Keputusan peperiksaan anak-anak dah keluar. Alhamdulillah, saya dan isteri berkesempatan untuk pergi menyemak keputusan peperiksaan anak-anak di sekolah. Semua keputusan peperiksaan diperoleh baik. Manakala, anak sulong kami, iaitu Amri di Sekolah Ulul Albab, kekal mendapat keputusan yang cemerlang.

Result Exam Amri Membanggakan, Bukan Mudah Jadi Pelajar Ulul Albab

Semak Result Exam Secara Online
Sejak laman web SAPS untuk ibu bapa semak keputusan anak-anak mengalami gangguan dan awalnya dulu tidak dapat diakses, ramai juga ibubapa yang rasa gelisah. Yelah, mesti nak lihat kemajuan anak-anak dalam akademik selepas peperiksaan berakhir kan ...

Laman web SAPS tu memang bagus, senang nak pantau kemajuan anak-anak dari segi akademik dari semasa ke semasa. Boleh lihat semua keputusan ujian dan peperiksaan, selain lihat markah diperoleh dan pencapaian.

Saya dan isteri memang sering gunakan laman web tu untuk tengok result exam Amri, Zikri dan Maira. Harapnya laman web tu akan terus beroperasi dengan baik, walaupun di bawah Menteri Pendidikan yang baru.

Okeh.

Cukup celoteh pasal laman web SAPS tu.

Saya nak kongsikan kegembiraan.

Saya nak kongsikan keputusan anak saya, si Amri yang belajar di Sekolah Tahfiz Ulul Albab.
Keputusan Exam Amri Sekolah Tahfiz Ulul Albab
Alhamdulillah, result peperiksaan Amri agak baik, dan boleh dibanggakan. Walaupun ada harapan nak lihat pencapaian Amri lebih baik dari sebelumnya, namun kami redha dan terima disebabkan cabaran yang perlu dihadapi bila belajar di sekolah Ulul Albab ni.

[Baca] Cara Memohon Sekolah Tahfiz Ulul Albab Bawah KPM

Dulu, isteri saya pernah juga luahkan rasa kerisauan. Yelah, takut-takut Amri tak boleh nak hadap dengan cara dan corak pembelajaran sekolah Ulul Albab ni. Uhh jadual sangat padat, malah bermula dari jam 5 pagi lagi.

Kata Amri, dia bangun setiap hari jam 4:30 pagi (kebiasaannya) untuk bersiap ke sekolah dan untuk kelas hafazan.

Tidur Bila Pulang Rumah

Jadi, bila dapat cuti hujung minggu dibenarkan pulang ke rumah, Amri pasti akan habiskan waktu dan masa dengan tidur. Tidur tidur dan tidur. Lena pulak tu ...

Setiap kali balik, Ustaz Halaqah (kumpulan hafazan) akan mesej kami di WhatsApp untuk pantau Amri agar dapat hafal sekurang-kurangnya 3 mukasurat Al Quran. Uhh cukup mencabar bagi seorang pelajar yang bukan asalnya aliran sekolah agama.

Saya sendiri, kalau diwajibkan pun tak mungkin termampu untuk hafal sehingga 3 muka surat ayat Al Quran.

Itu sebab saya dan isteri memang strict menjaga pemakanan Amri. Uhhh memang banyak pantang larang untuk seorang yang nak jadi huffaz ni. Bukan semua jenis makanan boleh disumbat masuk .. huhu.

Saya ada cerita dan berikan tips sebelum ini, anda boleh cuba Google atau gunakan kotak carian yang saya sediakan.

[Baca] 10 Petua Ustazah Ainun Didik Anak Hingga Hafaz Al Quran Usia Muda

Bila fikir tentang cabaran dan kesukaran itulah, apabila result peperiksaan Amri keluar, dan dapat keputusan yang baik, kami sekeluarga akan rasa amat bangga. Memang bangga, terutama bila berjaya kekal sebagai pelajar top 3 dalam keseluruhan tingkatan.
Keputusan exam pelajar sekolah UIul Albab
Saya dan isteri harap anak-anak lain akan turut ikut jejak langkah abang mereka. Kalaupun tidak secemerlang, sebolehnya kami nak lihat anak-anak yang lain punyai kelebihan tersendiri dalam akademik.
In Sha Allah, mohon doakan ye.

Di bawah ni, gambar Amri bersama bekas-bekas rakan sekolahnya masa sekolah rendah, sempat bertemu di Hari Raya Aidilfitri lalu di rumah salah seorang ibu kepada kawan karibnya.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement