Filem terbaru Munafik 2, 'buah tangan' terbaru dari pengarah muda Syamsul Yusof bakal menemui peminat filem di pawagam pada 30 Ogos 2018. Video trailer filem Munafik 2 telahpun dimuat-naik ke laman YouTube dan menerima tontonan yang tinggi oleh netizen.

Filem Munafik 2 Lebih Seram

Filem Munafik 2
Filem Munafik 2 dijangka lebih seram dan lebih mendebarkan menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Datuk Fizz Fairuz, Mawi, Nasir Bilal Khan, Datuk Rahim Razali, Fauzi Nawawi, adik Zara Sophia, Ku Faridah, Weni Panca, Roslan Salleh dan penampilan istimewa Namron, selain Syamsul sendiri sebagai pelakon watak utama.

Jika anda tonton video trailer filem Munafik 2 yang dimuat-naik oleh Syamsul sendiri di YouTube, anda boleh jangkakan yang filem ini bakal meletup dan menjadi antara filem box-office untuk tahun 2018. Ia mungkin menjadi antara filem tempatan terbaik tahun ini.

Video Trailer Munafik 2 dan Poster Rasmi Tular di Media Sosial

Poster Filem Munafik 2


Sebelum itu, video trailer filem Munafik 2 telah menjadi tular di Facebook, apabila mendapat lebih 2 juta tontonan kurang dari 24 jam! Memang cukup hebat penangan filem ini. Tu baru trailer dan poster filem, belum lagi filem sebenar.

Sepertimana filem Munafik (2016) yang pernah diangkat sebagai Filem Terbaik Nasional di Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28), filem ini bukan sekadar sebuah filem cereka seram tetapi juga menampilkan unsur dakwah serta Islamik yang ada mesej khusus kepada masyarakat.

Menurut Syamsul Yusof yang pernah membuat blog peribadi sendiri, filem Munafik 2 bakal berada di pawagam seluruh Malaysia pada 30 Ogos 2018. Tayangan serentak filem ini turut dibuat di Singapore dan Brunei.

Sinopsis Ringkas Munafik 2

Malah, menurut Syamsul, filem Munafik 2 juga bakal ditayangkan di bioskop Indonesia pada tarikh yang masih belum dimuktamadkan lagi.

"Di dalam Al Quran, golongan yang paling teruk dikeji Allah ialah ulama yang tidak amanah dan mengharapkan habuan dunia. Golongan inilah yg bakal ditentang Ustaz Adam di dalam filem "Munafik 2". Nantikan pertarungan antara hak & batil yang mampu menggegarkan jiwa. Berjayakah Ustaz Adam melawan orang-orang munafik yang menentang Allah dan Rasulnya? Kerana Adam hanyalah insan biasa.." - Syamsul Yusof.

Filem terbitan Skop Productions itu turut menampilan lagu tema filem itu yang dinyanyikan oleh Syamsul bersama Mawi berjudul Kerana Dunia hasil ciptaan Syamsul dan lirik ditulis bersama sepupunya, Anwar Faizal (suami blogger terkenal Fatin Liyana).

Video Trailer (Official) - Filem Munafik 2 


Apa komen anda lepas dah tonton trailer filem Munafik 2 di atas tu? Seram? Lagi seram dari filem Munafik (2016)?

Saya?

Selepas tengok trailer Munafik 2, saya tetiba rasa teruja nak menontonnya di pawagam. Filem sebelum ini, saya tak sempat tengok ... tetapi isteri dan anak-anak saya yang dah tengok secara online di ______ huhuhu.

Yang membuatkan saya teruja nak menonton filem Munafik 2 ada tiga sebab:
  1. Penampilan Nasir Bilal Khan dan juga pelakon cantik Maya Karin
  2. Lokasi filem ini dibuat, iaitu di kampung saya ... Batu Gajah (lokasi sebenar: Kellie's Castle)
  3. Ia diarahkan oleh seorang pengarah muda hebat yang tampilkan mesej Islamik (juga follower blog ini .. keh keh keh).

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement