Pernah tak anda bila tidur, anda terbangun sebelum sempat jam loceng anda berbunyi? Aha ... saya pernah, tapi sejak kebelakangan ni dah kurang. Dulu, masa belajar memang selalu berlaku. Nak nak pula time exam .... memang akan terbangun secara automatik sebelum sempat jam loceng berbunyi.

Anda tahu tak, masalah terjaga sebelum jam loceng sempat berbunyi ni adalah disebabkan oleh hormon dalam badan kita?

Terjaga Dari Tidur Sebelum Loceng Berbunyi Disebabkan Hormon

Secara saintifiknya, kejadian ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang dinamakan adrenocorticotropin ... fuh panjang dan susah nak sebut tu. Lidah saya ok je sebab sebab saya memang bijak biologi ..hahaha... Hormon ini merupakan alarm internal tubuh kita yang biasanya akan dilepaskan beberapa jam sebelum waktu bangun.

Maka, ia bukan satu kepelikkan jika terjaga sebelum anda sempat hempas jam loceng yang anda beli kat laman web shopping online tu ...


Tak perlu risau ye.

Dan mengikut kajian, posisi tidur yang baik adalah posisi mengiring ke kanan seperti yang diajarkan menerusi sunah Nabi S.A.W. Kajian yang dilakukan oleh Goltech dan Potsech mengatakan amalan tidur mengiring ke kanan, akan mempercepatkan makanan dihadam dengan baik. Ia akan menolak makanan ke usus secepat 2-5 jam.

[Baca] 6 Cara Tidur Dedahkan Kelakuan Diri Sebenar

Bukan itu sahaja, tidur dengan cara ini tidak mengenakan tekanan kepada paru-paru kiri yang bersaiz lebih kecil dari paru-paru kanan, ia juga akan memberikan keselesaan kepada jantung. Ini akan membolehkan pengaliran darah dan oksigen di dalam badan berada dalam keadaan normal dan stabil.
Aha .. ini satu tips dan panduan yang sangat bagus untuk para ibu bapa yang ada anak-anak, terutama anak-anak kecil. Salah satu menjadikan anak itu pintar dan genius serta bijak ialah dengan mengajarkan anak cara serta tertib tidur yang betul ini.

Jadi, jika anda ada anak ... cubalah ajar mereka cara tidur begini untuk membantu mereka membesar dengan sihat dan cergas.

[Baca Juga] 6 Posisi Tidur Yang Dianggap Bahaya Untuk Ibu Hamil

Apabila tubuh mendapat oksigen yang sempurna, terutama pada otak, in Sha Allah .. anak-anak yang baru bangun tidur akan jadi lebih ceria, lebih aktif dan dapat menghadam ilmu persekitaran dengan lebih baik.


Sumber: Majalah iSihat

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement