Terkejut pepagi bila buka pintu rumah, ternampak seekor tikus yang sebesar anak kucing. Memang besar betul. Dalam hati saya, ini mesti 'kerja' si Comot, kucing yang menjadi kesayangan anak perempuan saya, si Maira.

Ini bukan kali pertama si Comot ni hadiahkan tikus mati depan rumah. Dah banyak kali dah. Cuma saya tak pasti samada tikus tu asalnya dari kawasan rumah saya atau dibawa dari tempat lain.
Tikus Sebesar Anak Kucing
Memang besar bangkai tikus yang dibawa oleh si Comot ni. Nasib baik ia bangkai baru, kalau tak tentu dah berbau bangkai .. kah kah kah. Nama pun bangkai, mesti busuk ye tak .. tapi bangkai tikus sebesar anak kucing ni masih tak berbau.

Kucing zaman sekarang memang dah jarang makan tikus ni. Mungkin kucing-kucing dah tahu yang tikus tidak lagi sedap sebagai hidangan .. hehe .. tikus baunya cukup busuk tau. Kalau anda pernah belajar sains di sekolah, mesti pernah membelah tikus di makmal biologi, tau kan baunya macamana .. huhu.
Tikus Sebesar Anak Kucing


Saya dan isteri tak bela kucing dalam rumah. Ada banyak kucing liar yang datang ke rumah saya waktu pagi dan juga petang tanpa dijemput. Kehadiran kucing-kucing mungkin sebab saya dan isteri selalu beri makan lebihan lauk yang ada.

Kami memang tak bela haiwan berbulu dalam rumah sebab ada Najmi. Usia Najmi masih kecil, belum pun lagi menjangkau 2 tahun (2018). Risau takut bulu-bulu haiwan ini akan beri kesan tak baik pada kesihatan Najmi.

[Baca] Tips Membela Haiwan Dalam Rumah Andai Ada Anak Kecil

Malah, bukan setakat kucing .. kadang tu anjing pun pernah bertenggek di belakang rumah - dekat luar dapur untuk tunggu makanan dihulurkan.

Mungkin kerana ini, ia menjadi antara sebab pintu rezeki sentiasa ada untuk kami sekeluarga. Alhamdulillah.

Tak rugi berbuat baik pada makhluk lain, kerana memang janji Allah S.W.T .. kalau kita buat baik pada makhluk lain, Allah S.W.T akan membalas kebaikan itu 100 kali ganda .. malah lebih lagi, in Sha Allah.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement