Musim shopping. Bila ada promosi, memang lajulah saya menuju ke laman-laman web shopping online untuk beli-belah. Masa nilah, saya boleh beli produk dari luar negara dengan harga murah .. hehe. Hari tu, saya grab tawaran diskaun dan free shipping fee untuk beli produk dari Korea.

Masa saya shopping tu, ada diskaun dan tawaran menarik diberikan sempena Hari Raya dan juga GST Sifar Peratus.

Shopping Beli Produk Dari Korea La Pulak ...

MIPAN Aqua Ice Skin from Korea
Kali ini, saya beli produk dari Korea, sepasang sarung tangan yang dikatakan boleh menyejukan. Tujuan saya beli adalah untuk mengelakkan sunburn ketika memancing di kawasan lapang. Saya selalu ada masalah sunburn ini bila keluar memancing.

"Ehh apsal tangan hitam, badan putih"

Tu komen biasa yang selalu diterima kalau saya balik memancing.. hehe.

Lepas tu, semasa saya memancing dan memburu ikan Kelah di Taman Negara Pahang tempoh hari, saya tak berapa tahan dengan terik mentari walaupun dah berpakaian t-shirt lengan panjang. Bahang panas tembus baju.
Mipan Aqua UV Cut Stocking
Kalau tak ada nyamuk, atau pacat .. memang lama dah saya tanggalkan baju .. haha.. tapi dah berada dalam hutan Taman Negara, takkan nak beri makan free kepada segala unggas yang menghisap darah. Weiihhh ... darah ai mahal tau ... setiap tiga bulan kena check kat hospital .. hehe.


Sarung tangan atau stokin yang dibuat di Korea tu agak elastik. Ia sama macam sarung tangan untuk muslimah tu. Cuma produk dari Korea ni, saya beli dengan harga jauh lebih murah dari kedai biasa. Malah, saya boleh beli tanpa dikenakan sebarang caj penghantaran (free shipping).

Kalau produk dalam negara, saya tak hairan kalau dapat free shipping ni. Tapi ni saya shopping beli produk dari luar, dari Korea.

Cumanya, bila beli secara shopping online, dan produk tersebut dihantar dari luar negara, pastilah tempoh masa agak panjang untuk tunggu produk tu sampai ke depan pintu rumah. Jadi memang kena bersabarlah sikit.

Tapi, bila dah ada di Malaysia, ia cepat-cepat dihantar kepada pelanggan .. tu yang saya suka.
Proses hantar barang beli produk dari luar negara

 
Saya puas hati dengan sarung tangan panjang yang dibeli, alhamdulillah .. ia sangat sesuai dipakai untuk elak bahagian tangan ni terkena panahan sinar bahaya UV matahari. Bahagian tangan pun tak terasa panas, malah ... bila terkena angin sepoi-sepoi bahasa tatkala memancing di tepi pantai, terasa sejukkk je.

Saya beli barangan dari Korea ni menerusi laman web Lazada Malaysia.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement