Lagi tips berkaitan SEO (Search Engine Optimization) khas untuk rakan blogger blogspot. Aha, sesiapa yang gunakan blogspot sebagai medium untuk menulis blog, wajib ikuti tips yang akan saya kongsikan ini. Ia satu tips mudah. In Sha Allah, mampu memberikan trafik yang tinggi untuk blog anda, terhasil datangnya dari enjin carian.

Enjin carian seperti Google menggunakan robot gelintar (Search Robots) untuk kenalpasti setiap kemaskini dan kandungan blog anda. Di dalam dashboard blogspot, ada satu setting dinamakan Custom Robots Header Tags, yang sebenarnya akan bantu blog anda menerima trafik yang banyak dari enjin carian.

Cara Setting Custom Robots Header Tags Dalam Blogspot

Cara Setting Custom Robots Header Tags Dalam Blogspot
Setting yang betul pada bahagian Custom Robots Header Tags ini akan membolehkan anda sebagai pemilik blog mengarahkan robot gelintar ini untuk masuk ke dalam blog anda mencari maklumat dengan kata kunci tertentu lalu memasukkan ke dalam pengkalan data carian.

Lihat paparan rajah di atas tu.

Masuk ke dashboard blogspot anda, pilih Search preferences, lihat pada bahagian Crawlers and indexing tu. Di situ tempat anda nak buat setting ini bagi tujuan SEO blogspot anda.

Biasanya setting ini akan automatik nyahaktif di dalam dashboard blogspot. Jadi, jika blog anda kekurangan trafik dari enjin carian, saya sangat syorkan anda menggunakan setting ditunjukkan di bawah ini, dan pastikan anda enabla bahagian Custom Robots Header Tags ini.
Cara Setting Custom Robots Header Tags Dalam Blogspot

Apa Maksud Setiap Tags Tersebut?

Anda tentu nak tahu, apa maksud istilah-istilah yang dipaparkan kan?

  1. all - anda berikan akses secara total pada robot carian tanpa halangan untuk lihat semua isi kandungan di dalam blog anda.
  2. noindex - bukan semua isi kandungan blog adalah untuk pengetahuan umum. Ada beberapa bahagian yang mungkin anda tidak mahu akses terus diberikan, terutama berkaitan data peribadi. Jika anda tidak mahu sesuatu laman dalam blog (page) muncul di enjin carian, maka gunakan fungsi ini.
  3. nofollow - tag nofollow dan dofollow biasanya digunakan untuk links luar. Tag dofollow adalah tag automatik yang diberikan untuk semua link/pautan luar di dalam blog anda. Ini akan memberitahu robot carian supaya intai-intai masuk ke pautan tersebut untuk lihat isi kandungannya, dan kenapa ianya dipautkan dari blog atau blog post anda. Jika tak mahu enjin carian pergi ke link tersebut, bolehlah gunakan nofollow ini.
  4. none - kombinasi antara noindex dengan nofollow. Ia takkan lihat mana-mana link dengan tag ini.
  5. noarchive - jika anda perasan, kadangkala ada link yang keluar di Google paparkan kepada sebuah laman web yang dah tak ada, atau link broken. Kadangkala anda akan nampak versi cached. Ini adalah kegunaan tag ini, untuk membenarkan Google simpan paparan blog anda dalam ruangan cache, walaupun entri blog anda dah tiada.
  6. nosnippet - snippets adalah sinopsis apa yang anda tulis dalam blog. Ia merupakan satu teknik SEO yang bagus untuk beritahu samada enjin carian mahupun pembaca apa yang akan diceritakan dalam blog post anda. Jika anda tak mahu enjin carian untuk paparkan snippet, gunakan fungsi ini.
  7. noodp - ia merupakan tag untuk Open Directory Project atau Dmoz. Ia adalah sebuah direktori laman web yang dikendalikan oleh bukan robot. Google kadangkala gunakan informasi dari Dmoz untuk dimasukkan ke dalam keputusan carian. Anda boleh nyahaktifkan tag ini kalau tidak mahu blog anda dimasukkan ke dalam Dmoz.
  8. notranslate - tak mahu isi kandungan blog anda diterjemahkan kepada bahasa lain? Gunakan fungsi tag ini.
  9. noimageindex - tak mahu orang gunakan gambar dalam blog anda? Gunakan fungsi ini. Ia akan pastikan gambar-gambar di dalam blog anda tidak terindeks di carian. Gunakan tag ini noimageindex jika mahu gambar tersebut dipaparkan secara eksklusif di blog anda sahaja.
  10. unavailable_after - jika anda gunakan tag ini, segala post dalam blog anda tidak akan diindeks dalam tempoh yang anda berikan. Katakan anda tidak mahu post lama-lama, berusia lebih setahun berada dalam enjin carian, letakkan tempoh masa tersebut, contoh 365 days.

Ok. jelas?

[Baca Juga] Blog Wajib Responsive dan Mesra Mobile

Dah tahu maksud dan fungsi tag-tag ini dalam Custom Header Tags? Mudah-mudahan anda dapat gunakan sebaiknya. Salah guna tag ini akan menyebabkan juga blog kehilangan trafik. Jadi, pastikan anda pilih tag yang betul.

Semoga bermanfaat dan gunakan tips SEO blogspot ini untuk dapatkan sebanyak mungkin trafik dari enjin carian.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas tips ini. Harap harap naik baliklah trafik blog, jauh jatuhnya dah ni.

    BalasPadam
  2. terima kasih bro HH nampak ada peningkatan selepas ikut cara ni

    BalasPadam
  3. Jatuh sekejap..xtahu sb tkr setting or..mmg xde oembaca hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement