Selama lebih 10 tahun saya menjadi penduduk di kawasan kejiranan saya, inilah pertama kali saya hadir ke majlis Jamuan Hari Raya yang ada pelbagai kaum. Sebelum ini, saya ada terima jemputan, tetapi atas sebab waktu kelapangan yang terhad, saya gagal untuk hadir.

Alhamdulillah, baru ni saya dapat juga datang. Ia diadakan dan dianjurkan oleh KRT Taman Kit Siong - Buntar Indah, kawasan Nibong Tebal, Penang. Majlis ini turut dihadiri YB Encik Zulkifli Ibrahim, ADUN Sungai Acheh yang baharu.

Jamuan Makan Aidilfitri KRT Taman Kit Siong - Buntar Indah

Jamuan Hari Raya Pelbagai Kaum KRT Kit Siong


Saya sebenarnya hadir atas jemputan kerana anak sulong saya, iaitu Hasif Amri merupakan penerima hadiah anugerah kecemerlangan, atas sebab berjaya mendapat keputusan UPSR 6A pada tahun 2016.

Jadi, selain jamuan makan sempena Hari Raya Aidilfitri 2018, ia juga merupakan majlis meraikan anak-anak penduduk kawasan KRT taman saya ini yang cemerlang dalam pelajaran. Huhuhu .. bangga juga sebab anak saya antara yang menjadi penerima anugerah.

Ramai juga penduduk taman yang hadir pada jamuan makan malam Hari Raya Aidilfitri KRT Taman Kit Siong - Buntar Indah ini. Rata-rata yang hadir adalah jiran-jiran masyarakat Cina yang mendominasi kawasan KRT ini.
Jamuan Hari Raya Pelbagai Kaum KRT Kit Siong
Jamuan Hari Raya Pelbagai Kaum KRT Kit Siong
Jamuan Hari Raya Pelbagai Kaum KRT Kit Siong
Jamuan Hari Raya Pelbagai Kaum KRT Kit Siong

Pun begitu, ada je kaum lain yang turut hadir. Malah, majlis malam tu diuruskan oleh AJK KRT yang kebanyakkan berbangsa India.

Meriah juga bila tiba acara makan malam .. acara utama yang dinantikan ramai... haha .. tapi saya sedikit kecewa sebab tak berjaya nak merasa semua hidangan sedap pada majlis kali ini. Mampu tengok sahaja .. huhu ..  err dapat gak la merasa makan Putu Mayyum yang elok terhidang dalam daun pisang.

Majlis makan malam ini selain dihadiri Adun Sungai Acheh, turut memeriahkan suasana ialah wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara dan juga Pegawai Perhubungan Polis KRT Taman Kit Siong - Buntar Indah.


Dalam majlis ini, dapatlah juga saya kenal wajah-wajah kejiranan saya yang rata-rata dah berada dalam kelompok warga emas. Walaupun mereka tak berapa fasih dalam bahasa Melayu, tetapi kami boleh je bersembang .. hehe .. walaupun saya kadang blur gak nak faham apa yang disampaikan.

Yang bestnya, saya dapat kenal siapa tauke bateri, siapa guru tuisyen, siapa tauke bengkel kereta, siapa ada kebun sayur ... siapa dia wakil rakyat kawasan yang boleh membuat aduan .. hehe.

Sekarang, baru saya tahu kenapa perlu babitkan diri dalam aktiviti kejiranan seperti KRT ini. Ada manfaatnya walaupun terasa bagai kaum minoriti di tanahair bernama MALAYSIA.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement