Wah .. wah .. wah.. diam-diam isteri saya dah beli sebuah beg 'tote' jenama Harrods secara online di FB. Aha, barang beli dari U.K tu. Tak tahulah berapa harga, tapi saya tahu wife saya bukan jenis yang suka berbelanja mewah.

Sekarang ni memang dah mudah nak beli barang-barang dari oversea ni. Boleh beli menerusi beberapa platform utama shopping online antaranya Shopee, Carousell, Zalora, FashionVallet dan banyak lagi termasuklah Lazada.

Wife Shopping Online, Beli Beg 'Tote' Harrods Untuk Raya

Wife Shopping Beli Beg Harrods Raya
Isteri saya memang minat shopping online ni. Banyak benda dah dibeli secara online. Alhamdulillah, setakat ni cuma ada dua kali kot kena 'game' dengan seller online. Walaupun baru dua kali kena 'game' dengan seller international ni, kerugian yang kena tanggung tu agak besar juga.

Aha, tu sebab bila nak shopping online dah tak berapa berani nak beli barang harga mahal tanpa bertanyakan kepada saya dahulu. Kalau barang kecil-kecil macam mainan budak, barangan dapur, barangan orang perempuan, memang tak tanya dah. Lagipun, guna duit dia .. huhu.. takkan nak halang pulak ye tak?

Beg Harrods Nak Pakai Beraya

Beg 'tote' yang wife saya beli ni adalah beg untuk dipakai sempena Hari Raya tahun ni. Dah lama tak ada beg baru, jadi memang wajar sangatlah wife saya dapatkan sebuah beg baru untuk bergaya raya tahun ni. Lagipun, memang nak digunakan .. nak simpan barangan si baby Najmi macam lampin, baby wipes dan tuala kecil.
Wife Shopping Beli Beg Harrods Raya
Wife Shopping Beli Beg Harrods Raya

Beg Harrods yang dibeli pun cukup besar, boleh sumbatkan juga alat mekap, beg tangan dan benda-benda lain yang penting.

Kegunaannya tu memang pastilah, lebih-lebih lagi bila nak berjalan dan beraya ke rumah sedara-mara dan kawan-kawan. Ada beg 'tote' yang besar, macam wife saya beli dari U.K ni ... memang bagus sangatlah.

Makanya, bila saya terima pakej penghantaran Poslaju dan buka-buka ada beg jenama Harrods, saya rasa ok dan redha je... hehe.


Tengah Kumpul Koleksi Beg Tangan Harrods

Lagipun, ini bukan pertama kali wife saya beli beg-beg Harrods ni, jadi saya dah ambil maklum di mana wife saya beli, dan juga maklum akan harga sebuah beg Harrods tu .. hehe .. takkan sampai macam harga beg Hermes Birkin yang viral baru-baru ni.. hoho.

[Dah Baca?] Beg Tangan Hermes Design 'Nasi Lemak Daun Pisang'

Beg Harrods yang dibeli secara online tu pun cantik. Kalis air sebab ia bersalut plastik. Jadi, kegunaan beg 'tote' Harrods tu boleh dimaksimakan tanpa ada masalah seperti tak boleh kena hujan atau air. Nak simpan baju baby Najmi dua tiga helai pun boleh untuk spare jenjalan masa raya.

Time dekat nak raya ni, beg-beg berjenama macam ni memang ada jual secara diskaun kat banyak kedai online. Anda boleh cari dan pilih mana yang berkenan.

Tapi, kena pastikanlah anda beli biar puas hati dan elakkan kena tipu .. al maklumlah, time-time macam ni banyak je 'syaitan' yang nak menipu manusia walaupun ketuanya dah kena rantai .. hehe.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya pun suka, dh ada juga 3 bag Harrods ni, biasa buat letak telekung dan makeup..Yang bestnya bagnya kalis hujan/air, kalau basah senang nak lap..kirim salam wife hehe

    BalasPadam
  2. saya plan pun nak bli bag tuk pkai raya nanti. sbb dh 2-3thn x tukar. Hehe
    Tp teringin nak bli walk in ke mall..

    BalasPadam
  3. cantik..beli kat mana tu?share plss...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement