Bisnes Best Patut Ramai Cuba. Anda Patut Mula Sekarang!

Kalau anda tak mahu lagi kerja di bawah seorang boss. Maka, carilah bidang kerja yang membuatkan diri anda sebagai boss. Salah satu kerja yang berada dalam kategori ini ialah melakukan bisnes sendiri. Bisnes sendiri, andalah boss, andalah kuli. Jadi bisnes best apa patut anda cuba?

Nak Tahu Bisnes Best Apa Patut Anda Cuba?

Memang ada banyak bisnes yang boleh anda ceburi di zaman sekarang. Tetapi bisnes yang macamana yang betul-betul best untuk dicuba dan dilakukan? Saya nak mencadangkan kepada anda, jika anda berminat nak tahu, dan mula kerja sendiri tanpa boss yang 'mengetuk' kepala anda setiap hari.
Bisnes Best Patut Ramai Cuba
Rakyat Malaysia memang gemar berniaga. Pengalaman sayalah, saya dah lihat ada yang dah mula meniaga sejak dari umur bangku sekolah lagi.

Aha, ada yang jual jajan. Ada yang jual mainan. Ada jual kuih.

Saya sendiri pernah buat bisnes jual kuih semasa di bangku sekolah. Ronda-ronda naik basikal, buat lepas habis sekolah pagi. Sambil naik basikal dengan kawan-kawan lain, saya pun jerit "Kuih ... kuihhhh ... " ... "Karipap, cucur badak, donut, kuih koci ... karipap, cucur badak, donut, kuih kociiiii ....".

Bila sekolah menengah, saya jual mee segera kat dorm. Masa tu duk sekolah berasrama penuh kat Teluk Intan.

Seronok berniaga ni, selain merasa jadi 'boss' ... leh nampak duit tu datang dari hasil usaha sendiri.

"Boss .. nak Maggie kari dua bungkus ... "

Sambil kawan dorm lain hulur duit 50 sen. Stok simpan dalam loker sendiri. Guna padlock besar gedabak, kasik gerun kat orang yang rasa nak cilok free...keh keh.

Berniaga, Buat Bisnes Tak Susah Sebenarnya ..

Berniaga zaman tu, tak perlu buat akaun kira-kira. Janji matematik moden boleh dapat B .. in Sha Allah dah boleh berniaga macam saya buat tu .. hehe. Campur, tolak, bahagi, darab .. simple matematik je. Kalaupun score subjek Prinsip Akaun, ia tak digunapakai sepatah haram pun meniaga ketika itu .. huhu.

Meniaga ni tak susah pun. Kena ada barang dan jual pada mereka yang nak. Jangan lak jual pada orang yang tak nak barang tu .. sure-lah tak laku!

Lepas sekolah, saya ada gak berniaga masa di Universiti.

Tapi tak jadi boss, jadi rakan kongsi.

Meniaga di kedai photostat. Fuh ... memang best. Memang masyuk. Selain leh buat duit dengan buat salinan photostat nota-nota kuliah, jawapan tutorial, ujian-ujian dan buku; boleh juga kenal-kenal dengan awek-awek yang 'nampak' cun.
Awek di kedai pasaraya beli barang
Masa tu tak tanya nombor telefon... tapi tanya tinggal asrama mana, blok mana, bilik nombor berapa, pusat pengajian apa, tahun berapa  .... last baru tanya "Siapa nama?". Kalau dapat maklumat ni, leh la cuba-cuba mengorat - buat delivery barang photostat ... keh keh keh.

Uhh itu kisah saya dok meniaga dulu-dulu.

Sekarang ni, perkembangan dunia meniaga ni dah makin maju.

3 Bisnes Ramai Yang Buat

Rakyat Malaysia diketahui oleh saya memang suka berniaga macam-macam benda. Antara cara yang sering dibuat untuk memulakan satu bisnes yang dirasakan best adalah:
  1. Menjadi agen menjual barang orang lain - bisnes niaga macam ni memang menarik dan best. Lagi-lagi kalau barang tu kita sendiri guna dan pakai. Tapi masalah timbul bila barang tak ada stok, atau sukar nak dapat. Pastu kalau ada pun, ambil masa lama juga nak dapatkan barang tu untuk dijual.
  2. Menjadi agen MLM - fuh .. ini mesti biasa anda dengar kan? Pernah beberapa tahun benda ni meletup di Malaysia. Macam-macam produk dan syarikat MLM wujud. Ramai yang join dengan harapan boleh buat bisnes sendiri. Tapi akhirnya, banyak gak kecundang dan kantoi. Lebur modal ribuan ringgit disebabkan MLM ni. Nyesal tak sudah.
  3. Buka kedai - tak salah nak buka kedai sendiri. Jika ada modal sendiri, okaylah. Tapi kalau dok meminjam untuk meniaga, uhh leh jadi parah kalau tak kena gaya. Silap-silap boleh diistiyar bankrap oleh pihak bank yang beri pinjaman meniaga buka kedai sendiri ni. Busuk-busuk, modal nak buka kedai untuk bisnes sendiri .. dalam RM200,000 jugak tu.
Ini yang saya nampaklah.


Anda mungkin ada pengalaman dan pengetahuan lain. Mungkin boleh dimasukkan dalam tiga senarai bisnes best yang dok ramai buat tu.

Kalau anda lihat balik senarai bisnes yang saya berikan tu, rata-rata perlukan modal yang agak besar... kan kan?

Apakata andai saya beritahu anda, ada satu bisnes best yang tak perlukan modal besar. Pada saya, ia patut dicuba oleh ramai orang yang nak kerja sendiri dan tak mahu kerja di bawah seorang boss.

Bisnes ini, saya sendiri sedang lakukan sekarang. Dan ia memang betul-betul best.
Bisnes internet bisnes best untuk dicuba
Aha .. buat mereka yang ada masalah nak mencari atau menjana pendapatan sendiri, inilah jawapan terbaik bagi segala permasalahan yang sedang difikirkan.

Caranya ialah yang lain dan tak bukan ... internet!

Ya, internet. Bisnes internet atau bisnes di internet. Ia satu bisnes antara paling best di muka alam ini untuk dilakukan.

[Promo] Bina Kedai Online Percuma 14 Hari

Tertanya dalam kepala ....

Kenapa mesti internet? Bukan teknik bisnes lain tu lebih straight forward ke? Internet-internet ni bukan susah ke? Nak buat bisnes internet ni, bukan ke mesti tau pasal komputer, pasal laman web .. pasal teknikal .. gulp...

Come on. Guna chatting kat internet tu tau pulak? WhatsApp tu reti bukan main .. uhh .. sebut pasal bisnes internet, dah naik bulu roma .. yinnnei.... apa daa.

Jangan gerun dengan perkataan 'bisnes internet' ni. Bisnes best ni .. memang patut ramai cuba.

Kenapa? Ok, saya jawab.
Bisnes internet
Baiklah, banyak kelebihannya kalau kita buat bisnes ini .. antaranya:
  • Bisnes internet selalunya tidak memerlukan modal besar. Dengan hanya beberapa ratus, anda sudah boleh bergelar usahawan internet. Contohnya bisnes INI. Potensi? Tak terbatas. Ikut selera anda sahaja.
  • Tak perlu mempromosi, tak perlu jumpa customer, tak perlu menjerit macam di pasar malam! Tak perlu jerit macam saya jual kuih masa kecik-kecik tu ... huhu. Semuanya dilakukan melalui internet. Kalau anda jenis yang malu, bisnes internet memang sesuai! Nampak? Bisnes ni memang best .. patut ramai harus cuba.
  • Boleh gagal berkali-kali! Modal bisnes internet yang kecil sesuai untuk mereka yang kurang ‘keberanian’. Sebab kalau anda rugi sekalipun, modal yang dilaburkan hanya beberapa ratus. Berbanding kalau mahu buka kedai, baru buka kedai dah berhutang RM200,000. Kalau kedai makan lingkup? Macam mana nak bayar? Bagi makan free kat staf bank? uhh memang nangis la.
  • Kemahiran tak perlu tinggi! Anda mungkin ingat bisnes internet memerlukan kemahiran IT yang tinggi. Tapi percayakah anda banyak bisnes internet sekarang hanya memerlukan kemahiran IT yang asas - bisnes ini hanya memerlukan anda mahir menggunakan media sosial, chating dan internet browser!

Nah, itulah dia kelebihan-kelebihan 'power' bila anda melakukan bisnes internet ini.


Kesimpulan ....

Bisnes best ini, iaitu bisnes internet - ianya amat mudah, murah dan berkesan sekali.

Aha.

Sekarang mungkin anda akan bertanya pada saya ... "bisnes internet mana yang sesuai?" ... "bisnes internet mana yang paling best?".

Saya nak cerita lagi dan beritahu jawapannya....

Tapi hari dah agak larut malam ketika saya menulis post ini untuk anda.

Walaupun saya buat bisnes internet, saya juga perlukan tidur. Tuhan sediakan waktu 24 jam sehari.... bukan untuk 24 jam bekerja .. ye tak? Mesti rehat. Manusia mesti rehat untuk kesihatan yang baik.

Ehh .. kejap.

Buat Duit Ketika Anda Tidur

Bisnes internet boleh jana income waktu tidur
Lagi satu yang best lupa nak beritahu pasal bisnes internet ini.

Walaupun anda sedang tidur, ia masih boleh menjana pendapatan untuk anda. Ia buka 24 jam sebab ia bukan manusia. Internet bukan diuruskan manusia.

Haa... kan ke super best dah tu bila buat bisnes ni.

Tidur pun duit masuk.

Okeh (menguap ni)...

Ikuti sambungan perkongsian bermanfaat saya ini di post akan datang. Jika tak mahu terlepas mengenainya, pastikan anda follow/like fanpage blog ini di https://www.facebook.com/hasrulhassancom atau langgan secara percuma di ruangan disediakan, masukkan alamat email anda sahaja.
Ingin dapatkan panduan bisnes internet cara mudah, sempoi dan selamat? Klik sini sekarang.

Post a Comment

5 Comments

  1. 9/10 daripada sumber rezeki adalah dari perniagaan. kenal pasti peluang, apa 'competency' yang kita ada, dan apa cabaran yang bakal dihadapi. kemudian buat perancangan dan seterusnya mulakan perniagaan yang diingini.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Moga anda yang nampak peluang ini untuk jana pendapatan sampingan di rumah.

      Delete
  3. Betul tu, saya pun buat biz sebagai egen dan dropship, jual Yarra.
    Alhamdulilah sehari mesti ada masuk orang beli. Dapat juga buat duit jajan saya hehehehe
    Nak seribu daya, taknak macam-macam alasan kan Tuan..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.