Permohonan Online Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT/Politeknik Kerajaan Negeri P. Pinang

Berita baik untuk para ibu bapa yang ada anak-anak yang telah mendapat tempat atau ingin menyambung pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi dan Politeknik, khususnya untuk penduduk Pulau Pinang. Anda kini boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebanyak RM1,000 untuk membantu meringankan beban proses pendaftaran.

Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sukacita telah memaklumkan bahawa Sistem Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini dibuka mulai 1 Jun 2018 sehingga 30 Jun 2018.

Permohonan Online Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Permohonan Online Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan khas untuk Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) mengikut kategori berikut:
  1. RM 1,000.00 bagi pendaftaran Universiti di Semenanjung
  2. RM 1,200.00 bagi pendaftaran Universiti di Sabah atau Sarawak
  3. RM 300.00 bagi pendaftaran ke Politeknik Malaysia

Bantuan ini diberikan bagi meringankan kos perbelanjaan pendaftaran khususnya kepada pelajar-pelajar sesi kemasukan pertama ke IPT samada Diploma atau Sarjana Muda, dan ianya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Permohonan untuk bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini boleh dilakukan secara online menerusi laman web berikut - I-BITA

Atau boleh terus ke pautan berikut untuk terus mengisi borang permohonan bantuan pendaftaran tersebut di sini - http://ibita.penang.gov.my/save_af_ini.php

Isi maklumat permohonan yang diminta, seperti maklumat pelajar, butiran penjaga dan tanggungan, maklumat bank, maklumat tambahan dan juga pengesahan.
Permohonan Online Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT


Senarai IPT & Politeknik Yang Layak

Berikut adalah senarai IPT dan Politeknik yang layak untuk memohon bantuan ini.
  1. KUKHC - Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang
  2. TARC - Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
  3. PBD - Politeknik Bagan Datuk 
  4. PBU - Politeknik Balik Pulau 
  5. PBS - Politeknik Banting
  6. PBT - Politeknik Besut
  7. PHT - Politeknik Hulu Terengganu
  8. PIS - Politeknik Ibrahim Sultan 
  9. PJK - Politeknik Jeli 
  10. PKB - Politeknik Kota Bharu 
  11. PKK - Politeknik Kota Kinabalu
  12. PKT - Politeknik Kuala Terengganu
  13. PKS - Politeknik Kuching Sarawak
  14. PMK - Politeknik Melaka
  15. PMM - Politeknik Merlimau
  16. PMJ - Politeknik Mersing
  17. PMBS - Politeknik Metro Betong
  18. PMJB - Politeknik Metro Johor Bahru
  19. PMKL - Politeknik Metro Kuala Lumpur 
  20. PMKU - Politeknik Metro Kuantan
  21. PMTG - Politeknik Metro Tasek Gelugor
  22. PMS - Politeknik Muadzam Shah
  23. PMU - Politeknik Mukah Sarawak
  24. PNS - Politeknik Nilai
  25. PPD - Politeknik Port Dickson 
  26. PSS - Politeknik Sandakan 
  27. PSP - Politeknik Seberang Perai 
  28. POLIMAS - Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
  29. PSAS - Politeknik Sultan Azlan Shah
  30. POLISAS - Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
  31. PSIS - Politeknik Sultan Idris Shah
  32. PSMZA - Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
  33. PSA - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  34. PTS - Politeknik Tawau
  35. PTSB - Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  36. PTSS - Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 
  37. PTSN - Politeknik Tun Syed Nasir Ismail
  38. PUO - Politeknik Ungku Omar
  39. UM - Universiti Malaya
  40. AIMST - Universiti AIMST
  41. UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
  42. UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
  43. UMK - Universiti Malaysia Kelantan
  44. UMP - Universiti Malaysia Pahang
  45. UniMAP - Universiti Malaysia Perlis 
  46. UMS - Universiti Malaysia Sabah
  47. UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak 
  48. UMT - Universiti Malaysia Terengganu 
  49. 49. UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris 
  50. UPNM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  51. UPM - Universiti Putra Malaysia 
  52. USIM - Universiti Sains Islam Malaysia 
  53. USM - Universiti Sains Malaysia 
  54. UNISZA - Universiti Sultan Zainal Abidin 
  55. UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
  56. UTM - Universiti Teknologi Malaysia
  57. UiTM - Universiti Teknologi MARA 
  58. UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  59. UTAR - Universiti Tunku Abdul Rahman
  60. UUM - Universiti Utara Malaysia
  61. WOU - Wawasan Open University
Berikut pula adalah syarat-syarat untuk permohonan bantuan kewangan pendaftaran kemasukan ke IPT untuk sesi akademik 2018/2019:

  • Pemohon wajib mengisi borang permohonan secara atas talian/online di laman web http://ibita.penang.gov.my/ dan menghantar borang permohonan atas talian serta dokumen sokongan yang telah disahkan ke Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan.
  • Pendapatan isi rumah (gaji pokok termasuk elaun tetap) tidak melebihi RM8,000.00
  • Ibu/Bapa/Penjaga (salah seorang) mesti merupakan pengundi berdaftar di Pulau Pinang
  • Pelajar yang ditawarkan ke Program Sepenuh Masa sahaja yang layak memohon
  • Pelajar yang ditawarkan Program Luar Kampus, Program Pendidikan Jarak Jauh, Program Kejururawatan dan Program Asasi/Matrikulasi adalah tidak layak memohon

Dokumen Sokongan Proses Permohonan

Untuk memudahkan proses permohonan secara online, pastikan dokumen-dokumen berikut telah disediakan. Senarai dokumen sokongan yang perlu dikemukakan bersama borang permohonan yang telah dicetak melalui portal iBITA adalah seperti berikut:

  • Salinan surat tawaran ke IPT
  • Slip bayaran yuran pendaftaran IPT
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Gaji terbaru/Kad Persara/borang pengesahan pendapatan Ibu/ Bapa/Penjaga. Ibu/Bapa/ Penjaga yang tiada pendapatan tetap perlu membuat akuan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. (Bagi pesara, penyata pencen wajib dikemukakan). Salinan borang EA (penyata gaji tahunan) sekiranya bekerja sendiri.
    • Semua dokumen sokongan di atas perlu disahkan oleh Pegawai Daerah / Guru Besar Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan / Pensyarah / Profesor / Pendaftar Universiti / Jaksa Pendamai / Ahli Parlimen / Ahli Dewan Undangan Negeri / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu-Penghulu Kerajaan sahaja

Buat ibu bapa atau pelajar yang ingin memohon, pastikan segalanya lengkap termasuklah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon. Kegagalan menghantar dokumen sokongan selepas tarikh tutup penghantaran borang akan ditolak.

Hanya Sekali Bantuan Diberikan Seumur Hidup

Permohonan bantuan ini hanya diberikan sekali seumur hidup sama ada permohonan dibuat bagi Pengajian Peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja. Sekiranya pelajar telah diluluskan bantuan bagi Pengajian Peringkat Diploma, pelajar adalah tidak layak lagi memohon bantuan jika menyambung pengajian ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Harap para ibu bapa jelas mengenai perkara ini.

Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga atau wakil boleh menghantar borang ke Pejabat Daerah dan Tanah (Bahagian Khidmat Pengurusan) yang berhampiran untuk memproses borang permohonan.

Semoga berjaya.

Mohon andai dapat dikongsikan kepada yang lain, gunakan saluran media sosial di bawah dengan satu klik.

Post a Comment

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.