Ada yang mencari kereta sewa sekitar Shah Alam? Ada banyak syarikat yang menyediakan servis kereta sewa sekitar area Shah Alam ni, namun saya sukacita nak syorkan satu syarikat tempatan, iaitu Sf Car Rental Agency yang ada menyediakan pelbagai jenis kereta untuk disewakan.

Sf Car Rental Agency Tawarkan Harga Sewa Kereta Murah Sekitar Shah Alam

Syarikat ini mempunyai kredibiliti amat baik sebagai syarikat yang menyediakan servis kereta sewa Shah Alam, malah ia merupakan antara syarikat terawal di area Shah Alam yang memberikan perkhidmatan sewaan kereta pada harga yang berpatutan serta murah.
Kereta sewa murah area Shah Alam
Sf Car Rental Agency telah memberikan servis sewaan kereta terbaik sejak ia mula beroperasi sekitar tahun 2010. Malah, ia juga dikenali sebagai sebuah syarikat yang menyediaan sewa kereta murah di Shah Alam.

Pilihan Utama Pelajar UiTM Menyewa Kereta

Kerana memberikan sewa kereta pada harga berpatutan dan mampu, ramai di kalangan pelanggan syarikat ini adalah terdiri dari pelajar-pelajar UiTM Shah Alam. Boleh dikatakan harga sewaan kereta adalah murah, dan kena dengan kemampuan pelajar yang rata-rata bukannya dari golongan mereka yang ada pendapatan sendiri.

Biasanya pelajar UiTM akan menyewa kereta dari Sf Car Rental Agency untuk tujuan membuat kerja-kerja luar kampus, seperti projek akhir tahun atau kerja kursus sekitar Shah Alam.
Pilihan Utama Pelajar UiTM Menyewa Kereta

Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada syarikat Sf Car Rental Agency. Selain menawarkan kereta sewa di Shah Alam pada harga murah sebagai salah satu kelebihannya, ia juga merupakan syarikat yang sentiasa memberikan servis terbaik dan memuaskan kepada pelanggan.

Servis Kereta Sewa Yang Memuaskan

Jika harga sewa kereta murah tetapi servis mengecewakan, pastilah syarikat ini akan gagal bertahan sejak 2010 ... tak gitu?

Ini antara sebab saya syorkan Sf Car Rental Agency ini sebagai pilihan terbaik menyewa kereta di Shah Alam.

Mereka bukan sekadar menyediakan kereta sewa yang berkeadaan baik, tetapi proses pengambilan dan penghantaran kereta sewa dipermudahkan.

Pelanggan yang mahu menyewa kereta boleh mengambil kereta sewa di:

  1. Pejabat Sf Car Rental Agency
  2. Penghantaran kereta ke depan kediaman/pejabat/kolej pelanggan (tertakluk kepada terma dan syarat)
  3. KTM Padang Jawa
  4. KTM Shah Alam
  5. Stesen Bas Shah Alam

Yang menariknya ialah, servis penghantaran kereta kepada pelanggan adalah percuma, dengan syarat lokasi tersebut berada dalam lingkungan area Shah Alam Seksyen 1 hinggalah ke area Shah Alam Seksyen 20. Satu servis yang amat memudahkan pelanggan!

Dari segi pembayaran sewa kereta pula, pelanggan hanya perlu membuat pembayaran penuh bila dapat kunci kereta. Jadi, pelanggan tidak akan tertipu. Ada banyak scammers sekarang ni .. jadi awas.

Bukan apa, ada kes di mana pelanggan nak sewa kereta, buat pembayaran penuh awal-awal, alih-alih kereta tak sampai kepada pelanggan. Dan kalau dapat pun, bukan jenis kereta sewa yang diminta. Aha ... in Sha Allah, dengan Sf Car Rental Agency ini, pelanggan pasti akan puas hati.

Pilihan Kereta Sewa

Syarikat ini bukan syarikat kecil yang baru nak mula, ia dah berkembang dah. Jadi ada banyak pilihan kereta sewa pada harga murah disediakan untuk pelanggan sekitar Shah Alam, antaranya:

  1. Perodua Kelisa
  2. Perodua Viva
  3. Perodua Axia
  4. Perodua Myvi
  5. Perodua Bezza
  6. Perodua Alza
  7. Saga Flx

Semuanya dijaga dengan baik, termasuklah dari segi penyelengaran perbatuan (km) serta kebersihan kereta luaran dan dalaman.

Walaupun harga sewa kereta ditawarkan pada harga murah, rata-rata kereta yang disediakan untuk sewaan adalah kereta baru (lihat senarai, semua model baru tu). Ini pastinya akan memberikan ketenangan kepada mereka yang menyewa kereta dari Sf Car Rental Agency.

Ada Diskaun

Oh ya, diskaun khas juga ada diberikan kepada pelanggan asalkan memenuhi terma ditetapkan.

Harga Sewa Kereta Shah Alam

Harga Sewa Kereta Shah Alam

Cara Buat Tempahan Kereta Sewa

Bagaimana nak buat tempahan tu?

Mudah je.

Tempahan boleh dibuat dengan menghantar sms/whatsapp (wasap.my/60172449251) butiran-butiran berikut:

  1. Nama penuh
  2. No Ic
  3. No telefon
  4. Model kereta
  5. Kegunaan kereta untuk sekitar mana
  6. Tarikh dan masa ambil kereta
  7. Tempoh sewa berapa hari
  8. Alamat penuh kediaman/pejabat

Cukup mudah kan? Teknologi sekarang memang sangat membantu, apatah lagi semua orang boleh gunakan whatsApp untuk berhubung. Lebih telus gitu .. hehe.

Info Lanjut Kereta Sewa Shah Alam

Nak mencari kereta sewa sekitar Shah Alam? Nak dapatkan harga kereta sewa yang murah dan berpatutan? Mahu kereta sewa yang bersih dan bebas masalah? Anda boleh hubungi dan buat tempahan dengan Sf Car Rental Agency, Shah Alam ini:

Nama syarikat: Kereta Sewa Shah Alam - Sf Car Rental Agency
Alamat: Jalan Kristal Tiga 7/76c, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
No tel: 017-244 9251
Wasap: wasap.my/60172449251
Laman web: https://www.sewakeretashahalam.com/
Facebook: https://www.facebook.com/keretasewadishahalam
Twitter: https://twitter.com/sfcarrental

 

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement