksana, ia akan nampak ...


Antara banyak perkara Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan telah buat dalam 100 ini yang saya suka ialah ketiadaan cukai GST atau kadar sifar GST. Banyak pasaraya buat jualan, malah rakyat nampaknya ghairah berbelanja dalam tempoh waktu GST sifar ini.

Paling best, buat mereka yang berduit, boleh berbelanja sakan dan nikmati GST sifar seperti harga kereta baharu, perkakasan elektrik, perabot mewah dan macam-macam lagi. Untung mereka yang banyak duit dalam 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan ni.

Nak baca lagi pencapaian kerajaan sekarang dalam 100 hari? Boleh baca sini - https://pages.malaysiakini.com/newmalaysia/my/



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. Sebagai orang Sarawak, saya melihat isu no 9 masih tiada apa-apa.

    cakap-cakap kosong tentunya boleh kerana bercakap itu mudah sebab guna air liur jer..

    cuma hapus GST sudah sukses tetapi apa gunanya kalau ada SST..

    dalam manifesto tidak ada pun nak cakap tentang SST..

    tak pelah yang penting janji tetap janji..

    nak melaksankan belum pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia memang mudah berjanji, terutama bila nk dptkan sesuatu.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.