Rupanya Pelakon Wanita Terkenal Yang Berteriak di Mahkamah

AI Trade
Ish ish ish ... apalah dibuat kecoh kat mahkamah tu. Dengar prosiding dari luar dengan cara berhemah lagi dihormati tak boleh ke? Ini sampai buat kecoh dengan menjerit memekik, macam rupa orang dah hilang akal .. ishh tak manislah begitu.

Ramai je yang ikuti perkembangan kes pasal mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ni. Hatta orang-orang kuat dalam parti yang dianggotai bekas PM itu sendiri. Presiden parti yang baru pun tak meroyan macam tu ... aduh.

Rupanya Pelakon Wanita Terkenal Yang Berteriak di Mahkamah

Rupanya Pelakon Wanita Terkenal Yang Berteriak di Mahkamah
Saya ni bukanlah nak sokong sesiapa, tetapi apabila buat perangai di tempat yang umumnya tahu sebagai tempat menegakkan keadilan di Malaysia, ia satu yang agak memalukan sebenarnya.

Akhirnya, pelakon itu dikatakan telah dibawa keluar oleh pihak polis dari kawasan mahkamah.

Pelakon yang pernah menang anugerah itu bertindak agresif dan hampir ditahan pihak polis gara-gara menimbulkan kekecohan pada sidang media Peguam Negara yang baru dilantik, Tommy Thomas selepas selesainya prosiding kes Datuk Seri Najib Razak.

Video Pelakon Terkenal Menjerit di Mahkamah




Menerusi video dimuat-naik oleh MStar, difahamkan pelakon tersebut dan penyokong lain menjerit dan meminta Tommy bercakap dalam Bahasa Melayu dalam perbicaraan dan sidang media.

Pelakon wanita itu yang pernah berlakon dalam filem antarabangsa Anna and The King dengan beraninya menjerit dan bertekak dengan anggota polis sebelum dibawa ke luar dari lobi mahkamah.

Lantang ada tempatnya. Mahkamah tu kan ke bangunan kerajaan ...

Mungkin apa yang dilakukan oleh pelakon ini disebabkan rasa yang menebal tidak berapa suka dengan apa yang berlaku di sidang akhbar peguam negara, namun ... ishh ntahlah .. saya ni tak berapa suka sangat dengan perempuan yang suka menjerit tak pasal-pasal ni.

Tak tahulah orang lain.

Ada cara lain untuk salurkan rasa tak puas hati tu. Apapun, bersabarlah ... sebelum ini bukannya tak pernah berlaku, jadi belajarlah dari kesilapan orang lain. Tak perlu ulang.

Hormati institusi perundangan negara walaupun tak berapa suka dengan si Peguam Negara yang dikata ramai orang tak fasih berbahasa Malaysia.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. lakonan beliau sanagt bagus.. tetapi di sini agak keterlaluan sikapnya..

    ReplyDelete
  2. Doakan yang terbaik. Jika benar bersalah, semoga mendapat hukuman setimpal. Jika dianiaya, semoga keadilan akan tertegak. Visit http://diarianggun.blogspot.com/2018/06/produk-hilangkan-jeragat-100-berkesan.html?m=1

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.