Syoknya Pokok Tin Dah Berbuah, Tanam Dalam Pasu Jerr

Siapa sini ada tanam pokok Tin? Cubalah tanam atau pergi cari anak pokok Tin untuk dijaga. Buah pokok Tin banyak khasiat, dan ia antara tumbuhan yang disebut di dalam Al Quran. Tak rugi tanam pokok Tin ni.

Saya ada sepokok di rumah saya. Ada kawan isteri saya berikan. Alhamdulillah, pokok Tin dah naik tegak berdiri di tepi pagar rumah saya. Oh ya, pokok Tin adalah dari spesies pokok Ara.

Pokok Tin Berbuah Dah Masak Ranum

Daripada pembacaan, tak susah pun nak tanam pokok Tin ni. Pokok buah Ara iaitu sama spesies dengan pokok ini memang banyak terdapat di dalam hutan seperti di Taman Negara Pahang, ia menjadi makanan kesukaan haiwan-haiwan termasuklah beberapa spesies ikan mahal seperti ikan Kelah Merah, dan ikan Kelisa.

Ia boleh ditanam dan dibiakkan menerusi dua cara, iaitu keratan batang dan juga teknik Tut. Pokok Tin yang ada di rumah saya asalnya dari Tut.

[Baca] Cara Tut Pokok Buah Tin dalam Pasu di Rumah

Pokok Tin atau Ara ini perlukan cahaya matahari yang agak banyak. Jadi, kena letak di kawasan yang mudah nak terima cahaya matahari. Itu sebab saya letakkan ia di tepi pagar. Lagi satu ia perlu dibaja dengan baik. Kalau jarang dibaja, buah akan lambat keluar.

Cara Nak Bagi Pokok Tin Berbuah Lebat

Menurut kawan saya, kalau nak pokok Tin berbuah lebat, kena kerat batang dia dalam 40cm tinggi dari tanah. Biarkan ada cabang-cabang batang yang besar. Nak kerat batang pokok Tin, janganlah buat masa dia masih muda atau tengah berbuah.

Kerat batang ni dilakukan bila pokok Tin dah habis berbuah pusingan pertama, atau dah semakin tua. In Sha Allah, dari cabang-cabang ini akan tumbuh tunas baru yang nanti akan menjadi punca pokok Tin berbuah lebat. Pokok Tin biasanya akan berbuah pada dahan yang baru sahaja.

Lagi satu cara nak membolehkan pokok Tin berbuah dengan lebat ialah dengan membuatkan pokok ni stress. Salah satu tips yang saya dapat tahu ialah cuba sesekali kurangkan air atau pangkas bahagian dahan pokok. Ia akan meransang pokok untuk mengeluarkan bunga, yang kemudian menjadi buah.

Jenuh Tunggu Buah Tin Jadi Masak

Sebenarnya agak lama juga saya dan isteri tunggu pokok Tin kami ni nak berbuah. Hari-hari dok tengok selepas pokok Tin ni sudah nampak membesar.


Gembira betul bila pokok Tin dah mula berbuah. Berjujukan pulak tu. Tapi kan .... lepas tu terpaksa pula tunggu buah Tin tu masak. Perghhh .. jenuh juga tu.

Hmm .. patutlah buah Tin ni susah nak dapat yang segar. Kalau ada pun, mesti harganya mahal.

Kami gembira betul pokok Tin dah berbuah, malah kami sekeluarga dah pun merasa kemanisan buah Tin hasil tanaman depan rumah. Kami tanam dalam pasu je, al maklumlah rumah teres yang tak banyak tanah, kankang kera pun lagi besar kot dari luasnya tanah yang ada depan rumah...haha

Sedap buah Tin. Tanamlah sendiri. Selain boleh dimakan terus, buah Tin boleh dikeringkan. Ia juga menjadi umpan terbaik kalau nak memancing ikan sungai .. hehehehe ... :)

Post a Comment

3 Comments

  1. Replies
    1. Memang best bila pokok buah Tin yang tanam dalam pasu berbuah lebat. Sedap dimakan tu, banyak khasiat.

      Delete
  2. bestnyaa bila tengok tanaman menjadi kan..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.