Pengalaman Nikmati Ais Kepal Bits & Bobs di Arena Kong Heng, Ipoh

Ais Kepal Bits & Bobs Ipoh. Saja nak tambah tentang kisah percutian kami di Ipoh... hehe. Dah pernah rasa ais kepal yang tular iaitu Bits & Bobs terletak di Arena Kong Heng (Kong Heng Square) di Ipoh tak?

Baru-baru ni kami berkesempatan untuk jejaki ais kepal ini. Ramai kata ais kepal di situ best. Naklah tahu samada dakwaan tu benar. Selama ini kami cuma merasa ais kepal di Taiping je yang sememangnya best .. huhu.

Pengalaman Menarik Buat Anak-Anak Merasai Ais Kepal Bits & Bobs di Arena Kong Heng, Ipoh

Pengalaman Menikmati Ais Kepal Bits & Bobs di Kong Heng Square Ipoh
Bits & Bobs ini terletak di Arena Kong Heng, berhampiran dengan Masjid Negeri dan juga Menara Jam Memorial Birch. Ia boleh dikatakan bertentangan dengan sebuah kedai buku Mubarak. Anda kena masuk ke dalam Arena Kong Heng, baru boleh jumpa Bits & Bobs di dalamnya.

Arena Kong Heng (Kong Heng Square) ada banyak kedai-kedai. Selain kedai seperti Bits & Bobs ini, ada banyak kedai menjual cenderahati berkaitan negeri Perak dan Bandaraya Ipoh khususnya. Agak unik juga apa yang ada dalam Arena Kong Heng ini.

Nanti saya cerita lain pasal tempat ini yang boleh dikatakan agak menarik untuk kunjungan pelancong.

Berbalik pasal ais kepal Bits & Bobs ini.

Hmmm ...

Bila tengok ais kepal ini .. pasti ia sesuatu yang unik, lagi-lagi buat anak-anak saya yang tak pernah tengok ais kepal disediakan dan menikmatinya dengan cara original.

Aha .. cara original?

Cara Betul Menikmati Ais Kepal

Ya, macam ditunjukkan di bawah ini .. cuma dialaskan dengan kertas. Tak ada mangkuk atau bekas khas. Malah, anda tak diberikan sebarang straw atau sudu. Kalau nak sudu plastik, anda kena bayar 50 sen untuk setiap sudu. Woho ... jangan terkejut ehh.. hehe.
Ais Kepal Bits & Bobs di Kong Heng Square Ipoh
Ais Kepal Bits & Bobs di Kong Heng Square Ipoh


Anda kena menikmati ais kepal ini dengan menyedutnya terus ke mulut. Jadi, teknik memuncungkan mulut mesti berada pada tahap maksima. Agak-agak susah nak dilakukan, kenalah bayar 50 sen untuk dapatkan sudu plastik.

Harga ais kepal pula .. hmm bagi saya agak mahal, jika nak dibandingkan dengan ABC atau Ais Kacang yang banyak 'rencah' dan 'isi'.

Ais kepal Bits & Bobs ini cuma curahan sirup berperisa sahaja. Ada beberapa perisa disediakan, setiapnya dengan harga berbeza.

Pengalaman Sekali Seumur Hidup

Jika tak pernah tahu bagaimana nak makan ais kepal cara original, memang wajar anda merasainya di Bits & Bobs ini. Once in a lifetime kata orang .. hehe. Moga kenal dan tahu pengalamannya bagaimana.

Sedap ke tak?

Hmm ia cuma ais yang telah dikisar dan dikepalkan dan ditambah dengan sirap berperisa. Sedap atau tidak bergantung dengan rasa perisa itu semata. Cuma menikmatinya di kala cuaca panas .. memanglah sangat indah ... haha... syok gitu.

Bila sirap perisa dah abis, akan tinggallah ais kepal yang kosong macam di bawah ini .. huhu...
Ais Kepal Berperisa Bits & Bobs di Arena Kong Heng Ipoh
Apapun ia satu pengalaman menarik buat anak-anak saya yang tak pernah tahu cara nak menikmati ais kepal dengan betul - maksudnya cara asal.

[Baca] Gerbang Malam Ipoh - Macam-macam Ada

Kenangan Waktu Kecil Ais Kepal

Masa saya kecil dahulu, nak menikmati ais kepal ni cukup mudah. Ianya dijual oleh penjaja tepi jalan sahaja di luar sekolah. Harga masa tu kalau tak silap saya dalam 50 sen. Saiz lebih kecil berbanding yang dijual di Bits & Bobs di Arena Kong Heng ini.

Saiz masa tu memang cukup-cukup genggaman seorang kanak-kanak. Uhh kalau tak berlemuih .. memang tak sah la kalau makan ais kepal ni. Mesti kena marah dengan emak punya sebab habis basah baju dengan seluar .. haha.
Jika anda ke Ipoh, bolehlah mencuba. Dan kalau rasa tak nak comot, bawalah sudu atau straw sendiri .. ekekeke... dan kain lap. :P

Post a Comment

9 Comments

  1. singgah sini

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/altheas-real-fresh-skin-detoxer-review.html

    ReplyDelete
  2. Waaa teringat zaman kecik-kecik, minum es kepal cmni...bestnyaaaa..
    Merasa gak anak Tuan nikmatinyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun seronok tgk anak-anak saya menikmati ais kepal cara original macam ni.

      Delete
  3. Nampak sedap lagi menghilangkan dahaga

    ReplyDelete
  4. beku pernah merasa ais kepal..

    untuk budak-budak memang best la..

    untuk orang dewasa mungkin tiada la feel sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. cuba makan masa time panas .. dan di bulan puasa.. hehehe.. sure sedap gilerr ais kepal ni.

      Delete
  5. Terbaeekkk... Mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak dahulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung memang biasa ada jual ais kepal dedulu.

      Delete
  6. Malu nak cakap. Bila besau baru kenal ais kepal ni. Masa kecik2 dulu femes ngn abc je. Heheh... tp dh besau ni ketagih pula dgn ais kepal milo. Tp kena pilih kdai betul, suka es kepal milo yang seratus pratus milo, tak letak gula. Terangkat beb ! Btw jom lawati blog sis http://diarianggun.blogspot.com/2018/08/rahsia-kulit-muda-berseri-dengan-krim.html?m=1

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.