Jenama dah betul, Dorothy Perkins; tetapi rupanya ia jenis beg tangan yang salah diterima. Aduh .. kesian wife saya. Sebelum ini, saya dah cerita yang wife saya ada beli sebuah beg 'tote' jenama Harrods dari U.K ... selain beg tersebut, satu lagi beg tangan yang wife saya pesan ialah dari jenama Dorothy Perkins.

Aha, isteri saya beli dua biji beg tangan dari U.K untuk hari raya tahun ni. Fuhh sakan tu .. haha. Semuanya beli secara online menerusi seller di Facebook.

Silap Terima Beg Tangan Dorothy Perkins Beli Online di FB

Beli beg tangan Dorothy Perkins Online
Ini bukan pertama kali isteri saya beli barangan dari U.K secara online menerusi Facebook. Dah banyak kali dah. Tetapi entah macamana kali ini, seller tu boleh tersilap hantar barangan yang dipesan. Mungkin banyak sangat order kot sampaikan terjadi kekeliruan.

Beg tangan jenama Dorothy Perkins yang diterima ni agak kecil berbanding apa yang dipesan oleh wife saya.
Beli beg tangan Dorothy Perkins dari U.K secara Online


Awal-awal terima barang ni, isteri saya pun tak berapa perasan yang ianya adalah beg tangan yang salah. Nasib baik, beg tangan Dorothy Perkins ni dibeli bersama kawan dia. Lepas dah snap gambar dan diberi pada kawan yang sama pesan beg tangan yang serupa, barulah wife saya sedar beg tangan Dorothy Perkins diterima tu adalah beg tangan yang silap.

Cantik Beg Tangan Dorothy Perkins Ni ..

Haha.. macamana nak perasan ... sebab beg tangan Dorothy Perkins tu memang nampak cantik dah. Cuma itulah, saiznya agak kecil dan tak sesuai untuknya yang dah bergelar mak-mak orang ni ..hehehee...

Beli beg tangan Dorothy Perkins dari U.K secara Online
Beli beg tangan Dorothy Perkins dari U.K secara Online
Beli beg tangan Dorothy Perkins dari U.K secara Online


Hmmm... nasib baiklah beg tangan tu boleh ditukar kembali.

Seller yang jual beg tangan Dorothy Perkins tu pun tak banyak hal, segala urusan pertukaran adalah mudah. Alhamdulillah wife saya dan kawan dia pun dah terima beg tangan Dorothy Perkins yang betul, setelah buat pertukaran beg yang tersilap hantar ni.

Bagus seller yang macam ni. Mereka jaga pelanggan dengan baik. Itu sebablah isteri saya suka beli beg dan kasut kulit dari U.K ni.

Tak macam sesetengah yang menjual online ni, bila dah hantar barang ke pelanggan .. dah .. that's it. Kalau nak tukar balik barang, kena bayar kos tertentu. Aha .. dah pernah terjadi kot kat wife saya .. sampaikan terpaksa tanggung rugi. Isteri saya beli menerusi satu pltform shopping online yang agak terkenal juga namanya .. huhu.

Sejak dari itu, wife saya dah tak beli barangan luar negara dari platform shopping online yang terkenal tu, lebih mudah katanya beli dari seller di Facebook. Senang nak berurusan sebab boleh telefon dan whatsApp untuk setel masalah.

Anda pernah rasa tak kes macam ni? Barang yang tiba bukan barang yang dipesan?

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alhamdulillah, nasib mudah tykar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la .. yang dah tukar tu saiz dia besar skit, design lebih kurang.

      Padam
  2. ada..order brg lain, dpt brg lain..HH, wife beli beg tu dari seller mana?mahal tak harga dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga dia memang patut, tapi jauh lebih murah kalau dibandingkan dijual di sini. Bayar pula boleh 3 kali.

      Cuba cari nama barang murah U.K kat FB.

      Padam
  3. Balasan
    1. Haha.. kalau anak dara remaja, sesuailah pakai beg yang silap ni .. hehe. Memang cantik pun. Awal2 tu wife saya dah suka dah, tapi rupanya ia bukan beg yang dibeli.

      Padam
  4. Wah! handbag raya dua sekali hiks!
    Pernah ada pengalaman order lain dapat lain.
    Tapi tulah kos pos barang yang hendak return tu sendiri tanggung.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement