Traveloka Banner

11 Jenis Buah Durian Popular dan Digemari di Malaysia

Tahu ke ada 11 jenis buah durian popular, khususnya yang digemari di Malaysia? Dengar khabar, harga buah durian di pasaran sudah semakin stabil. Sedikit demi sedikit harga buah durian yang boleh didapati dengan murah pada bulan Jun dan awal Julai 2018 kini dah semakin sukar. Harga buah durian daripada pelbagai jenis bakal kembali ke harga asal, termasuklah 11 jenis durian popular ini.

Jadi, buat penggemar durian ... kalau masih belum merasa buah durian kegemaran, baik cepat-cepat pergi ke mana-mana gerai jual durian selagi harganya masih murah.

11 Jenis Buah Durian Popular dan Digemari di Malaysia

Dalam post kali ini, saya nak berkongsi tentang jenis-jenis buah durian yang popular di pasaran Malaysia.
Saya senaraikan 10 jenis yang ada, yang popular, yang biasa terdapat di pasaran tempatan. Anda mungkin terkejut bila dapat tahu ada nama jenis durian ini yang tak pernah anda ketahui, walaupun anda mengaku bahawa diri anda sebagai hantu durian .. haha.

1. Musang King

Durian Musang King atau Raja Kunyit
Durian Musang King buat masa ini menjadi “raja” kepada raja buah ini. Juga dikenali sebagai butter durian, Cat Mountain King, Rajah Kunyit, ulasnya yang berwarna kuning terang pasti akan memukau dalam sekali pandang. Kalau dapat durian ini, jangan lepaskan peluang memakannya. Buah ini didominasi rasa manis dan pahit tetapi sangat berkrim menjadikannya pilihan nombor satu.

2. Golden Phoenix

Durian Golden Phoenix atau Golden Pillow
Buah ini juga dikenali dengan nama golden pillow. Berwarna kuning pucat dan sedikit keputihan, ia bertekstur sedikit berair dan bau yang tajam selain rasa pahit. Buah ini lazimnya tumbuh dari pokok lama dan bukan hibrid. Jadi ia memberi rasa buah durian yang sebenar dan sukar diperolehi kecuali di sebelah selatan Malaysia seperti Johor. Kalau nak makan jenis durian ini, wajiblah kunjungi dusun-dusun di Johor!

3. Durian XO

Antara durian yang paling mudah diperolehi, dijual di semua gerai durian. Berwarna kuning pucat dengan rasa pahit dan bertekstur lembut. Ulasnya lebih kecil tetapi mempunyai isi yang tebal. Lazimnya dijual pada harga RM20 sekilogram ke atas.


4. Durian D24

Aha… nama buah berangka yang paling popular dalam kalangan penjual mahupun pembeli. Tetapi buah ini juga dikenali dengan nama Sultan berwarna kuning pucat, rasa berkrim dan juga pahit pada masa sama. Durian yang boleh dikategori sebagai jenis harga murah, sekitar RM20 ke atas ini memberi kepuasan setanding durian jenis mahal, kalau anda bertuahlah.

5. Durian D13

Durian D13
Ulasnya berwarna oren, berperasa manis tetapi tidak terlalu kuat. Jenis yang kurang berbau dan mempunyai biji yang besar. Jika anda pertama kali mencuba buah durian, mungkin ini jenis buah yang sesuai. Buah ini juga dikenali sebagai Super Red Prawn dan lazimnya didapati di Balik Pulau, Pulau Pinang. Berharga RM30 ke atas.

6. D101

Durian 101
Durian jenis ini berwarna kuning kusam dan berperasa sedikit manis berkrim, maka sesuailah bagi mereka yang hanya mahukan rasa kemanisan. Kanak-kanak lebih menyukai durian jenis ini kerana ia juga bertekstur lembut. Harganya juga tidak terlalu mahal mahal lazim disimpul sebagai jenis durian yang bernilai untuk wang.

7. Udang merah atau Red Prawn

Durian Udang Merah


Buah ini mempunyai warna yang unik dan menawan iaitu oren kemerahan. Bukan semua yang berani mencubanya kerana rupa warna itu tetapi ia salah satu durian pilihan. Juga dikenali sebagai Hong Xia, Ang Hay, durian ini sedikit melekit dan mempunyai rasa kemanisan. Terkenal di Pulau Pinang tetapi sekarang itu turut boleh didapati di Pahang dan gerai terpilih di sekitar Lembah Klang.

9. Green Bamboo atau teka durian

Pernah lihat jenis durian yang berwarna kuning kusam dengan bayangan hijau? Maka anda sedang menyaksikan durian green bamboo atau nama lainnya, Qing Zhu. Durian jenis ini mempunyai isi yang manis dan kaya dengan serat makanan. Isinya tebal dengan biji yang kecil, biasanya boleh didapati di gerai durian.

[Baca] 9 Tips Untuk Pilih Buah Durian

9. Black Pearl

Durian Black Pearl
Salah sejenis durian yang mahal, sekitar RM50 ke atas. Isinya yang berwarna kuning pucat ini mempunyai rasa yang sedikit pahit, berlemak dan biji yang kecil. Durian ini sangat mengenyangkan dan antara jenis yang mesti dicuba.

10. Tawa D162

Ini antara jenis durian yang sukar ditemui tetapi kalau dapat, cubalah sekali. Jika dilihat, warna dan ulasnya tidaklah begitu menarik tetapi rasanya agak berbeza terutama sekali kepada mereka yang memilih rasa pahit. Lembut berkrim tetapi rasa pahitnya agak kuat dan terus mendominasi walaupun selepas makan.

11. Durian D200 atau Duri Hitam

Durian Duri Hitam
Durian ini juga dikenali sebagai Ochee atau Orchi. Di sebelah utara, tempat saya ni, durian ini dikenali sebagai Durian Duri Hitam. Rasanya memang sedap. Buahnya agak bulat, dengan isinya berwarna oren kemerahan. Rasa manis berkrim sedikit pahit, dengan tekstur yang lembut tetapi kurang serat.

Mengikut Wikipedia, sebenarnya di Malaysia terdapat 199 klon durian telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 1934 untuk dijadikan piawaian kepada durian yang kini popular di pasaran Malaysia.

Senarai Jenis Buah Durian Popular di Malaysia
Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian itu dibiakkan iaitu dengan teknik tampang. Setiap klon adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal mahupun rasa.

Sumber: EzTakaful dan Her World



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments