Kali kedua saya terlepas peluang untuk memiliki smartphone Honor yang dijual dengan harga cukup murah, iaitu cuma RM99 untuk Honor 7. Anda tahu tak pasal ni? Siapa yang menjadi pengguna jenama Huawei atau Honor pasti tahu mengenai promosi Gila-Gila Shopping ini di VMall, laman web jualan rasmi untuk produk Huawei.

Saya antara pengguna smartphone jenama ini, satu masa dahulu. Kini, saya dah beralih kepada smartphone jenama Oppo. Walaupun, dah beralih arah, saya masih lagi simpan Huawei Honor 7 saya dengan baik. Kenangan weihhh .. beli guna duit hasil blogging ni.

Honor 7 Ditawarkan Dengan Harga Cuma RM99 Gila-Gila Shopping

Honor 7 Ditawarkan Dengan Harga Cuma RM99 Gila-Gila Shopping
Seingat sayalah, dulu saya beli telefon Honor 7 ni dalam RM1200. Harga rasmi Honor 7 ialah RM1399. Saya beli di Lazada Malaysia, ada diskaun ketika itu, malah saya dapat barangan percuma hasil pembelian di Lazada.

Aha .. alhamdulillah, rezeki agak bagus hasil menulis blog, jadi dapatlah saya beli sebuah telefon baru untuk kegunaan harian. Apatah lagi, Honor 7 mempunyai ciri-ciri serta spesifikasi yang saya mahukan, sesuai untuk tugasan sebagai seorang blogger sepenuh masa.

Apabila saya terima email Huawei mengatakan ada jualan Gila-Gila Shopping yang tawarkan Honor 7 dengan harga cuma RM99 ... memang naik gila jugalah .... haha .. tapi hampeh .. saya terlupa mengenai masa.

Terlepas Peluang Rebut Honor 7 Harga RM99

Jualan Honor 7 pada harga RM99 tu cuma berlaku pada 5hb Julai bermula jam 10:00 pagi. Jadi, kalau nak grab harga murah Honor 7 tu, memang kena berada depan komputer, dah siap-siap login ke website VMall tu.
Honor 7 Ditawarkan Dengan Harga Cuma RM99
Tapi apakan daya, bukan rezeki. Saya terlupa pasal masa tu. Saya terlewat beberapa minit je .. terus Honor 7 harga RM99 tu sold out. Aha .. inilah yang jadi cabarannya, mesti jadi yang terawal kalau nak dapatkan harga murah Gila-Gila Shopping Huawei .. huhu.

Tahun lepas pun ada gak promosi serupa. Ramai yang luah rasa tak puas hati sebab tak dapat nak grab harga murah smartphone yang ada. Kejap betul jadi sold-out ... tak sampai pun seminit!!

Saya memang nak beli sebab nak berikan pada anak-anak. Harga RM99 untuk sebuah smartphone yang ada ciri-ciri terbaik, uhh mestilah banyak untung ... kan kan?

[Dah Baca?] 7 Sebab Berbaloi Memiliki Honor 7

Takpe, mungkin ada peluang lain selepas ini. Manalah tahu kot-kot Huawei nak jual Huawei P20 Pro dengan harga RM100 ke pulak ... huhu ..

Promosi Gila-Gila Shopping Huawei ni mungkin sebab nak perabis stok Honor 7 memandangkan Honor 8 dah keluar ... :)


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement