Outlet Kopi SAN FRANCISCO (SF Coffee) Kini di Penang

AI Trade
Siapa di antara anda merupakan penggemar kopi? Saya ada berita gembira ni, terutama untuk mereka yang tinggal di Pulau Pinang dan kawasan utara. Kini, satu jenama dalam penghasilkan kopi terbaik, kopi San Francisco (SF Coffee) telah membuka pintunya ke bahagian utara Malaysia, melancarkan outlet pertama mereka di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

San Francisco Coffee (SF) Buka Outlet di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Outlet SF Coffee di Penang dengan mural Anna Maria
Pembukaan outlet SF Coffee di Gurney Plaza ini menyajikan rasa kopi yang berkualiti tinggi, dilakukan oleh mereka yang pakar, selain menawarkan perkhidmatan terbaik untuk penggemar kopi.

Outlet SF Coffee memang dikenali sebagai yang menawarkan suasana yang unik dan berbeza pada setiap cawangannya. Ada identiti tersendiri, bersama ruang lingkup suasana tempatan. Misalnya apa yang ada di outlet SF Coffee di Gurney Plaza ini.

Keunikan Outlet SF Coffee di Gurney Plaza

Pembukaan outlet pertama SF Coffee di utara ini membolehkan para penggemar kopi merasa sesuatu yang cukup berbeza di sebalik sejarah Gurney Plaza, dan pemandangan laut yang cantik. Lantas, ia mewujudkan satu tempat untuk para penduduk tempatan bebaskan diri dari suasana hectic pemodenan Pulau Pinang.
Outlet Kopi SAN FRANCISCO Kini di Gurney Plaza Penang


Outlet SF Coffee di Gurney Plaza menawarkan suasana tenang, ruang bersantai yang luas sambil para pengguna dapat merasai rasa kopi San Francisco yang terbaik. Temanya, "Coffee, Beach and Sea".

Outlet SF Coffee  atau restoran San Francisco Coffee ini merangkumi keluasan 2047 kaki persegi di Gurney Plaza. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu ruang peribadi (private lounge) dan kawasan kasual berdekatan dengan pintu masuk, membolehkan pengguna melihat dunia terus hidup dalam suasana tenang dan aman.

Lukisan Mural Unik di SF Coffee oleh Anna Maria

Lebih menarik, dinding San Francisco Coffee di Plaza Gurney ini dihiasi dengan mural dengan tema yang sama hasil karya artis kelahiran Pulau Pinang iaitu Anna Maria.
Kopi SAN FRANCISCO Kini di Penang
Gambar di atas ini, tampilkan Encik Nik Azwaa, Ketua Pemasaran SF Coffee; Miss Koo Sue San, Pengurus Besar SF Coffee; Dato’ Kamal YP Tan, SEO Kumpulan  Envictus International; Cik Anna Maria, artis mural untuk outlet SF Coffee di Penang; dan juga Dato’ Jaya JB Tan, Pengerusi Envictus International, ketika pelancaran outlet ini di Pulau Pinang awal Julai 2018.

Matlamat Outlet SF Coffee

Matlamat pemukaan outlet SF Coffee adalah memastikan terdapat kesinambungan dan hubungan antara kopi yang terbaik, para penggemarnya, dan ruang menikmati kopi tersebut.

Selain pembukaan outlet terbaru di Pulau Pinang, SF Coffee sudah mempunyai lebih 40 outlet di Malaysia termasuklah di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang.

Untuk info serta maklumat lebih lanjut mengenai SF Coffee ini, bolehlah lawati www.sfcoffee.com atau lihat di Facebook page mereka: https://www.facebook.com/sfcoffee/ .




Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

1 Comments

  1. Mai buka cawangan area utara... Mesti sedap kopi dari sana

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.