Tampal Wallpaper Sendiri Di Rumah, Nak Murah Beli di DIY

AI Trade
Dinding rumah saya dah banyak berconteng. Ini gara-gara kreativiti anak perempuan saya, iaitu Maira yang suka sangat melukis. Saya tak tahu kenapa Maira suka benar melukis dan menconteng dinding. Malah, bahagian dalaman kabinet simpan barang pun dicontengnya.

Saya dah belikan white board, sediakan buku menconteng malah kertas lukisan untuk bolehkan Maira salurkan daya kreativiti menconteng ni. Tapi, ntah kenapa ... dinding rumah juga jadi sasaran. Dek kerana itu, isteri saya telah cadangkan saya buat projek tampal dinding dengan wallpaper.

Projek Tampal Wallpaper Sendiri, Hilangkan Cela di Dinding

Panduan Tampal Wallpaper Sendiri
Projek tampal wallpaper ni saya buat sendiri je. Jika sebelum ini, bahagian ruang tamu dengan ruang santai rumah, kami upah orang untuk buat kerja tampal wallpaper. Lagipun servis tampal tu sekali dengan pembelian wallpaper Korea yang kami beli.

Masa tu tak tahu pun sebenarnya tak susah pun nak tampal wallpaper sendiri. Cuma kena cari corak wallpaper yang mudah nak seragamkan sahaja. Jika cari wallpaper yang bercorak bunga, atau pemandangan, memang susah sikit.

Susahnya tu bukan sebab apa. Nak kena bagi ia nampak seragam dan sama kat bahagian sempadan wallpaper tu. Silap sikit, mungkin tampalan wallpaper di dinding akan nampak pelik, dan tak berapa cantik.

Wallpaper Murah Beli di Kedai D.I.Y

Kami beli wallpaper murah je. Sekarang ni dah banyak lambakan wallpaper yang cantik-cantik dari negara China memenuhi pasaran. Kami beli di kedai D.I.Y. Di tempat saya ni, ada 3 kedai D.I.Y yang besar-besar. Untung betul, sebab boleh shopping dengan harga murah-murah.

Kami ambil wallpaper bercorak kulit kayu. Warna yang sedikit gelap. Ia untuk ditampal di bahagian dinding tangga rumah, memandangkan kesan kreativiti Maira agak ketara di situ.
Wallpaper murah beli di kedai D.I.Y
Hiasan kertas wallpaper murah beli D.I.Y
Wallpaper ni dah siap pelekat. Tak perlu nak letak gam dah. Hanya peel bahagian belakang wallpaper tu dan terus tampal.

Tips Menampal Kertas Wallpaper Sendiri

Nak tampal ni kena buat dengan hati-hati dan cermat. Apatah lagi kalau dah beli jenis kertas wallpaper yang berharga murah ni .. hehe. Paling penting, ia perlu dipastikan supaya melekat dengan rata tanpa ada gelembung udara. Untuk itu, saya akan tekan-tekan dan lekapkan menggunakan kain atau tuala kecil untuk pastikan lekapan sempurna.


Meratakan tampalan ni kena buat perlahan dan jangan kasar. Kalau tak, ia boleh membuatkan kertas wallpaper ni terkoyak. Biasanya, wallpaper murah agak nipis dan memang akan mudah terkoyak jika tidak berhati-hati semasa menampal.

[Dah Baca?] 3 Tips Simple Untuk Gantung Poster atau Hiasan Dinding di Belakang Sofa

Nak tampal wallpaper di bahagian tangga ni sedikit mencabar. Saya kena ukur panjang yang betul supaya kertas wallpaper tidak dibazirkan. Kami memang beli cukup-cukup ukuran untuk dinding tangga kami. Bajet ciput bang .. hehe.

Saya juga gunakan tolok imbangan, supaya nanti wallpaper dilekatkan dan ditampal dengan seragam. Saya gunakan pita pengukur dan tolok imbangan selain tali untuk pastikan kertas wallpaper ditampal selari, seragam dan kemas.

Saya ambil masa selama setengah hari untuk menyiapkan kerja-kerja menampal wallpaper ni sendirian. Isteri dan anak saya ada juga membantu, terutama dalam kerja mengukur dan memotong panjang yang betul dan tepat.

[Baca Dah?] 5 Tips Hias Ruang Dapur Yang Sempit

Alhamdulillah.

Hasilnya boleh dibanggakan .. hehe .. hoho .. kerja tampal sendiri je. Memang Do-it-Yourself bebetul ni. Tak perlu upah orang, kerja tampalan wallpaper sendiri in Sha Allah menjimatkan. :)
Hilang cela dinding dengan tampal sendiri wallpaper
Tips untuk tampal wallpaper sendiri di rumah
Ini salah satu cara untuk sorok kecacatan pada dinding rumah. Selain mengecat, cara menampal dinding dengan wallpaper adalah satu pilihan yang menarik, apatah lagi hasilnya juga cantik dan unik. Yang penting ia juga cara mendekorasi rumah secara bajet.


Kalau rumah anda banyak contengan yang sukar dihilangkan disebabkan kekreatifan anak-anak, bolehlah mencuba cara ini. Buat sendiri je ... tak susah mana pun, cuba kena banyak bersabar, dan telitilah sedikit.

Jika nak buat .. saya ucapkan selamat mencuba.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments