HFMD - Info Penting, Cara Rawatan dan Bagaimana Cegah Supaya Tidak Dijangkiti

AI Trade
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Wahai ibu bapa, jangan ambil ringan mengenai penyakit ini. Dikhabarkan, penyakit ini telah menjadi serius di Pulau Pinang dengan adanya peningkatan kes yang tinggi.

Malah, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengeluarkan arahan khusus kepada pengarah semua hospital di Pulau Pinang untuk mengawal penyebaran penyakit itu. Difahamkan, terdapat lebih 1500 kes ini dilaporkan, dan jumlah ini memang membimbangkan.

HFMD - Info Penting, Cara Rawatan dan Pencegahan

HFMD - Info Penting, Cara Rawatan dan Pencegahan


Tentu ramai ibu bapa yang masih lagi blur mengenai penyakit ini. Saya sendiri, walaupun ada ramai kawan dalam bidang perubatan, pun masih juga tak tahu dengan mendalam mengenai penyakit HFMD ini.

Jom sama-sama ketahui daripada fakta hangat yang saya kongsikan mengenai penyakit HFMD ini, dan seterusnya membuat langkah-langkah pencegahan yang disarankan.

Apakah Itu Penyakit HFMD?

HFMD - Info Penting, Cara Rawatan dan Pencegahan
Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) atau lebih dikenali sebagai penyakit HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Coxsackie atau virus enterovirus. HFMD mendapat namanya dari kudis kecil yang terjadi pada tangan dan kaki, dan dalam mulut.

Selalunya kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun berpotensi menghidap jangkitan ini, namun begitu orang dewasa juga boleh terkena virus terbabit, andai tidak berhati-hati dan kurang menjaga kebersihan diri.

Bagaimana Boleh Berjangkit?

Virus coxsackie sangat mudah dijangkiti kerana ianya boleh merebak dengan cara sentuhan kepada cecair daripada mulut dan hidung pesakit yang dijangkiti virus tersebut.

Virus tersebut akan masuk ke dalam saluran limfa melalui kulit di bahagian mulut dan lapisan usus; kemudian daripada saluran limfa itu ia akan merebak ke kalenjar limfa dan masuk ke dalam darah. Seterusnya, ia merebak ke seluruh badan terutamanya kawasan kulit dan lapisan mulut.

Di situlah, ruam penyakit kaki, tangan dan mulut akan terbentuk.

Pada ketika itu, virus tersebut sudah bersedia untuk menjangkiti orang lain.

Waktu ini, ibu bapa yang mempunyai anak yang terkena HFMD perlu awasi anak dengan teliti, dan tidak boleh membiarkan mereka bebas bergaul dengan orang lain.

Pada hari yang ke tujuh setelah virus ini menyerang, antibodi badan sudah mula meningkat dan akan menghapuskan virus yang telah berada di dalam badan pesakit.

Beberapa hari kemudian, akan nampak tindak-balas positif anitibodi di mana ruam pada badan akan semakin kurang dan semakin sembuh. Untuk info, masa inkubasi bagi virus ini adalah antara 3-6 hari.

Secara amnya, penyakit HFMD ini tidaklah berbahaya atau boleh membawa maut. Tapi, bayangkan apabila anak-anak yang terkena penyakit ini. Uhh memang menderita, kita sebagai ibu bapa tengok pun rasa sangat kesian.

Ciri & Tanda HFMD

Antara ciri-ciri dan tanda terkena HFMD:
Ciri dan Tanda-Tanda HFMD

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin)
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Anak-anak akan susut berat badan, mereka susah nak tidur kerana tak selesa, kurang cergas dan tidak lagi ceria.

Walaupun secara am tidak bahaya, namun ada komplikasi serius andai tidak dirawat dan diberikan perhatian sewajarnya, misalnya apabila HFMD melibatkan sistem saraf dan jantung.

Rawatan Untuk Anak Terkena HFMD

Ok. Dah tahu tanda-tanda penyakit ini, mari lihat dari segi rawatan yang boleh diambil, khususnya untuk ibu bapa.

  • Mesti minum banyak air. Jika anak anda ada tanda HFMD, selalu beri mereka minum air masak/putih banyak-banyak. Nasihatkan mereka untuk sering minum air.
  • Aiskrim boleh mengurangkan sakit pada ulcer. Berikan aiskrim perisa vanilla. Anak yang terkena HFMD akan rasa kurang sakit bila dapat makan aiskrim, dan ia juga dapat bantu menggembirakan mereka.
  • Berikan anak ubat parcetamol yang boleh mengurangkan rasa sakit dan demam.
  • Gunakan ubat titis. Ubat titis ini adalah untuk mengurangkan sakit. Ia boleh didapati daripada klinik dan farmasi terdekat.
  • Jika pesakit mempunyai simptom yang lebih teruk, ibu bapa perlulah membawa anak mereka ke klinik ataupun hospital. 


Kaedah Pencegahan HFMD

Oleh kerana penyakit HFMD ini mudah berjangkit, maka ibu bapa perlu lakukan langkah-langkah berikut untuk elak ia merebak atau menjangkiti orang lain. Ia mestilah diamalkan oleh seluruh ahli keluarga andai salah seorang daripadanya didapati ada HFMD ini.

  1. Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  2. Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  3. Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  4. Ibu bapa dan penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  5. Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  6. Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan. 
Beringat, dan bantulah pihak berwajib untuk membendung penyakit ini dari terus menular. Kesian anak-anak kita.
Kaedah Pencegahan HFMD

Sumber: MyHealthKKM, Blog KP Kesihatan



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

2 Comments

  1. hfmd ni bukan budak jer. Kawan saya ada yg kena. Teruk.juga. semua kena aware tntg bnda ni. Jom tambah ilmu dengan baca ni http://www.ketamkecil.com/apakah-penyakit-hfmd-dan-apakah-bahayanya/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Tapi tahap paling serius adalah pada kanak-kanak sbb boleh menyebabkan kematian.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.