RinggitPlus Banner

Fakta Hangat Mengenai Yarsagumba, Digelar Viagra Himalaya

AI Trade
Yarsagumba -  Anda pernah dengar nama herba ini tak? Yarsagumba ataupun nama saintifiknya Ophiocordyceps sinensis sedang heboh diperkatakan sekarang. Ini adalah kerana, setiap tahun pada bulan Mei dan Jun, ribuan orang akan mencari herba ini yang banyak terdapat di daerah Dolpa di Nepal Barat.

Harganya juga sangat mahal kerana keunikannya terhasil. Nak tahu apa yang unik? Mari baca fakta hangat mengenai herba Yarsagumba ini.

Fakta Hangat Mengenai Yarsagumba, Digelar Viagra Himalaya

Fakta Hangat Mengenai Yarsagumba, Digelar Viagra Himalaya


Mengapa ianya dicari? Aha .. ini adalah kerana ia dipercayai mempunyai khasiat yang hebat, malah dikenali sebagai Viagra Himalaya, dan mendapat permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa.

Yarsagumba boleh ditemui di negara Nepal, di tanah tinggi melebihi 10,000 kaki di banjaran Himalaya. Ia tumbuh di lembah-lembah yang curam tinggi dan beriklim kering dan Dolpa merupakan salah satu daerah terkemuka bagi herba terkenal ini.
Herba Yarsagumba banyak terdapat di Nepal, Bhutan dan India
Kerana kehebatan yang ada pada herba ini, ramailah orang yang mencarinya. Malah, pada keadaan yang lebih ekstrem, banyak sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para penduduknya keluar untuk menuai Yarsagumba.

Apa Sebenarnya Yarsagumba?


Apa sebenarnya Yarsagumba
Menurut sumber yang saya baca, Yarsagumba merupakan herba luar biasa yang tumbuh di padang rumput pada ketinggian melebihi 3,500 meter dari aras laut di kawasan pergunungan Himalaya. Ia boleh ditemui di tanah tinggi negara Nepal, Tibet, Bhutan dan juga India.

Sebelum musim hujan bermula, spora dari cendawan cordyceps menjangkiti kepala ulat beluncas yang tinggal di bawah tanah. Kemudian secara beransur-ansur spora kulat itu akan tumbuh dalam badan ulat beluncas tersebut lalu membunuhnya dan ianya tumbuh sebagai herba yang dinamakan Yarsagumba.

Atau kata lain, herba ini terhasil melalui infestasi kulat ke atas kepompong ulat yang bakal menjadi serangga. Yarsagumba adalah gabungan kulat, kepompong dan saki baki ulat yang mati.
Bentuk Yarsagumba


Jika anda lihat pada bentuk fizikal Yarsagumba ini pun, anda boleh nampak bentuk kepompong ulat mati tersebut.

Oleh yang demikian, sebatian di dalam herba ini sangat unik dan mengandungi pelbagai unsur yang boleh memberikan manfaat khusus kepada kesihatan manusia. Ini menyebabkan beberapa kajian telah dibuat dan dijalankan ke atas herba digelar Viagra Himalaya ini.
 
Di antara kajian yang dilakukan adalah berkenaan dengan kesan antikeradangan, antipembiakan sel, antioksidan, mengurangkan gula darah, kesan imunomodulator, kesan ke atas sistem pernafasan, kesan melindungi buah pinggang, memperbaiki denyutan jantung, perlindungan hati, menurunkan kolesterol, menaikkan nafsu sek/libido dan lain-lain.

Kebanyakan kajian tersebut dilakukan di dalam makmal dan ke atas haiwan. Ada juga laporan kes (case reports) yang disiarkan mengenai kesan ke atas pesakit yang menerima buah pinggang, jangkitan paru-paru dan ke atas pesakit yang menjalani pemindahan jantung.
Herba Yarsagumba lebih bernilai dari emas

Menurut catatan blog Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor, kajian yang melibatkan manusia adalah kecil dan jika kajian makmal dilakukan, ahli sains mengekstrak sebatian kimia di dalamnya, dan bukan secara keseluruhan bahan dalam Yarsagumba ini.

Pendek kata belum ada kajian besar ke atas manusia untuk membuktikan kebaikan dan kelebihan Yarsagumba.

Pun begitu, sebilangan besar penduduk tempatan percaya bahawa herba Yarsagumba adalah ubat ajaib. Herba ini didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit bermula asma sehinggalah kanser.

Dan salah satu khasiat Yarsagumba yang paling menonjol ialah ia boleh dijadikan sebagai ubat kuat lelaki, sehingga diberikan jolokan viagra Himalaya.

Difahamkan, Yarsagumba mendapat permintaan tinggi di China dan negara Asia lain. Harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit untuk berat hanya beberapa gram.

Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan harga herba Yarsagumba ini adalah lebih mahal daripada emas.

Mari tonton video ini untuk lebih tahu mengenai Yarsagumba ini.


Menurut Karma Lama, penjual Yarsagumba, harga bagi satu kilogram Yarsagumba boleh mencecah sehingga AS$100,000 (RM406,014) di pasaran antarabangsa seperti di China, Korea Selatan, Thailand, Jepun, England dan Amerika Syarikat.

Sumber: BBC dan Blog Dr Ibnu Sina



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

0 Comments